GUNALAH DINAR DAN DIRHAM

Tinggalkan komen

Inilah akibat bergantung kepada kewangan yg dimonopoli oleh AS. Namun bagi setengah orang inilah masanya utk membeli dolar amerika di saat kejatuhan ringgit yg dijangka tidak lama lagi. Sila baca Ramalan oleh gabenor bank negara iaitu Ringgit dijangka turun naik tempoh terdekat http://t.co/05D0K98IcT
(https://twitter.com/bharianmy/status/359461176230424577)

JAMUAN MERAIKAN PELAJAR PRAKTIKAL

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Alhamdulillah genap usia sunnah tani 4 tahun memperkenalkan penanaman padi sri organik di Kelantan di bawah tunjuk ajar Pak Aeip pakar padi sri organik dari tasik Malaya indonesia. Sambutan yang diterima terhadap penanaman padi organik sungguh menggalakkan. Pelbagai kampus menjalani latihan praktikum di baroh tunjong untuk mendalami pertanian organik.

Malam ini buat julung kalinya diadakan jamuan sempena meraikan penamatan latihan praktikum 4 orang pelajar dari UMK dan UUM sementara kehadiran 2 org lagi dari UKM dan UNIMAS. Majlis diadakan cukup unik di tengah2 bendang padi dgn jamuan beras organik dan menu yg pelbagai. Majlis yg dimulakan oleh Hj Suhaimi selaku pengerusi dan diikuti dgn ucapan pak aeip, pn salwati dan wakil pelajar. Ucapan diakhiri oleh cg nuri selaku alp sunnah tani. Turut serta Hj Hashim selaku org lama dlm bidang pertanian.

image

image

image

image

image

image

image

Diharapkan lebih ramai lagi pelajar yg berminat utk menjalani latihan praktikum di sini dan perkembangan sunnah tani akan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.

DANANG DESTINASI BARU

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….
Saya bersyukur kerana selamat pergi dan balik ke satu destinasi baru airasia iaitu Danang Vietnam. Ianya merupakan tempat pelancongan dan juga perniagaan. Peluang dakwah dan bisnes utk orang Islam terlalu luas. Masjid dan restoren khas utk org Islam masih belum ada. Sesiapa yg berminat boleh meninjau danang dgn lebih dekat.
Hari pertama – menaiki airasia dan tiba d airport danang dan terus check in di dai a hotel




Hari kedua- membeli belah di han market dan check in d hong dao hotel


Hari ketiga – pergi ke pasaraya big C, round d tepi pantai, makan di furama resort dan
image
image
image
image
image

Hari ke empat… Berkemas dan pulang ke Malaysia
image
image

image
image
image

MESYUARAT AGONG KOOPERASI PMBK SAWIT SDN BHD

1 Komen

Salam perjuangan….

Hari ini 16 jun sekali lagi berlangsung mesyuarat agong tahunan kooperasi kali ke 2 di dewan 202 KTC.  Majlis perasmian dilakukan oleh YB Dato Ahmad Yaacob TMB.

Kehadiran semua ahli kooperasi juga menyerikan lagi majlis perasmian pada pagi ini. Dimaklumkan oleh pengerusi kooperasi bhw pada tahun ini keuntungan kooperasi bertambah 3 kali ganda berbanding tahun lepas. Wakil skm mengucapkan tahniah kpd ALP Kooperasi kerana berjaya mengadakan mesyuarat agong mengikut masa yg ditentukan. Di sebut oleh wakil SKM bhw ada kooperasi di Kelantan yg memberikan dividen saham sebanyak 300%. Mungkin boleh dicontohi oleh ALP pada masa yg akan datang.

image

image

image

image

image

image

Gambar Menarik Water Park Melaka

Tinggalkan komen

image

image

image

image

image

image

Salam perjuangan,
Sayaberkesempatan mengikuti rombongan ALP Perdana Resort utk melawat satu projek water park di Melaka di mana syarikat yang sama berminat untuk melabur projek water park di Kelantan khasnya di Perdana Resort. Bagi saya lawatan ini berjaya dan jika dapat dilaksanakan di Kelantan pastinya akan melonjakkan jumlah visitors ke Kelantan dan sekaligus melonjakkan perkembangan ekonomi rakyat Kelantan.

Pelaburan Emas Sebagai Pilihan Utama

1 Komen

image

Salam perjuangan.
Setelah meneliti perkembangan harga emas dunia dan juga harga emas tempatan memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pelaburan dengan membeli emas adalah kaedah simpanan yg paling berbaloi berbanding dengan penyimpanan wang di mana mana-mana institusi kewangan sekalipun. Ini dibuktikan dengan peningkatan harga emas mencecah 40% setahun berbanding simpanan lain. Jadi berubahlah kepada emas pada hari ini sebwlum terlambat krn harga emas di jangka akan naik lagi menjelang akhir tahun ini dan apabila ekonomi di landa krisis menjelang 2012.

EMAS MENINGKAT BILA EKONOMI MERUDUM

Tinggalkan komen

Salam perjuangan..
Menurut pakar ekonomi apabila krisis ekonomi berlaku maka pada waktu itu harga emaS akan meningkat. Kerajaan Kelantan telah mengambil langkah yg jauh ke depan dari pusat apabila memperkenalkan dinar kpd rakyat.
Saya masih ingat ketika dilancarkan harga bagi satu dinar ialah rm 343 sekarang harganya telah melambung menjadi rm 870 bg sedinar. Bayangkan brp keuntungan sekarang yg anda dapat jika anda membeli emas diwaktu itu ? Sekali lagi ramalan pakar ekonomi memberitahu dunia dan malaysia sendiri akan mengalami krisis ekonomi yg agak teruk berbanding tahun 1998. Jesteru itu apa persiapan anda ? Saya menyarankan supaya anda membeli dinar atau emas atau gold sekarang utk dpt keuntungan kemudian nanti. Harga emas di jangka naik sehingga ke paras rm 1500
Bagi satu dinar…

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Pasaran saham di Malaysia terus merudum dengan nilai dianggarkan RM31 bilion ‘terhakis’ dari Bursa Malaysia ekoran kebimbangan yang dirasai di peringkat global ekonomi, susulan krisis kredit Amerika Syarikat.

Ekoran trend jualan saham yang diakibatkan oleh penurunan taraf oleh Standard and Poor ke atas kredit Amerika Syarikad dan Eropah, pasaran saham Kuala Lumpur terhakis nilai sehingga RM65 bilion sejak Isnin lalu.

Pemegang-pemegang saham yang rugi mengatasi mereka yang membuat untung – 1,051 berbanding 67 hari ini, manakala indeks Emas menurun 2.39 peratus sehingga 10,227.95 mata, paling rendah dalam lima bulan.

Tanda aras FBMKLCI ditutup 1,496.99, menurun 1.8 peratus, juga paling rendah dalam lima bulan.

Malaysia berhadapan dengan perkembangan ketika spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat berterusan.

Ketua firma penyelidikan OSK Chris Eng berkata, meskipun ada kemungkinan kecil pemulihan pada hari-hari mendatang, pasaran tidak mungkin akan meningkat ke paras yang direkodkan bulan lalu dan akan kekal mudah meruap.

“Kami menurunkan gred pasaran hari ini dengan fikiran bahawa penggal pertengahan tidak kelihatan begitu baik, khususnya selepas S&P (Standard and Poor) menurunkan gred (penarafan kredit jangka panjang AS).

“Jelas bahawa pelabur-pelabur mula lebih melihat ke atas saham-saham defensif (alternatif),” kata beliau yang turut mengesyorkan saham-saham dalam bidang kesihatan, media dan kepenggunaan untuk diberi perhatian.

Eng menambah, sementara pasaran memperlihatkan respons positif sebelah tengah hari tadi ekoran laporan bahawa European Central Bank membeli bon-bon Itali dan Sepanyol, pihaknya tidak optimis keadaan itu akan berkekalan.

“Apa yang mereka lakukan sekarang belum mencukupi,” kata beliau.

Nilai pasaran kira-kira RM26 bilion telah terhakis dari Bursa Malaysia Jumaat lalu selepas para pelabur mengambil mesej daripada apa yang disaksikan di Wall Street, yang paling buruk sejak keruntuhan Lehman Brothers pada 2008.

Pasaran-pasaran rantau Asia terus merosot hari ini sejak Standard and Poor menurunkan taraf kredit AS buat kali pertama Jumaat lalu.

Pasaran Nikkei menurun 2.2 peratus untuk ditutup 9,097.56 mata selepas ia turun serendah paras 9057.29 manakala Topix pula jatuh 2.3 peratus untuk ditutup 782.86.

Indeks Hang Seng Hong Kong menurun lebih empat peratus untuk mencecah paras paling rendah tahun ini. Indeks Shanghai menurun lebih daripada tiga peratus.

Indeks pasaran Singapura pula jatuh 3.39 peratus, Indonesia (1.82 peratus) dan Thailand (0.99 peratus).

Menurut laporan Reuters, nilai pasaran dunia terhakis AS$2.7 trillion (RM8.13 trillion) minggu lalu.

Dalam laporan terdahulu, bank pelaburan Goldman Sachs juga mengkaji semula pertubuhan ekonomi Malaysia ekoran perkembangan ekonomi semasa.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka berhadapan lebih banyak tekanan ekoran langkah Goldman Sachs menurunkan anggaran pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini dan 2012.

Goldman Sachs mengkaji semula anggaran pertumbuhan ekonomi kepada lima peratus berbanding 5.4 peratus tahun ini manakala bagi tahun depan ia menetapkan 5.2 peratus berbanding 5.6 peratus yang dianggarkan sebelum ini. -TMI

Older Entries