Hari ini sekali lagi syarikat Kifaalah mencipta sejarah dengan memperkenalkan satu lagi produk baru yg diberi nama Takaful Khaira Ummah utk org dewasa yg tidak mencapai usia warga emas. Perlindungan yg diberikan dgn sedikit bayaran rm 30 setahun. Manafaat kpd pencarum ialah duit segera rm 1k, duit 2k lagi dlm tempoh 3 bulan dan akhirnya rm 2k lagi utk upah haji bagi pencarum yg belum menunaikan haji lagi.

Dengan pelancaran skim takaful yg baru ini, saya kira hampir 80% penduduk kelantan telah dilindungi dgn takaful kecuali remaja dan kanak2. Sekali lagi tahniah dan semoga kifaalah sdn bhd akan terus harum namanya di kalangan rakyat Kelantan.