Salam perjuangan…
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt yg mengumpulkan kekawan sebaya yg menduduki SPM88 d SMACH. Peristiwa ini bagi sesetengah kawan hanya berlaku selepas 24 tahun berpisah iaitu selepas SPM 88 dengan masing2 membawa haluan dan cerita yg tersendiri. Oleh itu amat rugilah jika peristiwa 24 tahun sekali ini dilepaskan berlaku tanpa penyertaan kekawan yg setia.
Bowling hanyalah alat utk mengumpulkan semua sahabat. Menang atau kalah adalah tidak menjadi keutamaan bagi SMACH 88 ttp apa yg penting ialah persabahatan dan pengorbanan sahabat utk terus mengekalkan erti persahabatan yg telah di bina selama 5 tahun di SMACH dulu. Sesungguhnya pulut durian yg digaul samalah ertinya keeratan persahabatan yg ditunjukkan. Semoga persahabatan ini kekal abadi dan akan bertemu lagi di lain kali. InsyaAllah…