Salam perjuangan…
Alhamdulillah malam ini mampu melaksanakan salah satu ibadah yg di tuntut dan hanya ada di dalam bulan ramadhan sahaja iaitu ibadah solat tarawih.  Selepas solat isyak imam sempat berpesan beberapa perkara 1) solat sunat sebelum dan selwpas isyak lebih afdal berbanding tarawih. Oleh itu jgn ditinggalkan. 2) Jika ingin berhenti lebih awal dari 20 rakaat yg diamalkan dimasjid tersebut maka hendaklah menyempurnakan sendiri solat witir krn ianya adalah sunnah Nabi SAW. Oleh itu jgn ditinggalkan.

Manakala Tuan Guru MB Kelantan sering juga berpesan supaya jgn hanya melihat bulan ramadhan ini hanya ibadah puasa sahaja. Maka jika kita telah berpuasa selama 30 hari maka kita telah selamat beribadah di bulan ini. Sebenarnya puasa ialah hanya salah satu dari ibadah yg di tuntut. Banyak lagi ibadah lain yg mesti dilakukan seperti membaca Al-Quran, menjamu orang berbuka wlpn dgn sebiji tamar, sedekahlah walaupun dgn hanya senyuman, qimmullail, bersahur dan menjaga segala anggota badan yg tujuh iaitu mata,telinga,tangan,lidah,faraj,kaki dan hati dari melakukan maksiat kepada Allah.

Jika kita memahami tuntutan dan erti ibadah di bulan ramadhan ini maka insyaallah janji Allah utk menghapuskan segala dosa kita dan memberikan darjat ketaqwaan kpd kita akan dapat dicapai. Insyaalah semoga saya dan anda semua akan tergolong dlm golongan yg akan mendapat janjo Allah SWT. Ameen

Advertisements