image

Salam ramadhan,
Alhamdulillah sekali lagi kerajaan negeri Kelantan menyediakan teks ayat yang telah di pilih oleh panel khas untuk di Tadarrus seluruh Kelantan. Ayat yang di pilih pada tahun ini ialah ayat 71 – 78 surah nisa’.  Ayat ini di pilih kerana kena dengan suasana semasa. beberapa khulasah ayat tadarrus: AYAT TADARRUS TAHUN INI : Surah An-Nisa’ ayat 71-78 BEBERAPA KESIMPULAN AYAT -AYAT TERSEBUT IALAH: 1.Wajib membuat persediaan awal dalam segenap perkara khususnya dalam menghadapi kejahatan pihak musuh. 2.Harus diingatkan bahawa dalam perjuangan ini akan ada yang munafiq,sudahlah malas untuk berjuang,ajak orang lain tinggal perjuangan pula. 3.Jangan jadi pejuang yang hanya suka menjadi penonton, sedangkan rakan-rakannya menempuh pelbagai ujian. 4.Pejuang Agama Allah sama ada Syahid atau tidak akan diberi ganjaran paling lumayan. 5.Kalau tidak mahu berjuang sedangkan tubuh badannya sihat dan materialnya mencukupi amat dicela oleh Allah SWT. 6.Berjuang adalah ikhlas kerana Allah semata-semata dan sentiasa wala’ kepada Pimpinan. 7.Kena sentiasa tanya diri ketika malas berjuang: kenapa aku malas sedangkan ini arahan Allah? kena juga jawab sendiri: kalau arahan Allah boleh langgar maka apatah lagi arahan manusia! 8.Ingat mati itu pasti! jangan banyak alasan! sentiasa istiqamah dalam perjuangan walau badai melanda dan 1001 mehnah dan tribulasi.