Salam perjuangan…..

Kini semua Dunia menumpukan perhatian kepada satu tarikh penting yang akan mencatat satu lagi guiness book of record bagi negara Malaysia setelah TPM berjaya mencatatnya dengan larian satu Malaysia yang diadakan serentak sabtu kelmarin.  Sabtu depan 9 Julai pula akan berlangsung himpunan satu Malaysia di sekitar ibu kota dengan satu mesej yang jelas kepada pihak pemerintah supaya menunaikan tuntutan untuk menjadikan pilihanraya di Malaysia satu pilihanraya yang adil dan bersih dalam sejarah pru sepanjang 12 penggal yang lepas.  Namun himpunan yang di jamin aman oleh penganjur telah dimanipulasikan dan di puatar belit dengan pelbagai kempen kotor dan salah guna kuasa untuk menggagalkannya.  A Samad Said telah mencipta satu sajak yang berjudul Peludah Warna untuk menunjukkan bahawa pemerintah terpaksa mengharamkan beberapa warna untuk mengukuhkan kedudukan mereka.  Warna yang tidak bersalah ini telah diisytiharkan HARAM di sisi pemerintah Malaysia.  Sedangkan jika kita menjenguk ke negara Jiran sebelah iaitu Thailand begitu meriah dengan himpunan aman dari penyokong merah dan kuning.  Tidak pula kedengaran pemerintah mereka mengharamkan warna tersebut untuk digunakan bagi menyokong mana-mana pimpinan.  Selamat mengundi Rakyat Thailand. Semoga kamu beroleh pemimpin yang akan melaksanakan tanggungjawab memerintah dengan adil dan bersih….

Kepada rakyat Malaysia yang tercinta…… anda mempunyai mata,telinga dan hati yang mampu memimpin anda membuat keputusan yang sebenarnya.  Lakukanlah demi melihat Malaysia bebas dari rasuah,penyelewengan, kezaliman, berkebajikan, adil,aman dan bersih.