Salam perjuangan….
Hari ini diberitakan sinar harian mengadakan perbincangan di antara ambiga Peng Bersih, Dtk wan ahmad tim SPR dan prof ukm. Pelbagai soalan yg ditujukan kpd spr, tetapi malangnya jwpnnya ialah tiada kuasa utk melaksanakannya. Inilah puncanya SPR berat sebelah dan hanya mengikut kehendak pemerintah. Pakatan rakyat beriltizam utk membebaskan SPR dengan meletakkan SPR terus di bawah parlimen supaya SPR mempunyai kuasa yg sepatutnya seperti di TURKI di mana SPR mereka boleh membatalkan kemenangan calon yg melanggar peraturan yg ditetapkan. Apabila membincangkan isu biometrik di mana persoalan yg ditimbulkan oleh pakar IT di mana satu kad biometrik boleh diisi oleh 4 pengguna yg lain. Jika benar apa yg didakwa maka bertambahlah keresahan di kalangan rakyat. Maka apabila dicadangkan celup dakwat sebagaimana di Indo dan india maka dikatakan mereka tidak mempunyai IC seperti di malaysia. Saya melihat dengan jawapan yg diberikan oleh org no 2 SPR semakin mencemaskan keyakinan rakyat sejauhmana ketelusan SPR sendiri khasnya sistem biometrik itu. Adakah rakyat sekalian berpuas hati dengan sistem Pilihan raya di Malaysia yg dikendalikan oleh SPR ???