APA ITU WIKILEAKS?

Tinggalkan komen

Assalamualaikum…
Salam ukhwah fillah & salam perjuangan yang berterusan..

Alhamdulillah, dikala hujan mencurah-curah yang mewarnai musim tengkujuh kali ini, saya berkempatan untuk membuat ‘posting’ mengenai wikileaks yang menggegar dunia baru-baru ini.

Tahukah sahabat sekalian apa itu wikileaks? Wikileaks telah diasaskan oleh seorang rakyat Australia yang bernama Julian Assange. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1971 di Townsville, Queensland. Bekerja sebagai ketua pengarang dan jurucakap Wikileaks. Sebelum Wikleaks, beliau ialah seorang penuntut universiti Melbourne, hacker dan programmer komputer. Beliau telah menubuhkan Wikileaks pada tahun 2006 dan memberikan berita-berita penting dan informasi kepada orang ramai dengan cara mereka sendiri. Antara anugerah yang dimenangi Wikileaks:

(2008) – Economist Index on Censorship Freedom of Expression award
(2009) – Amnesty International human rights reporting award

Julian Assange diundi no 23 di kalangan “50 tokoh Berpengaruh di Dunia 2010” majalah British, New Statesman. Dinamakan sebagai salah seorang daripada “25 TOkoh berwawasan yang mengubah dunia” Dalam majalah Utne Reader terbitan November / Disember. Beliau juga dipilih dalam majalah Time sebagai “Tokoh Tahun 2010” pilihan pembaca.

Banyak pandedahan didedahkan oleh laman web Wikileaks, lebih 250,000 dokumen diplomatik yang mengandungi maklumat sulit Amerika Syarikat (AS) dan dikaitkan dengan beberapa negara. Penyelidikan nuklear Pakistan, Pemimpin-peminpin negara Arab terhadap Iran, dan sebagainya. Dokumen-dokumen lain mengenai serangan siber China terhadap Google, Penyatuan semula Korea, Kenyataan Presiden Yemen mengenai serangan ke atas al-Qaeda, Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan Gerrard rasa banyak lagi kot dokumen yang akan dibongkarkan.

Wikileaks menggambarkan AS sebagai kuasa besar hipokrit dan imej ‘jahat’ dikatakan secara tertutup berbanding imej ‘baik’ yang ditinjolkan. White House berkata pendedahan tersebut tidak berasas dan membawa risiko kepada diplmat, pegawai risikan dan semua individu yang datang ke AS. Rasa macam nak sokong Wikileaks lak bila tahu semua benda ni.

Terkini, Julian Assange ditahan atas dakwaan dia mencabul dan merogol dua wanita di Sweden dan telah dibebaskan dengan jaminan tetapi dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran dan memakai tag elektronik. Bank of America juga menghalang sebarang transaksi dengan Wikileaks kerana percaya mereka mungkin terlibat dengan aktiviti tidak sesuai dengan dasar dalaman bank. MasterCard, PayPal dan juga Visa Europe juga turut menghalang transaksi ke lawan tersebut. Walaubagaimana pun, Wikileaks masih diteruskan dengan lancar dan pendedahan maklumat setiap hari dan tidak akan berubah.

Malaysia pun tidak berkecuali dari menjadi mangsa Wikileaks apabila ianya mendedahkan mengenai kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Sri Najib Tun Razak, Singapura, kaitan peluru berpandu dan mungkin masih banyak lagi. Seperti yang kita mahu, tiada tipu-menipu, konspirasi dalam semua perkara dan harap pendedahan ni bakal memberitahu yang mana salah dan benar.

Anda menyimpan rahsia atau nak tahu rahsia siapa-siapa? sila layari Wikileaks, harapnya lebih banyak rahsia besar BN yang akan terdedah. 🙂

Wallahua’lam
sumber rujukan : internet

KERANA MULUT BADAN BINASA..

Tinggalkan komen

En. Shafie Afdal, berhati hatilah anda berbicara. Jangan ikut sedap mulut saja. Awas, kami memberi amaran, sekiranya tidak menarik balik tuduhan tersebut, bacaan Yasin dan solat Hajat akan di lakukan di seluruh negara.

Sumber asal berita :- Malaysiakini

PAS menganggap ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menuduh parti itu sebagai parti ajaran sesat adalah satu kenyataan yang biadab.

“PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS.

“Beliau cuba menakutkan orang ramai supaya jangan sokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan parti mereka, terutama lubuk emas Umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat,” kata ketua penerangan PAS Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Idris mengulas ucapan perasmian Mohd Shafie pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya Sabtu lalu, yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat kerana memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Idris juga mempertikaikan kenyataan naib presiden Umno itu yang didakwanya “emosi dan mentah dalam hal ehwal agama” tetapi sanggup menuduh PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat sedangkan mereka selama ini didokong oleh tuan guru dan alim ulama.

“Satu ketika dahulu PAS pernah dituduh lebih berbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan PAS tidak ada mereka yang menganut fahman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan tahan di bawah ISA,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk membuktikan dakwaan bahawa PAS adalah parti ajaran sesat.

“Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa.

Baca selanjutnya :- http://www.malaysiakini.com

Jangan Tiru Artis Barat

3 Komen

Salam perjuangan….

Saya tidak terkejut bila membaca berita di kalangan artis barat yang sanggup berbogel untuk diabadikan pada sekeping potret atas nama seni.  Ada juga di kalangan artis yang melihat bentuk tubuh badan sebagai seni yang mesti di kongsi oleh semua masyarakat.  Adakah di kalangan masyarakat kita di Malaysia yang mempunyai fahaman demikian juga ?


KEIRA KNIGHTLEY


DISEBABKAN cukup mencintai seni artistik, aktres jelita Hollywood, Keira Knightley sanggup beraksi tanpa seurat benang semata-mata mahu memotretkan tubuh menawannya dalam sebuah lukisan.

Pelakon yang pernah membintangi filem Atonement itu dilaporkan mengunjungi Galeri Halcyon di London baru-baru ini sanggup membiarkan tubuhnya dijadikan subjek lukisan ilham pelukis terkenal, Mitch Griffiths. Potret seni itu akan dipamerkan dalam sebuah pameran tidak lama lagi.

Beritahu satu sumber pelakon itu: “Keira rasa terharu dengan pelawaan Mitch yang mahu melakar bentuk badannya dalam keadaan bogel. Ditambah dia begitu mengagumi seni artistik, maka Keira tanpa berfikir panjang terus bersetuju pelawaan itu dengan hati yang girang.

“Mitch memang dikenali sebagai pelukis gambar bentuk badan dan merancang mempamerkan semua lukisan artistiknya dalam sebuah pameran berskala besar. Lantaran itu, Mitch enggan ketinggalan untuk melakar gambar bogel Keira sebagai salah satu hasil seninya.

“Sudah tentu Mitch teruja apabila Keira membenarkan dirinya berbogel sambil dilakar pada sebuah lukisan,” jelasnya.

RESAM UMNO : PENAFIAN ADALAH KEBENARAN..

1 Komen

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah kerana kesempatan ini hadir lagi..

Awal pagi ini, saya luangkan sedikit waktu untuk menonton berita pagi di TV1. Mengenai kenyataan PM sewaktu ditemuramah oleh wartawan. Dengan egonya beliau menegaskan bahawa keputusan untuk mengadakan PRU lebih awal bukan kerana takut kepada pengaruh Anwar, tetapi kerana inginkan mandat baru untuk meneruskan agenda pemerintahan.

Dato Seri Anwar, yang dijadualkan bebas selepas Mac 2008 akan layak secara automatik untuk bertanding, sekiranya PRU 12 diadakan selepas tarikh tersebut. Soalnya, mengapa tiba-tiba pula faktor Anwar pula menjadi fokus utama? Pastinya ada muslihat disebaliknya. Sepatutnya, media UMNO tidak membesarkan lagi isu Anwar, sekiranya mereka betul-betul tidak bimbang dengan kemunculan semula beliau dalam arus politik negara pada hari ini.

untitled.gif

PENAFIAN ADALAH KEBENARAN!

Apa yang dapat disimpulkan ialah mereka sebenarnya bimbang dengan pengaruhnya yang masih lagi membara. Kerana menurut kebiasaaan, apa yang dikata atau dinafikan itu adalah yang sebenarnya berlaku. Itulah budaya UMNO. Masakan pula, kalau betul tidak takut, maka bubarkanlah parlimen selepas Anwar bebas dari tarikh kongkongannya untuk bertanding. Maka kita akan lihat nanti!

Walau apapun alasannya, rakyat cukup masak dengan perangai pemimpin UMNO. Mereka begitu rajin membudaya ‘penafian setiap perkara’ namun, apa yang mereka nafikan itulah yang berlaku. Kenapa perlu takut kepada bayang-bayang sendiri? Sememangnya, Anwar telah banyak mendedahan kepincangan yang berlaku dlm UMNO, lebih memeritkan lagi ianya terpaksa diakui kebenarannya oleh UMNO. Walau pun pada awalnya mereka cuba menafikannya melalui pelbagai cara! Percaya atau tidak, dengan penafian PM ini, memberikan petunjuk yang jelas bahawa tarikh PRU 12 kian hampir dan pastinya tidak akan melangkaui bulan MAC 2008!

BANGKITLAH

Marilah kita meningkatkan komitmen dan ikrar kita untuk menghadapi segala cabaran dalam PRU kali ini dengan segala kekuatan yang kita ada. Tingkatkan munajat kita kepada Allah dan wujudkan skuad khas untuk bermunajat kepada Allah sebagaimana Rasulullah SAW sewaktu berperang di luar Madinah di mana Rasulullah memberikan amanah kepada orang-orang tua dan mereka yang tidak mampu untuk pergi berperang supaya membaca zikir dan solat hajat sebaik sahaja pasukan perang mula bertolak sehingga pasukan perang pulang semula. Pasukan munajat ini adalah kekuatan kepada kita yang tidak ada kepada pihak lain.

* GENDANG PILIHANRAYA SUDAH DIPALU.. AYUHLAH MENARI 🙂

Sumber info lain.. Utusan malaysia

Anwar bukan faktor adakan pilihan raya awal – PM

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan merupakan faktor untuk kerajaan mengadakan pilihan raya umum ke-12 lebih awal. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, banyak perkara lain perlu di fikirannya sebelum memutuskan untuk mengadakan pilihan raya itu. Pada masa sama, beliau berpendapat, rakyat negara ini sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

NAIK LAGI..

Tinggalkan komen

TAMBANG BAS SEKOLAH NAIK 20%

KUALA LUMPUR,6 Jan. –

Belum pun selesai masalah bayaran yuran tambahan sekolah, ibu bapa di Lembah Klang kini menghadapi kenaikan tambang bas sekolah sehingga 20 peratus berbanding kadar tambang tahun lepas.

Tinjauan Utusan Malaysia di Petaling Jaya mendapati bagi perjalanan tiga kilometer (km), kadar tambang sehala meningkat daripada RM50 kepada RM60. Bangi, tambang bas dilaporkan melonjak sebanyak RM5 untuk perjalanan sehala. Jika dahulu ibu bapa membayar RM25 untuk perjalanan sehala sejauh satu setengah kilometer, kini tambangnya naik kepada RM30.

Sumber berita seterusnya..Utusan Malaysia

images.jpg

*Semua harga barang telah pun naik. Semua orang akan bercakap isu yang sama.. di kedai kopi, di pasaraya, di masjid dan di mana² saja. Seolah-olah ada strategi daripada pihak tertentu yang merancang dengan sebaiknya? atau sememangnya tiada kawalan tentang kenaikan harga barang? Atau mungkinkah sudah tidak terkawal lagi? Kadang² rasanya macam satu percaturan politik pula. Tapi siapalah yang tahu. Kerajaan hanya meminta rakyat memboikot pihak yang menaikkan harga barang.

Begitu juga persatuan pengguna meminta supaya pengguna tidak membeli barangan yang dinaikkan harga. Mampu ke?Ada orang yang perihatin tapi dalam masa yang sama ada orang yang tidak ambil pusing. Bagaimana sudahnya dengan mereka yang memboikot.. apa yang dia dapat? Barang tetap naik, harga tetap tak turun-turun!!

PERCAYALAH

WARGA EMAS TERIMA RM7.6 JUTA – TAKAFUL KIFAALAH

Tinggalkan komen

Sumber asal : Harakah Daily

KOTA BHARU, 28 Dis (Hrkh) – Sebanyak RM7.6 juta telah dibayar kerajaan negeri kepada pencarum skim Takaful Kifaalah sejak dilancarkan awal tahun ini yang melibatkan kematian lebih 3,000 warga emas di seluruh Kelantan. Presiden Kelab Sukarelawan Tabung Amanah Tok Kenali, A Shukor Tahir berkata, secara purata seramai 302 kematian sebulan atau 10 kematian sehari direkodkan sejak skim takaful itu diperkenalkan.

Sehingga Oktober lalu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan kerjasama Tabung Amanah Tok Kenali berjaya mendaftarkan 72 peratus atau 99,363 warga emas daripada kira-kira 140,000 warga emas di seluruh Kelantan, katanya di majlis penyampaian manfaat dan Kad Kifaalah Dun Salor dekat sini, baru-baru ini. Pada majlis itu, seramai 200 warga emas Dun Salor menerima kad Takaful Kifaalah. A Shukor juga berkata, bagi memudahkan keluarga (wasi) pencarum menuntut manfaat Takaful Kifaalah, kerajaan negeri mengambil inisiatif mengeluarkan kad khas kepada setiap warga emas yang mendaftar. Katanya, kad-kad itu diagihkan kepada warga emas secara berperingkat-peringkat mengikut Dun dan sehingga kini sebanyak 29,820 Kad Takaful Kifaalah sudah diserahkan.

Di TUMPAT pula seramai 33 orang wasi warga emas di Dun Kelaboran yang meninggal dunia pada Oktober dan November lalu, menerima cek manfaat sebanyak RM2,000 setiap seorang. Manakala di Dun Bukit Panau (16 wasi), Dun Gual Ipoh (2 wasi), Dun Tendong (2 wasi) dan Dun Pengkalan Pasir (seorang wasi) turut menerima cek manfaat masing-masing sebanyak RM2,000 yang disampaikan Adun dan Penyelia Dun terbabit.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian, Mohd Nuri Mat Yaacob berkata, budaya berbelanja mewah dengan wang rakyat sudah sebati dengan kehidupan pemimpin Barisan Nasional (BN). Ini dapat dilihat apabila Menteri Besar Negeri Sembilan dikatakan membelanjakan RM3 juta hanya untuk ubahsuai dapur rumah rasminya. Duit sebanyak itu dihabiskan hanya untuk kegunaan seorang Menteri Besar di Negeri Sembilan, sedangkan di Kelantan RM3 juta dibelanjakan Menteri Besar bagi faedah kepada 140,000 rakyatnya yang berumur 60 tahun ke atas, katanya.