Salam perjuangan…
8 julai yg lalu, negara sekali lagi dikejutkan dengan satu pendedahan yg cukup gempar iaitu pembelian cincin isteri PM yg bernilai 24.4 jt yg di bawa masuk melalui pintu kastam negara Malaysia. Tidak pula direkodkan bayaran cukai di buat. Jika pun ianya benar di sisi undang2 adakah patut seorang isteri PM berbelanja seboros itu utk sebentuk cincin sedangkan begitu ramai rakyat yg menderita kesusahan kesan dari kenaikan harga barang. Di mana beliau mendapatkan wang yg begitu byk ? Ini tidak termasuk perbelanjaan yg mewah lain spt penginapan semalaman d Atlantis Dubai bernilai rm 140,000.00

Satu persoalan yg perlu di jawab oleh Kastam ialah kenapa cincin yg mahal itu tidak dikenakan sebarang cukai ? Mengapakah ini berlaku ? Adakah ianya sengaja atau ada isu penyelewengan yg berlaku ? Apakah tindakan yg telah di buat ke atas pegawai yg bertugas pada tersebut ? Semua persoalan ini harus di jawab oleh pihak yg bertanggungjawab bagi menjelaskan kekeliruan yg berlaku. Ianya perlu dilaporkan secara jujur kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jika isu ini cuba dibakulsampahkan maka semakin jelas di mata kita bahawa konsep rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan sebenarnya hanyalah slogan kosong utk mengabui mata rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Advertisements