Salam perjuangan…

Alhamdulillah selesai sudah menyiapkan roadmap pemuda ke putrajaya. Apa yang tinggal ialah perlaksanaan ke arah menjayakan roadmap yg digariskan. Ianya ibarat sebuah pbt menyiapkan pelan pembangunannya tetapi jika tiada usaha utk menarik pelabur dan kesungguhan utk menguatkuasakan pelaksanaannya maka perancangan itu hanya akan tinggal perancangan.

Saya optimis bhw masa depan Islam di Malaysia semakin bersinar. Namun persiapan utk menyambut kemunculan cahaya terang itu wajib disegerakan supaya di saat ianya tiba maka kita tidak akan terlepas utk menikmatinya. Cahaya itu mungkin tidak dapat dinikmati selalu kerana akan ada kegelapan malam akan tiba.

Bersedialah semua petugas dan rakyat utk bersama dgn kami bagi merealisasikan hasrat murni pemuda utk menjadi agen perubah masyarakat dari penghambaan kpd sesama manusia kepada penghambaan hanya kepada Allah…

Antara kesepakatan refresh ialah melipatgandakan usaha memberikan kesedaran kepada anak muda bandar supaya sekali sekali akan berperanan memberikan kesedaran kepada sanak saudara mara mereka di luar bandar yang kekurangan maklumat segera. jesteru maklumat melalui media baru hanya boleh diakses oleh anak muda bandar sekelip mata berbanding masyarakat luar bandar yg terpaksa bergantung kepada media perdana yg pro umno.