Salam perjuangan…
Pagi ini dengan penuh semangat menaiki firefly menuju satu matlamat melengkapkan perancangan pemuda Malaysia bagi menawan Putrajaya. Sementara masih di dalam flight izinkan saya untuk melontarkan pandangan peribadi berhubung kemelut yg berlaku di dalam parti seminggu dua ini.
Dalam ketenangan dan harapan yg memuncak utk menawan putrajaya tiba-tiba PAS dikejutkan dengan satu insiden yg boleh merosakkan impian PR selama ini. Bermula dengan senarai calon yg disebutkan tidak akan bertanding pd PRU 13 nanti. Beberapa pimpinan utama PAS kemudiannya berbalas pandangan dengan menggunakan media musuh. Tidak kurang juga Dewan2 yg turut sama terlibat atau dilibatkan utk mengeluarkan pendirian dewan masing2. Pada hari ini kemelut mula kelihatan tenang di permukaan air namun tiada siapa boleh menduga apa sebenarnya berlaku di dalam air selepas ini.
Apa yg menggusarkan saya ialah insiden ini berlaku setelah PAS di lihat rakyat semakin matang berpolitik maklumlah setelah 60 tahun sudah berada di persada politik tanahair. Sudah banyak sepak terajang politik yg dilalui oleh PAS. Sudah berapa banyak media massa yg diboikot oleh PAS kerana media berat sebelah. Namun pemimpin yg kononnya matang dalam politik akhirnya terperangkap juga dengan permainan media. Musuh sudah mula bertepuk tangan. Janganlah akhirnya kita di tuduh terkena doa sendiri yg sentiasa di baca kpd musuh supaya porak peranda krn krisis dlmn mereka. Bagi saya ianya mungkin juga sunnatullah di mana Allah akan membersihkan jamaah Islam dari individu yg munafik sebelum jamaah diberikan kemenangan oleh Allah utk memerintah Putrajaya.
Insiden perselisihan pimpinan ini di lihat sangat tidak wajar khasnya kpd jamaah Islam krn kita mempunyai disiplin yg sangat terkawal dan keyakinan kita ianya melibatkan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Inilah apa yg diajar oleh ulama dan pendakwah terdahulu. Apakah kerana nafsu menguasai sehingga kita lupa di mana rujukan dan sandaran kita ? Marilah bersama untuk menghala segala kekuatan kita pada musuh yang satu. Lupakan yg keroh dan ambil yg jernih. Lihat di sana rakyat sedang mengharapkan jamaah ini memimpin mereka utk masa depan yg gemilang bersama Islam….