Salam perjuangan, menemui lagi sahabat blog yang dicintai….semoga ukhuwwah kita berpanjangan hingga ke syurga dan kekal Istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam.

Sidang Parlimen yang akan bermula 9 Mac 2020 nanti tentunya akan menyaksikan lagi banyak peristiwa yang panas dan juga sesi bertikam lidah antara Kerajaan dan Pembangkang. Antara peristiwa yang ditunggu-tunggu juga ialah usul undi percaya kepada PM ke 7 untuk terus memimpin sehingga tamat penggal PRU14.

PAS dalam sidang media telah menyatakan kesediaan untuk membawa usul undi percaya selaras dengan situasi yang ada dan dibenarkan oleh undang2. Namun ianya menimbul pelbagai spekulasi dan tanda tanya kepada pihak Kerajaan. Memanglah dari segi rohnya usul ini sepatutnya di bawa oleh Kerajaan untuk menguatkan kedudukan PM. Sebaliknya PAS atas sifat politik matang dan sejahtera bersedia membuka budaya baharu di mana pembangkang tidak semestinya sentiasa membangkang semua perkara tetapi ada dalam keadaan tertentu boleh menyokong Kerajaan dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Sama2 kita tunggu bagaimana kesudahan usul ini samada boleh di bawa atau akan di halang oleh Speaker sebagai penjaga gol Kerajaan. Apa-apa pun inisiatif yang di ambil oleh PAS ini pastinya akan menggemparkan politik tanahair…Siiru Ala Barakatillah. Saya berdiri teguh menyokong pendirian Parti PAS…