Salam perjuangan….
Hari jumaat adalah penghulu segala hari. Pelbagai perkara yg sunat dan wajib kita lakukan. Bagi kaum muslimin kita di minta berkumpul di masjid setiap waktu zohor dalam acara yg di panggil solat jumaat. 

Teringat perbualan seorang rakan iaitu Dajjal tidak akan keluar selagi laut di bumi Israel belum kering. Laut@tasik yg saya lupa namanya itu dikhabarkan telah kering. Ini bermakna rantai yg mengikat Dajjal tersebut telah terungkai dan akan bermula bila-bila masa kemunculan Dajjal di muka bumi. Jika peristiwa ini benar maka ianya juga menjadi petanda bahawa dunia juga di akhir usia.

Mampukah kita dengan persiapan yg ada ini mempertahankan diri dari ujian dan godaan Dajjal laknatullah.  Jika di lihat godaan dan ujian yg dilakukan oleh anak buah Dajjal pun kita tidak sekuat mana utk hadapinya. Antara contoh ialah majlis fatwa diperlembukan oleh anak buah dajjal utk menghalalkan keganasan dan kezaliman terhadap rakyat. Apabila majlis peguam tidak sehaluan dgn anak buah Dajjal maka direka dan ditubuh satu institusi lain utk menyokong mereka. Ini juga berlaku bila negeri diperintah oleh Parti lain maka ditubuhkan JPP utk menguruskan projek dan kewangan bagi mereka. Royalti dinafikan dan munculnya istilah wang ehsan. Undang2 ditafsir mengikut hawa nafsu dan kepentingan puak semata2. Senaman punggung adalah manifestasi dari kesukaan anak buah Dajjal mengenai sex dan kelucahan yg melampau. Semua penentang anak buah Dajjal dikaitkan dan dimalukan dgn politik lucah,songsang dan luar tabiie.

Hanya insan yg beriman dan berpegang teguh dgn ajaran Islam sahaja yg mampu mengatasi segala dugaan dan godaan Dajjal dlm dunia akhir usia. PRU 13 juga merupakan perjuangan antara kumpulan penyokong Dajjal dan kumpulan penentang Dajjal. PRU13 adalah ibu kepada perebutan kuasa merebut tampuk pemerintahan negara samada akan ditadbir mengikut ajaran Dajjal atau ajaran Allah dan RasulNya. Marilah kita berdoa kepada Allah semoga kita tergolong dlm golongan org yg beriman dan mampu mengatasi ujian dan godaan Dajjal di saat Dunia Akhir Usia.