LAWATAN KERJA KE LOMBOK

3 Komen

Salam perjuangan…
Destinasi yg seterusnya ialah Lombok Mataram utk mencari tenaga kerja indonesia bagi sektor perladangan di syarikat PMBK Sawit Sdn Bhd. Misi mencari 25 org yg telah siap vdr dan bakinya lagi sekitar 30 org. Semoga misi ini bisa membawa hasil yg lumayan.
Hari pertama- menaiki airasia dari kb-kl. Menukar flight lion air ke lombok melalui jakarta. Perjalanan meletihkan. Jangka sampai di mataram lombok jam 11 malam.

image

image

image

image

image

image

image

Alhamdulillah misi berjaya.. seramai 23 org berjaya di bawa masuk. Misi seterusnya bulan september seramai 75 org dan bulan oktober 70 org mesti di bawa masuk utk mencukupkan bilangan kelulusan seramai 168 org.

Advertisements

MESYUARAT AGONG KOOPERASI PMBK SAWIT SDN BHD

1 Komen

Salam perjuangan….

Hari ini 16 jun sekali lagi berlangsung mesyuarat agong tahunan kooperasi kali ke 2 di dewan 202 KTC.  Majlis perasmian dilakukan oleh YB Dato Ahmad Yaacob TMB.

Kehadiran semua ahli kooperasi juga menyerikan lagi majlis perasmian pada pagi ini. Dimaklumkan oleh pengerusi kooperasi bhw pada tahun ini keuntungan kooperasi bertambah 3 kali ganda berbanding tahun lepas. Wakil skm mengucapkan tahniah kpd ALP Kooperasi kerana berjaya mengadakan mesyuarat agong mengikut masa yg ditentukan. Di sebut oleh wakil SKM bhw ada kooperasi di Kelantan yg memberikan dividen saham sebanyak 300%. Mungkin boleh dicontohi oleh ALP pada masa yg akan datang.

image

image

image

image

image

image

Gambar Menarik Water Park Melaka

Tinggalkan komen

image

image

image

image

image

image

Salam perjuangan,
Sayaberkesempatan mengikuti rombongan ALP Perdana Resort utk melawat satu projek water park di Melaka di mana syarikat yang sama berminat untuk melabur projek water park di Kelantan khasnya di Perdana Resort. Bagi saya lawatan ini berjaya dan jika dapat dilaksanakan di Kelantan pastinya akan melonjakkan jumlah visitors ke Kelantan dan sekaligus melonjakkan perkembangan ekonomi rakyat Kelantan.

EKSPO CHENG HO :- TAHNIAH !!

Tinggalkan komen

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, segala puji kepada Allah, Tuhan semesta alam

Posting kali ini, saya lebih tertarik untuk membicarakan mengenai Ekspo Cheng Ho yang telahpun berlangsung di Perkarangan Stadium Sultan Mohd IV dari 21 – 26 November ini. Saya secara peribadi merakamkan jutaan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato Hj Husam dan barisan exco kerajaan negeri, ahlijawatankuasa, petugas, sukarelawan dan juga kepada sesiapa sahaja yang terlibat menjayakan program antarabangsa ini.

Walaupun ianya pertama kali di anjurkan, namun atas tanggungjawab, semangat dan iltizam yang tinggi telah meletakkan kerjasama perdagangan – ekonomi ini ke landasan yang terbaik dari segenap segi. Tentunya kita maklum, China merupakan sebuah kuasa besar ekonomi dunia yang sedang naik dengan mendadak. Lihatlah di sekeliling anda dan carilah barangan yang tertera perkataan ‘MADE IN CHINA’? Pasti banyak. Yang hebatnya, Kelantan mendahului Kerajaan Pusat dalam memanafaatkan kerjasama perdagangan melalui penganjuran sebegini.

Kita bukan membicarakan mengenai keuntungan ataupun bisness semata-mata, tetapi lebih kepada nikmat yang di zahirkan. Katakan apa saja, pendidikan, kebudayaan, ekonomi, persaudaraan atau apa sahaja, ianya mula terserlah di sini.

Fakta sejarah islam menyatakan, Islam terlebih dahulu sampai ke China sebelum mara ke Tanah Melayu. Bagi saya, ini satu kenyataan hakiki yang amat bermakna. Sesungguhnya orang Islam itu bersaudara, tetapi malangnya persaudaraan itu jarang dapat dirasa kerana sifat rakus nafsu manusia membuatkan kita individualistik sifatnya. Persaudaraan sesama islam, lebih penting dari isu kebudayaan, fahaman, bahasa yang diadun dengan berkesannya melalui ekspo ini


 

Media massa pro BN mungkin memandang sinis, memberi liputan yang amat terhad. Sampai bila mereka perlu bersikap berat sebelah terhadap Kelantan? Katalah apa saja, namun yang pasti ianya bakal meletakkan Kelantan sebagai destinasi ekonomi dan pelaburan utama khususnya bagi pelabur, peniaga dan pengguna dari negara China dan negeri Kelantan.

Akhirnya, tahniah kepada semua. Semoga program ekspo terbesar di Kelantan ini berjalan dengan selamat dan jayanya, insyaAllah.

TAKBIR, Allahuakbar !! (3x)

EKSPO CHENG HO

Tinggalkan komen

ADAB BERBUKA PUASA

Tinggalkan komen

Assalamualaikum warahmatullah..
Salam ramadhan buat semua.

Kesempatan ini saya mengambil peluang mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Moga-moga amalan kita berlipat kaliganda pada bulan yang berkat ini. Kali ini juga marilah kita perhatikan bersama adab2 berbuka puasa yang mungkin ada antara kita melupainya :-

ADAB-ADAB BERBUKA PUASA

1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu.
2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air.
Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. Daripada Anas r.a, katanya : “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.” Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada air.
3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan.
Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat.
4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka.
Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya : “Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan”.(Surah al-`Araf:31). Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut : “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”(Riwayat Tirmizi)
5. Berdoa ketika berbuka.
Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” (Riwayat Ibn Majah)

Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat iaitu untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.

Amiiinn ya rabbal a’lamin
Wallhua’lam

KHASIAT BUAH DELIMA

36 Komen

“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan” AL-ANAAM :99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. Kebanyakan budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari perkataan Perancis yang bermakna epal yang berbiji. Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman, membuang lemak dan juga mengeluarkan toksin dari badan. Pati Buah Delima kini boleh didapati dalam pelbagai produk seperti jus dan kapsul. Produk Herba berasaskan Delima dalam bentuk kapsul yang pertama dan terhangat di pasaran Malaysia sekarang ini ialah Kapsul pati Delima ori’sylim. Lanjut layari www.oriherbs.com

Older Entries