Salam perjuangan..
Beberapa hari sebelum puasa saya didatangi seorang individu yang dikenali sebagai abe mat yang bersungguh-sungguh memberitahu saya supaya membeli tanah anaknya yang ingin di jual kerana mahu membina rumah yang lebih besar. “Belilah sebagai aset pas cawangan setelah 20 tahun pas memerintah Kelantan takkan satu bangunan pun tak dapat beli katanya kpd saya. Ya apabila memikirkan kata-katanya maka terasa logiknya juga di samping kedudukan tanah dan bangunan yang telah didirikan agak strategik iaitu di tepi jalan.
Peluang yang telah ditawarkan ini telah diberitahu segera kepada ketua pas caw supaya segera bermesyuarat untuk memberikan jawapan yang pasti selewatnya selepas hari raya. Bagi saya ianya merupakan satu peluang yang sangat baik untuk dilepaskan. Jesteru itu saya mengambil inisiatif segera dan personal untuk menwar-warkan kepada semua sahabat di samping mengambil keberkatan bulan ramadhan yang mulia bagi merayu sumbangan kewangan ke akaun BIMB Pasti Kedai Dewan 03018010148445 bagi merealisasikan cita-cita Pasti cawangan utk memiliki bangunan sendiri. Ayuh bersedekahlah di bulan ini kerana pahalanya tentu berlipat kali ganda berbanding bulan2 lain. Ini adalah sedekah jariah di mana pahalaNya akan berkekalan. InsyaAllah.