Salam Perjuangan,
Kini tinggal lebih kurang 2 minggu dari sekarang utk sebuah NGO yang dinamakan Bersih utk mengadakan himpunan aman di kuala lumpur untuk menyerahkan memorandum yang mengandungi 8tuntutan bagi membersihkan proses perjalanan pilihanraya di Malaysia. Himpunan yang dijadualkan pada 9 Julai 2011 nanti adalah merupakan himpunan yang kedua yang dianjurkan oleh ngo bersih bersama lebih 80 ngo lain dan parti politik. Dalam masa yang sama Spr bersetuju bertemu dengan ngo bersih dan membincangkan tuntutan bersih dengan syarat bersih membatalkan himpunan tersebut. Spr juga telahmengumumkan beberapa cadangan penambahbaikan iaitu memperkenalkan undi awal dan juga penggunaan sistem biometrik utk para pengundi supaya pengundi tidak boleh mengundi dua kali. Namun sehingga kini bersih tetap dengan pendirian yang tersendiri iaitu meneruskan himpunan aman tersebut. Pengerusi Bersih dato ambiga telah menerima ugutan bunuh jika tidak menghentikan himpunan ini. Malah sesiapa yang bercakap dan menjual baju atau apa saja yang
berlogo bersih akan di soal oleh polis malah lebih
teruk akan di tangkap dengan tanganbergari ibarat
memburu penjenayah di negara Malaysia yang tercinta ini. Apa nok jadi? ??