Salam perjuangan…..

Hari ini PM telah mengadap Agong untuk menyerahkan senarai nama kabinet PN. Sekiranya diperkenankan maka PM TSMY akan mengumumkan pada pukul 5 petang hari ini senarai nama tersebut.

Pelbagai spekulasi nama-nama mereka yang disenaraikan turut mencuri perhatian semua pihak. Tun Mahathir juga turut memberi cadangan supaya YB Dato Seri TG Haji Abdul Hadi Awang dilantik sebagai TPM atas dasar kelayakan beliau.

Saya sebagai ahli PAS amat menyokong perlantikan Presiden PAS sebagai TPM jika sekiranya beliau yang dicalonkan.

Semoga Allah mengurniakan rakyat Malaysia dengan sebaik-baik pemimpin untuk memastikan Agama, bangsa dan negara sejahtera bersama Islam.

Advertisement