image

Salam perjuangan dan ramadhan,

Bulan ramadhan ditakdirkan berlaku peperangan BADAR. Ianya menguji kesetiaan pengikut dan sahabat Rasulullah Saw utk turut serta dlm peperangan yg memerlukan pengorbanan seluruh pengikutnya.  Cerita BADAR AL KUBRA sesungguhnya telah masyhur di kalangan kita di mana seramai 313 org jundullah telah bertarung dgn 1000 org kuffar dan akhirnya kemenangan berpihak kepada tentera Islam.

Apa yg boleh diambil dari semangat jihad yg ditunjukkan oleh para sahabat ialah ketaatan kepada pemimpin merupakan satu perkara yg wajib demi untuk memastikan Islam dapat disebarkan. Alhamdulillah saya melihat unsur ini masih menebal di kalangan pengikut jamaah PAS di mana arahan yg diberikan masih dipatuhi. Mungkin ada segelintir yg hanya mematuhi arahan yg dikeluarkan oleh pemimpin tertentu yg sesuai dgn citarasa mereka sahaja. Fenomena ini mungkin bahaya jika dibiarkan. Ini adalah antara penyakit yg menimpa kepada mereka yg pernah diberi kuasa memerintah.

Pengorbanan harta benda, tenaga sekaligus diri utk perjuangan telah ditunjukkan oleh sahabat dlm peperangan badar.  Saya kira masih ramai yg sanggup memberikan tenaga ttp memberikan harta dan nyawa mungkin belum tentu.  Boleh di uji melalui bebarapa program yg akan di buat nanti. Apabila memerintah maka kekadang program yg dianjurkan oleh parti pun sudah tidak mengutip derma kerana bimbang rakyat tidak menyukainya. Saya kira bukan soal rakyat tidak mahu memberi derma tetapi apabila rakyat melihat pemimpin mereka sudah berada di dalam keadaan lebih mewah maka ini yg menyebabkan rakyat menjadi serba salah utk menyumbang.

Perkara akhir yg ingin di sebut dari semangat peperangan badar ialah persiapan yg dilakukan. Saya kira inilah yg sedang dilakukan oleh semua pihak dalam memastikan peperangan pada pru 13 nanti akan memberikan kemenangan kepada pakatan rakyat dan Kelantan kekal di tangan PAS. Antara persiapan yg perlu di buat ialah persiapan kewangan dan jentera. Antara yg penting juga ialah persiapan calon dan strategi. Saya melihat PAS mengambil pendekatan mengemukakan calon di saat-saat akhir berbanding dgn pkr dan dap.  Ini kekadang memakan diri kerana rakyat tidak mengenali pemimpin  yg perlu mereka pilih terlebih dahulu.  BN mempunyai segala kemudahan media menyebabkan mereka sering menguasai media dan mendahului pakatan.