Salam perjuangan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah swt kerana masih beri kita kesempatan untuk bernafas dan diberi peluang untuk menyambut Idulfitri buat kesekian kalinya.

Ramadhan dan kemanisan dan barakah yang hadir bersamanya bakal berlalu pergi meninggalkan kita, manakal aidilfitri bakal kunjung tiba. Moga-moga tarbiyah dari universiti ramadhan kali ini dapat mentarbiyah diri kita,mendisiplinkan diri kita dan seterusnya memurnikan dan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini, InsyaAllah. Hasil dari tarbiyah ramadahan sewajarnya kita mempertingkatkan semangat jihad kita untuk melawan musuh yang datang dari segenap penjuru.

Ayuh pemuda-pemuda sekalian, bersama-sama memperkuatkan soff kita untuk melawan musuh-musuh yang nyata mahupun yang tersembunyi, kita bangkit menentang sebarang bentuk kuffar agar kita mendapat dua kemenangan iaitu kemenangan PRU 13 dan kemenangan dan ganjaran di akhirat nanti.
Dengan itu, kita seharusnya memperkukuhkan ukhwah sesama kita bersempena kedatangan aidilfitri yang bakal tiba. Aidilfitri di sambut bukanlah hanya sekadar pesta kuih dan makanan, tetapi sambutan Idulfitri adalah untukmeraikan kemenagan kita melawan hawa nafsu,melawan sebarang bentuk budaya dan pemikiran negatif yang masih berlegar dalam dirikita.

Sempena Idulfitri ini, marilah sama-sama kita saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain bagi meningkatkan ukhwah sesama kita, saling maaf memaafi diantara kita diatas kesilapan kerja, tutur kata dan sebagainya agar diri kita sentiasa bersih dari debu-debu dosa semasa kita.

Untuk mempertingkatkan lagi ketaqwaan kita pada Allah, mari sama-sama kita melakukan puasa sunat dibulan Syawal selama 6 hari, yang mana ianya menandakan diri kita menginginkan iman dan taqwa yang terus meningkat dan menjadikan diri hamba yang soleh.

Terima kasih juga kepada semua ahli jawatakuasa kerja Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dan seluruh ahli jawatanjuasa kerja Dewan Pemuda PAS kawasan-kawasan diatas segala komitmen yang ditunjukkan.

Diharap agar kita semua dapat meneruskan semangat yang ditimba dari universiti ramadhan dan menanam azam baru untuk terus bersama dan berganding bahu dalam mendaulatkan agama Allah yang tercinta.

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432.
Maaf Zahir dan Batin. Wassalam.

Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Sesi 2011/2013