image

Salam perjuangan…

Malaikat Pencatat Selawat Hadith : Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jen amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaik dari pintu-pintu Syurga, katanya: “Wahai Hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya! Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyan ia tetap diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa yang bernama Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dar pintu sedekah.” Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata: “Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)! Tiadaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiap yang dijemput masuk dari semua pintu itu?” Nabi s.a.w menjawab: “Ia ada! Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu.” Abu Hurairah r.a