Salam perjuangan…
Alhamdulillah malam ini telah masuk ke mlm 23 ramadhan. Ini bermakna kita telah melepasi sehari hari2 yg disyaki mlm Lailatul Qadar (LQ). Masih berbaki 3 hari lagi LQ. Moga kita diberikan kekuatan utk mengharungi dan mencari LQ.

Mlm ini hujan turun dgn lebat di awal malam. Adakah ini petunjuk bhw LQ akan muncul di malam ini. Kita di tuntut mencari mlm LQ krn kelebihannya yg tidak terhingga seperti ibadat 1000 bulan atau bersamaan dgn 83 tahun. Inilah bonus yg dijanjikan Allah jika kita berusaha dan berjumpa dgn LQ.

Semoga ramadhan kali ini memberikan seribu satu kejayaan buat kita. Berjaya mencapai taqwa, berjaya beribadat dan membaca Quran, berjaya cari LQ, berjaya mendapat keampunan dan pelepasan dari api neraka.