Setelah sekian lama menyepi dari dunia blog akibat fenomena fb, twitter, whatsapp, telegram dll lagi maka saya terpanggil utk membuat sedikit ulasan…
Buat pertama kalinya saya memohon maaf andai ianya bisa menambahkan lagi kekeruhan isu yg telah keruh…

Saya kira isu MB Selangor harus ditangani secara berhati2 oleh PR. Mungkin ianya akan menjadi faktor penting dalam memacu perjuangan PR menuju Putrajaya selepas ini. Kejayaan menangani isu akan mematangkan lagi gerakan PR akan datang.

Sebagai ahli di peringkat bawahan saya melihat kenyataan Penasihat PKR di awal2 lagi yang menjadi punca kepada kemelut MB Selangor menjadi panas. Kemudiannya di tambah pula kenyataan oleh Presiden PAS TGHH memperlihatkan pertentangan pendirian dgn PKR menimbulkan kegelisahan kepada semua pencinta PR.

Bagi saya, sepatutnya kedua2 pihak perlu berdiam diri dan bersabar dalam membuat kenyataan secara terbuka kerana masing2 pihak di minta berbincang di peringkat parti masing2 kemudian akan diputuskan di dalam mesyuarat tertinggi PR. Jesteru itu bersabar dan berhemah dalam mengambil langkah adalah keutamaan dalam isu ini ibarat menarik rambut dalam tepung. Di tambah pula dengan prestasi MB Selangor sekarang yang cemerlang dan amanah menyebabkan ramai pihak khasnya rakyat Selangor sendiri akan mempersoalkan kewajaran pertukaran MB tersebut. Lainlah macam MB BN yang sememang banyak masalah dan perlu di over haul semuanya.

Saya kira isu MB Selangor memberikan kelebihan kepada UMNO BN untuk membedil kerjasama PR wlpn “tangan mereka sendiri terpalit tahi”. Media masa dan jarum2 mereka yg ingin melihat perpecahan PR pastinya bergerak aktif untuk mempercepatkan hasrat mereka tercapai agar cita2 PR menawan Putrajaya PRU 14 gagal di tengah jalan.

Sebagai ahli PAS, sudah semestinya sokongan kepada Presiden PAS tidak berbelah bagi dalam apa jua isu yg dihadapi. Namun pandangan ini adalah sekadar menunggu jernihnya suasana yg keruh di hulu dan diharapkan tidak berlanjutan sampai ke hilir.

Akhir kata di akhir ramadhan aku memanjat doa moga Allah mengampuni segala kesalahan yg sengaja dan tidak sengaja selama ini serta Allah menerima amalan selama ini khasnya di bulan ramadhan. Moga Allah menjaga keutuhan dan kekuatan PR bagi mengganti BN dalam PRU 14 nanti. Amin

Al Faqir Ilallah
Mohd Nuri