Salam perjuangan,

Nuzul Quran telahpun berlalu. Semalam di Kelantan cuti sempenan Nuzul Quran.  Saya tetap sama samada cuti atau pun tidak program yg terpaksa dihadiri serupa sahaja. 

Peristiwa badar al qubra juga berlaku di tarikh 17 ramadhan. Inilah sikap yg ditunjukkan oleh org mukmin bahawa puasa bukanlah alasan utk berehat dan mengurangkan kerja tetapi sebaliknya. Apa yg menarik ialah dalam peperangan badar tentera islam yg sedikit mampu mengalahkan tentera musuh yg ramai.

Musim peperangan pilihanraya di Malaysia akan tiba lagi. Persiapan jentera setiap parti yg bertanding sudah mula digerakkan. Diharapkan dengan keberkatan bulan yg mulia ini parti Islam mampu menewaskan musuhnya dengan baik.