Salam perjuangan…
Dikesempatan ini saya menghulurkan sepuluh jari tangan dan kaki memohon maaf kepada semua sahabat yg mengenali atau tidak mengenali saya. Semoga Ramadhan yg akan meninggalkan kita akan menjadi pengajaran dan Syawal yang akan menjelma akan menjadi harapan untuk kita meraih ganjaran dan keampunan dari Allah SWT.

Hari Raya ialah hari kemenangan kita selaku umat Islam kerana berjaya menunaikan perintah Allah SWT dan berjaya menghindari maksiat. Jesteru itu umat Islam juga harus ingat bhw maksiat yg besar yg perlu kita jauhi ialah kegagalan kita mentadbir negara mengikut kehendak dan acuan Islam. Semua umat Islam bertanggung jawab memastikan negara Malaysia tercinta satu hari nanti akan menegakkan hukum Islam sebagai panduan pentadbiran negara.

Kesempatan menghadapi pru ke 13 nanti adalah masa yg amat sesuai utk kita mendaulatkan Islam melalui Pakatan Rakyat. Ayuh umat Islam tunaikan tanggungjawab kita semua.. Selamatkan negara ini dari pentadbiran yg zalim, korup, rasuah dan penyelewengan yg dilakukan oleh BN selama memerintah Malaysia lebih 50 tahun.. Cukuplah rakyat menderita dengan pelbagai akta zalim spt isa dll, kenaikan harga barang, bebanan hutang negara yg tinggi.

Marilah rakyat Malaysia sekalian kita memacu perubahan negara ke arah yg lebih adil, sejahtera dan aman bersama Pakatan Rakyat.

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN