Salam perjuangan….

Semoga peminat blog cikgunuri sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tercinta….

Tanggal 21 Februari 2020 dikatakan nasib PM 7 akan ditentukan tempohnya dan akan bermula lah era PM 8. Majlis Presiden PH akan menentukan tarikh penyerahan kuasa itu. Eloklah juga dibincangkan sekali penentuan TPM yang seterusnya yang akan berjalan seiring dgn PM 8 sekaligus. Jika isu TPM tidak dibincangkan sekali, ianya kelihatan agak janggal kerana dari segi moralnya seolah2 negara di perintah oleh suami isteri.

Alakulliha, sekiranya MP PH menentukan DS Anwar adalah PM 8 maka beberapa persoalan perlu di jawab ….

  1. Perlembagaan membenarkan atau tidak peralihan PM secara begitu ?
  2. Adakah sokongan MP tidak di ambil kira oleh Agong untuk menentukan siapakah yang layak di lantik sebagai PM ?
  3. Andainya SD 138 MP dikeluarkan dan ditunjukkan kepada Agong, adakah keputusan MP PH akan tertolak dan keputusan Agong akan mengatasi keputusan MP PH nanti ?
  4. Adakah perubahan PM ini akan berjalan mengikut proses undang-undang negara yang sedia termaktub atau mengikut keputusan MP PH ?
  5. Adakah majoriti MP setuju DSAI sebagai PM 8 atau mereka ingin DTM kekal sebagai PM hingga habis penggal PRU14 ?

Persoalan semua ini agak sukar di ramal sekarang ? Sama2 lah kita saksikan drama baru politik negara hari ini selepas 21 Februari 2020 berjodol —- PM8 :  Siapa yang kena ?

Jangan lupa ….Visit to Like my Page-https://www.facebook.com/cikgunuri/?referrer=whatsapp