Salam perjuangan…
Hari ini menaiki airasia menuju Kota Kinabalu mengikuti lawatan dan mesyuarat penuh MDKPI di sana. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 35 minit. Berada di dalam kt selama itu digunakan utk berehat dan mengosongkan fikiran seketika kpd kerja-kerja rutin dan IT yg bertimbun-timbun apatah lagi menjelang pru 13 yg di jangka pada bulan mei.

PRU 13 adalah ibu segala pilihanraya. Itulah yg diakui oleh semua parti. Namun secara peribadinya saya merasakan persiapan PAS Kelantan masih belum berada di tahap yg sepatutnya. Namun pandangan ini masih berbuku di fikiran dan tidak tahu kepada siapa yg perlu dicurahkan. Saya melihat situasi PAS Kelantan seperti persiapan menghadapi PRU 2004.  Para pemimpin masih berlegar di peringkat atasan sedangkan umno menggunakan pendekatan one to one dan naik rumah ke rumah.

Sedikit sebanyak jentera di peringkat akar umbi masih belum diaktifkan sepenuhnya. Ini boleh dilihat dari gerak kerja yg dilakukan di peringkat akar umbi yg tidak dapat menyelesaikan sebagaimana arahan.  Isu yg dibangkitkan tidak mendapat jawapan yg boleh meyakinkan rakyat sekaligus akan bisa mengubah pendirian para pegundi atas pagar.
Sikap selesa dan tidak percaya kpd jentera nampaknya masih timbul di beberapa kawasan. Jika perkara ini tidak diselesaikan maka hasil 2004 mungkin akan berulang.

Jesteru kapal terbang sudah mendarat di kota kinabalu maka saya ingin mengakhiri tulisan ini dan mengharapkan kpd para pembaca yg mampu mengemukakan kpd pemimpin atasan supaya menyelesaikan semua isu yg berbangkit dgn segera supaya Kelantan akan terus bersama Pakatan Rakyat menuju putrajaya

Advertisements