Salam perjuangan,
Malam ini genap 21 tahun PAS memerintah Kelantan di bawah kepimpinan Ulama dengan tema Membangun Bersama Islam. Semua rakyat di minta mengadakan solat hajat bagi menzahirkan kesyukuran kita semua kerana masih memberikan kesempatan kepada PAS utk terus mentadbir.
Apa yang menarik ialah pru 13 yg dijangkakan akan berlaku bila2 masa akan menyaksikan anak muda yg genap 21 tahun di bawah pemerintahan PAS akan membuang undi kali pertama. Apakah anak muda ini akan terus menyokong PAS atau akan berubah selera kepada BN atas dasar perubahan yg dikehendaki mereka ?
Saya sendiri tidak dapat satu jawapan yg tepat kerana setakat ini tiada satu pun kajian khusus di buat ke atas anak muda yg dikategorikan first time voters ini walaupun telah ada cadangan supaya diadakan satu kajian tersebut.
Masing2 parti mendakwa program mereka di terima baik oleh anak mudo. Sejauh mana sokongan mereka ? Adakah sampai ke peti undi ? Semuanya hanya Allah yg mengetahui.