Salam perjuangan…
Malam ini bersama jentera pemuda salor utk merencana dan melakar masa depan anak muda. Sebagaimana yg kita ketahui bahawa pengundi muda menjadi undi penentu kpd kemenangan sesuatu parti. Sejauhmana susunan utk memastikan kekuatan anak muda dapat digembelingkan utk menghadapi pru 13 nanti.

Perjumpaan mungkin satu kaedah yg ampuh utk diadakan bagi mengumpul anak muda. Namun cabaran yg besar ialah memastikan semua anak muda memahami dan mengambil tindakan sewajarnya utk memastikan PR akan memenangi dgn selesa pd PRU 13 nanti..

Undi Anak muda adalah undi penentu pd pru 13 nanti sebagaimana yg dipersetujui oleh semua pihak. Pengalaman gerak kerja anak muda d luar negara spt mesir, tunisia dll yg berjaya mengubah landskap politik sesebuah negara.

Peristiwa peperangan khaibar di bulan safar yg berakhir dgn kemenangan tentera Islam byk memberikan pengajaran kpd pejuang akhir zaman supaya melakukan persiapan zahir dan batin. Antara senjata yg ampuh ialah doa dan zikir.