Assalamualaikum wrt wbt

Politik tanahair kembali bergolak. Pengumuman Tun Dr Mahathir mengenai pencalonan Datuk Shafie Afdal Ketua Menteri Sabah sebagai PM 9 menggemparkan negara. Setelah PH yang dilihat mencalonkan DSAI sebagai PM9.  Pertembungan calon PM9 mengesahkan bahawa PH semakin tidak relevan untuk kembali memerintah Malaysia.

Angan2 DSAI untuk menjadi PM yang seterusnya dilihat semakin tipis. Pergolakan ini melemahkan kedudukan pembangkang. Rakyat melihat bagaimana kesatuan pembangkang yang goyah ini mampu mentadbir Malaysia. Kesan ini cukup besar apatah lagi rekod PH selama 22 bulan yang amat teruk berbanding reputasi PN selama 2 bulan.

Saya bersetuju dengan cadangan untuk mengembalikan mandat rakyat melalui PRU15 dipercepatkan. Apa yang kita harapkan supaya keputusan PRU15 nanti akan melahirkan kerajaan Malaysia di bawah Perikatan Nasional yang lebih stabil dan kukuh.

Kerajaan yang stabil dan kukuh ini amat penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mentadbir Malaysia dengan lebih berkesan.

MALAYSIA SEJAHTERA BERSAMA ISLAM.

Sekian. terima kasih.

 

CNY