QARYAH RAMADHAN :- MARI MENYEMAI IMAN BERSAMA

Tinggalkan komen

Bismilllahirrahmanirrahim…

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” [Al-Baqarah]

Alhamdulillah, untuk tahun yang berikutnya kita semua di panjangkan umur, diberikan peluang dan ruang oleh Allah Azza Wajalla untuk beribadah di bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan. Kehadirannya sentiasa di rindui oleh para kekasih Allah. Yang mengharapkan keampunan dan jaminan kemerdekaan dari pada api neraka.

Untuk kesekian kali juga, saya berpeluang berterawikh di Qaryah Ramadhan, di perkarangan Stadium Sultan Mohd IV. Satu kenikmatan yang amat indah untuk di ceritakan.

Beribadah di dalam khemah berhawa dingin saiz 3,200 kaki persegi yang dapat menampung kira-kira 3,000 jemaah yang pertama seumpamanya di negara ini, mendapat sambutan menggalakkan.

Bermula dengan pelbagai pengisian program di waktu petang, berbuka puasa dengan juadah yang disediakan secara percuma yang di sumbangkan oleh para dermawan, menunaikan solat terawih berimamkan imam dari Mesir, di selangi dengan tazkirah ramadhan, relay bacaan al quran, qiamullail sehinggalah bersahur beramai-ramai.

Saya di fahamkan juga, beberapa acara baru akan diadakan pada tahun ini, antaranya Majlis Tilawah Al Quran antara pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT), Majlis Khatam Al Quran melibatkan 3,000 orang, bacaan 1,000 Yaasin, Forum Badar Qubra dan persembahan nasyid.

Pendek kata,semuanya ada di Qaryah Ramadhan.
Tepuk dada tanyalah iman anda.


SELAMAT DATANG RAMADHAN

Tinggalkan komen

“Ramadhan bakal datang menjelang
Kaum muslimin semuanya senang
Suasana pun bisa jadi tenang
Kerana ianya bulan kemenangan

Ramadhan adalah bulan yang penuh berkat, rahmat, dan ampunan. Melakukan kebajikan pada bulan Ramadhan, akan di ganjarkan oleh Allah dengan sejumlah ganjaran. Secara tepatnya, pahalanya jadi berkali lipat.

SAMBUTLAH DENGAN RASA SYUKUR
Rasulullah SAW telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud :- Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.”

Yang menghairankan bagaimana kejadian buruk masih lagi berlaku, sedangkan di bulan Ramadan segala syaitan dan kuncu-kuncunya telah dirantai dan dibelenggu, umpat mengumpat misalnya menjadi bualan mulut, kata-kata dan kata-kata kesat masih meniti di bibir-bibir mulut, malah yang mengaibkan lagi ada juga sebahagiannya yang sanggup melakukan perkara-perkara yang mencemarkan imej Islam.

MATLAMAT
Keadaan ini terjadi kerana matlamat puasa kita itu belum lagi mencapai tahap yang dikehendaki iaitu tahap sebagai benteng pertahanan jiwa. Seandainya jiwa belum lagi terbentuk sebagai benteng yang kukuh senanglah nafsu syahwat yang sedia ada dalam jiwa mengajak ke arah keburukan.

Ibadat puasa mempunyai hikmah dan rahsia-rahsia sama ada dari segi rohaniah, jasmaniah dan kemasyarakatan. Dari segi kerohanian ia boleh menundukkan nafsu jahat yakni naluri atau perasaan yang mendorongkan kepada kejahatan. Ibadat ini bukan sahaja terdapat di dalam syariat Islamiah, malahan di dalam syariat-syariat lain juga ada memfardukan ibadat puasa miskipun keyakinan jiwanya berlainan.

Hikmah puasa dari sudut rohani juga boleh menguatkan keperibadian, meluhurkan kesusilaan dan membersihkan jiwa insan. Puasa juga sebagai latihan rohaniah yang mana setiap yang berpuasa wajib menahan diri daripada nafsu makan minum, nafsu kejantinaan dan mengawal moral yang rendah dan menyakitkan orang lain seperti mencela, caci maki, mengumpat, bercakap kotor dan mengikut keinginan nafsu. Untuk membentuk keperibadian yang mulia seorang pengarang Jerman, James Brooke menulis sebuah buku yang mana di dalam tulisannya beliau memuji hikmah berpuasa, katanya, “Untuk menguatkan perasaan dan jiwa hendaklah jadikan puasa ini sebagai pokok atau dasar hidup, kerana ia paling berkesan untuk mengawal pengaruh rohaniah keinginan jasmaniah. Jesteru itu manusia boleh menguasai dirinya sendiri agar tidak menjadi hamba kepada naluri kebendaan.” Puasa dari sudut kesihatan dan rawatan penyakit. Ibadat puasa merupakan sebahagian daripada cara-cara yang paling berkesan menjaga kesihatan bertepatan dengan kata-kata seorang ilmuan yang bermaksud: “Maidah” atau perut besar merupakan sarang penyakit dan berpantang itu pokok kepada segala ubat.

Imam al-Ghazali juga memberi penjelasan iaitu: “Perut besar seseorang yang kenyang, maka tidur nyenyaklah akal fikiran dan kaku bekulah kecerdasan dan kebijaksanaan. Akhirnya malas dan lesu seluruh anggota badan daripada menunaikan ibadat. Penjelasan dari Imam al-Ghazali itu dapat kita fahami bahawa kekosongan perut orang yang berpuasa bukanlah merupakan satu azab atau penderitaan kepada mereka sebaliknya ia merupakan satu langkah untuk memperolehi kecergasan rohani dan kesegaran jasmani kerana akal fikiran ketika berpuasa sedang membangun.

Ada orang beranggapan puasa boleh menjejaskan kesihatan. Dalam konteks ini memang kumpulan kecil yang perlu dikenal pasti supaya dapat nasihat daripada doktor berhubung dengan berpuasa. Ada penyakit seandainya seseorang itu berpuasa boleh menjanjikan kesihatan dan Allah SWT telah memberi rukhsah atau kelonggaran kepada mereka yang uzur supaya tidak berpuasa. Kalau dilihat Allah SWT pencipta manusia dan alam lebih mengetahui akan perkara yang paling baik untuk kejadiannya dan sudah termaktub di dalam Al-Quran akan kelonggaran tersebut.

Wassalam..

PENJELASAN KU LI ISU MINYAK

Tinggalkan komen

Penampilan Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan isu royalti minyak Kelantan memang menggerunkan kepimpinan Umno. Fakta dan data yang dikemukakannya tidak berupaya ditangkis. Hasrat Ku Li hanya satu, agar perjanjian dipatuhi dan rakyat dapat bersama-sama menikmati khazanah kekayaan negara.

Berdepan dengan wartawan Harakah AHMAD LUTFI OTHMAN, MOHD RASHIDI HASSAN dan WAN NORDIN WAN YAACOB, beliau nampak bebas mengutarakan idea dan pandangan kritisnya. Wajahnya ceria dan sering disulami ketawa kecil. Tanpa apa-apa jawatan penting, Ku Li tetap menjadi perhatian, dalam dan luar negara. Ditanya sumbangannya kepada negara dan rakyat, selain menjelaskan isu royalti minyak, tanpa ragu-ragu bekas Menteri Kewangan ini menjawab pantas: Mahu bersama-sama membanteras rasuah.

Ikuti  wawancara bersama Tengku Razaleigh, yang dirakamkan di kediamannya, di Langgak Golf, pada 18 Februari lalu.

HARAKAH: Negara berhadapan dengan pelbagai masalah, misalnya krisis kepimpinan, kemelut politik, problem ekonomi, isu sosial yang agak meuncing dewasa ini. Tengku juga banyak menimbulkan hal ini, khususnya pada era Tun Dr Mahathir Mohamad. Meskipun perdana menteri bersilih ganti namun segala masalah berkenaan tidak juga ada jalan keluarnya …
TENGKU RAZALEGIH: Saya rasa tak boleh kita lupakan sejarah pemerintahan tiga perdana menteri terdahulu. Dimulakan dengan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Mereka membangunkan sebuah negara yang kukuh dan baik yang membolehkan pelabur datang.

Tiga PM terdahulu semuanya peguam yang diasuh dalam bidang undang-undang dan mereka  berpegang teguh kepada prinsip ‘rule of law’ (keluhuran undang-undang) yang termaktub dalam Perlembagaan.

Oleh kerana latar belakang dan pendidikanitu,  secara umumnya mereka  barang kali bukanlah jenis orang yang mengambil kesempatan dari apa yang terdedah kepadanya, walaupun peluang ada di hadapan mata mereka.

Mereka ini semuanya anak-anak bangsawan yang tak akan jahanamkan negara, apatah lagi  mereka diasuh dengan baik oleh keluarga. Walaupun diakui ada kelemahan tertentu, mereka telah berbudi kepada negara. Sebab itu kita tak tengok masa mereka memerintah timbul soal  rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berleluasa.

Apa yang saya tahu, sama ada  Tunku, Tun Abdul Razak Hussein atau Tun Hussein Onn –  apatah lagi Tun Hussein ini orang yang begitu serius dari segi sikap antirasuah – semuanya  ada prinsip dan tak akan izin penyelewengan berlaku di zamannya.

Mereka berusaha keras menjamin kestabilan dalam negara. Sebab itu rakyat, tak kira kaum mana sekalipun akan menghormati dan mengasihi pemimpin, baik Tunku dan Tun Razak atau Tun Hussein. Walaupun Tunku dianggap agak pro-Cina dan pro-Barat kalau dibanding dengan Tun Razak yang dilihat pro-Melayu dan memberi perhatian kepada luar bandar, yakni bukan urban sangat dan mendapat didikan orang Pekan, tetapi rakyat percaya bahawa tidak akan berlaku sesuatu yang buruk di bawah pimpinan Tun Razak. Atas dasar inilah kehamornian itu terpelihara.

Tetapi Tengku, peristiwa berdarah akibat pertelagahan kaum berlaku pada 13 Mei 1969 …

Walaupun tragedi Mei 13 1969 berlaku, ini kerana cetusan suasana pilihan raya tahun 1969 dan kerana perarakan yang dijolok oleh komunis dua hari sebelum tarikh pembuangan undi. Kempen  pilihan raya berjalan begitu hangat, ada lemparan tuduhan berbaur perkauman dan sebagainya yang dicampur aduk. Itu pun hanya berlaku di Kuala Lumpur sahaja. Dan iktibarnya ia menjadi sejarah yang  mengajar kita, namun ia tidak menggugat kestabilan negara seluruhnya.

Kalau kita tengok selepas 13 Mei, dalam masa dua tahun MAGERAN ambil alih kuasa penuh negara dengan penggantungan Parlimen misalnya,  dan dapat dipulihkan keadaan, dan wujud serta merta keinginan semangat untuk berkerjasama antara kaum dan  parti-parti politik. Tun Razak berjaya, selepas sahaja Parlimen dipulihkan, untuk menubuhkan BN, dengan dipelopori oleh PAS, Gerakan, SUPP dan beberapa parti besar yang berada di luar kerajaan ketika itu.

Ini menunjukkan kepercayaan orang kepada kepimpinan yang ada ketika itu. Memang  ada perbezaan, misalnya dari  segi idealogi politik,  tetapi nampaknya ada platform yang sama yang boleh hubungkan mereka ini untuk bangunkan negara.

Sebab itu kedudukan ekonomi terjamin walaupun pada tahun 1969 tidak begitu rancak pertumbuhan ekonomi kerana kekacauan dan gangguan komunis. Tetapi ekonomi kita tetap kuat dan kukuh, yang bagi saya disebabkan kepimpinan yang ada.

Tunku Abdul Rahman secara tegas membantah dasar aparteid, mahu orang yang tertindas dibela. Ini memeranjatkan dunia apabila Malaysia kemukakan pandangan di Komanwel kerana cadangan Tunku itu tak terfikir oleh mana-mana pihak. Tunku cadang bukan sahaja gantung keaanggotaan Afrika tetapi buang terus Afrika daripada Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akhirnya.

Sama juga dengan peranan Tun Razak  dalam Afro-Asean Solidarity walaupun pernah penubuhan Malaysia pada 1963 cuba dilobi penentangannya oleh Beijing dan Pakistan, yang didalangi Sukarno dan Marcos. Tetapi akhirnya menerusi Tun Razak, Malaysia mempunyai suara dalam  Afro-Asean dan NAM. Suara kita sudah didengari ketika itu.

Penghormatan dunia kepada suara pemimpin kumpulan negara-negara sedang membangun, termasuk kita agak ketara, apalagi pengiktirafah terhadap barisan pimpinan yang handal-hal handal belaka seperti Nehru, Chao En Lai,  Sukarno, Mandela, Tito dan pimpinan yang hebat berjuang untuk negara yang ditindas kolonialis ketika itu.

Kita sebagai sebuah negara yang kecil yang sedang membangun tidak terkecuali. Dalam hal ini di mana-mana forum yang saya dapat ikuti dan hadiri, Malaysia selalu diajak jadi rappoteur dan drafter. Ini kerana ayat-ayat yang diselit oleh wakil Malaysia ini biasanya mengandungi unsur kesederhanaan, tidak terlampau ekstrem dalam membentuk keputusan di sidang-sidang yang diadakan.

Sama juga dengan Tun Hussein, walaupun dia tidak  menonjol sebagai pimpinan tetapi dia boleh diterima dan dipercayai ketika menjadi PM. Jadi kerana itu ekonomi kita diyakini kerana kepercayaan rakyat dalam negara dan negara-negara sekeliling dengan Malaysia. Justeru,  wujudnya kestabilan rantau ini, serta tidak  menimbulkan risiko yang  bukan-bukan.

Sebab itulah industri mulai masuk apabila pelaburan  datang ke Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Misalnya, kereta Volvo dan Mercedes dipasang di sini sejak dahulu lagi.

Memang tidak mudah untuk menghadapi zaman awal untuk membangunkan negara  ini. Keadaannya juga agak meruncing tetapi orang percaya kepada pimpinan ketika itu. Rakyat bulat kepada kepimpinan kerajaan.

Tapi pembangkang juga hebat ketika itu?

Saya biasa bercakap dengan Allahyarham Dato’ Asri Muda ketika itu, beliau berkata kita bersatu dalam soal menjaga keselamatan dan memajukan negara, cuma dasar perjuangan sahaja yang berbeza.

Maknanya ada titik persamaan  yang dibawa oleh semua pihak kerana titik pertemuan mengenai penerimaan kepimpinan ketika itu. Kestabilan pun wujud dan kepercayaan dalam dan luar negara kuat. Nama Tunku misalnya cukup terkenal di Timur Tengah, apatah lagi selepas dia anjurkan penubuhan OIC untuk himpunkan negara-negara Islam dalam suatu pakatan supaya dapat kita kumpulkan kekuatan kita dari segi kekayaan dan banyak lagilah.

Saya terfikir … jika kita gunakan kekayaan negara-negara Islam ini, misalnya melalui institusi Baitulmal, ini kita kumpul untuk seluruh umat dunia,  ia boleh membawa manfaat yang amat besar.

Semua perdana menteri yang saya sebut tadi  mati dengan tidak meninggalkan harta. Saya sendiri boleh buktikan sebab saya yang jaga akaun Tunku. Memang tak ada duit.

Apa yang Tengku sebutkan tadi tentunya berbeza benar dengan kepimpinan tiga perdana menteri selepas itu, kan? Ya, baru-baru dikeluarkan senarai orang terkaya yang mana anak menantu mereka pun turut masuk senarai itu …

Terkaya… ya terkaya … (ketawa)

Dan ini cukup tidak sihat kepada persepsi rakyat jika hendak dibandingkan dengan pemimpin terdahulu?

Memanglah, yang pimpinan dahulu mereka tidak meninggalkan kekayaaan buat anak-anak dan keluarga kerana bukan hasrat mereka berjuang nak kumpulkan harta. Ini memang betul.

Berbeza sungguh dengan kepimpinan hari ini, integriti mereka dipersoal secara terbuka. Mereka hanya berjuang untuk kepentingan diri dan kelompok. Orang berlumba-lumba masuk politik untuk mengejar kekayaaan dan kemewahan.

Ya … tapi kalau saya bercakap dan membandingkan dengan dahulu, orang kata saya sengaja nak kritiklah. Tapi semua nampak dan sedar hakikat ini, perjuangan terdahulu untuk kemerdekaan, membela bangsa dan membangunkan negara serta memajukan Islam.

Dengan itu, kita  bukan sahaja bebas dari segala aspek ancaman bersenjata komunis, tetapi yang lebih penting ialah  kehidupan kesihatan kita begitu meningkat. Sekarang  tiada lagi merebaknya penyakit berjangkit seperti kolera, batuk kering dan sebagainya, dan WHO mengiktiraf kehebatan kita dari sudut kualiti kesihatan ini.

Perjuangan dalam bidang sosial kita berjaya, namun dari segi perbezaan jurang pendapatan kita jauh tertinggal. Kita negara terkaya dikurniakan Tuhan dengan pelbagai sumber yang boleh membaiki negara kita berbanding negara jiran Singapura.

Tetapi pendapatan perkapita kita dengan Singapura, kita terkebelakang, kita mundur. Pendapatan perkapita Singapura, rakyat mereka berkali ganda tinggi berbanding negara kita. Saya rasa malu. Saya dijemput berucap di Singapura, nak bercakap mengenai ekonomi pun saya tidak tahu nak cakap apa.

Negara kita dari segi perniagaan nombor 19 dari segi volume dan pendapatan, tetapi Singapura nombor 26, namun mengapa taraf hidup mereka tinggi, gaji mereka tinggi? Kenapa tidak kita perbaiki tahap kehidupan rakyat kita? Sedangkan kita boleh samakan kedudukan kita dengan negara jiran. Malah sebenarnya kitau boleh melangkau kedudukan mereka … bagi saya boleh jika kena caranya.

Kenapa saya kata boleh peperangan kita kena holistik dan total? Rasuah, pembaziran, salahguna kuasa mesti diperangi habis-habisan. Dalam masa sama kita tingkatkan kualiti pendidikan kita.

Ada  orang kata pada saya, apa yang perlu kita buat untuk capai semua ini? Saya rasa untuk kita mahu ‘perang’, kita kena ada pakatan sesama kita. Sebab saya tengok orang Melayu, kalau kita lihat budak-budak kampung yang dibawa masuk ke dalam pasukan tentera, kerana rejimentasi dan disiplin yang kuat, mereka boleh ikut segala perintah dan arahan yang dikehendaki oleh komanden mereka.

Saya rasa untuk tingkatkan status ekonomi negara kita, kita kena serius berfikir untuk melakukannya, supaya rakyat kita tidak membuang masa dan tidak akan membazir kepada perkara yang tidak sepatutnya dibazirkan.

Saya rasa kalau mereka itu dididik dengan disiplin dan rejimentasi,  mereka pasti boleh lalukan apa yang orang lain buat. Ini pandangan yang boleh kita kaji.

Soalnya, jika  kita tengok realitinya sekarang, mereka yang kita bagi lesen, jual lesen itu balik. Kita bagi bukan untuk jual lesen, tetapi mereka ini buat jalan mudah.

Tadi Tengku seolah-olah memisahkan tiga PM terawal dengan tiga PM terkemudian …

Saya tak kata begitu.

Tapi, nampak macam itu, ‘kan?

Sekarang Umno baru, Umno yang saya dahulu dah tak ada … (ketawa)

Pertembungan Tengku dengan Tun Dr Mahathir sudah menjadi rakaman sejarah. Perdana Menteri sudah bertukar. Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah bersama Tengku dalam Team B ketika menentang Dr Mahathir pada 1987. Dato’ Seri Najib pula tidak mempunyai rekod pertembungan peribadi dengan Tengku. Tengku sendiri memilih untuk bersama Umno sehingga sanggup membubarkan Parti Melayu Semangat 46. Tetapi nampaknya kepimpinan Umno, walaupun  selepas era Dr Mahathir, tidak memanfaatkan Tengku, dengan segala pengalaman dan kemahiran Tengku, untuk bersama-sama memajukan negara, mengapa ya? (b)

Saya rasa soalan ini patut ditujukan kepada mereka (Abdullah dan Najib), mereka sahaja yang layak jawab. Mereka tentu ada jawapan mengapa tidak mahu seseorang itu dalam perkhidmatan mereka. Kalau nak sembang soal latar belakangnya, memanglah panjang …(ketawa)

Jelas Dr Mahathir tidak menyenangi pemerintahan Abdullah, tetapi tidak dengan Najib. Pada pandangan Tengku, sejauh manakah pengaruh Dr Mahathir dalam pentadbiran Najib?

Kita tidak nafi bahawa manusia ini memang mudah dipengaruhi orang lain kecuali kita cukup yakin kepada kemampuan dan kebolehan kita sendiri, barulah orang tidak boleh pengaruhi dalam apa yang kita nak buat.

Jadi saya rasa, barangkali ada orang yang bimbang-bimbang atau takut-takut, kerana kurang yakin dengan kemampuan untuk memimpin. Namun bagi saya, jika diberi tugas,  keyakinan saya berdasarkan kepentingan kepada negara, tidak kepada sesiapa. Dan kebolehan itu saya akan manfaatkan untuk semua pihak.

Saya akan gunakannya untuk kebaikan negara, saya akan lakukan asalkan tidak bertentangan dengan kehendak Allah.

Jadi saya rasa tiada sebab mengapa  seseorang itu tidak boleh digunakan untuk sesebuah kebaikan, bukan maksud saya sehinggakan dipergunakan. Katakanlah, Najib ini seperti tidak mahu memanfaatkan seseorang kerana dipengaruhi Mahathir, itu kesilapan dia. Bagaimanapun, ia bergantung kepada perhitungan mereka sendiri.

Adakah pembabitkan Tengku dalam isu tuntutan royalti minyak Kelantan  berdasarkan kepada sikap itu, yakni mahu menyumbangkan untuk kepentingan rakyat, walaupun dilihat bertentangan dengan parti sendiri?

Tiada perbezaan … apa yang saya ucapkan di Kota Bharu itu hanyalah kenyataan  saya tentang sejarah, bagaimana Petronas ditubuhkan, dan apakah makna di sebalik Akta Kemajuan Petroleum yangv digubal kerajaan. Saya tidak kritik kerajaan atau menyebelahi mana-mana pihak. Saya hanya berpendapat Kelantan wajib dibayar lima peratus ‘cash payment’.

Sama juga dengan Terengganu. Yang mana ada minyak di luar pantai Terengganu, maka  di bawah Akta Kemajuan Petroleum, walaupun kawasan itu di luar kawasan tiga batu nautika, tetapi kerana akta ini berkata kalau minyak ditemui di luar pantai negeri berkenaan, maka lima peratus tetap akan diberi kepada negeri itu sekiranya negeri berkenaan menyerahkan seluruh kawasan itu kepada Petronas. Ini terang termaktub dalam undang-undang.

Berdasarkan statistik dan  maklumat Petronas sendiri, jelas Kelantan ada hak minyak.

Saya tak kata saya sebelahi Kelantan atau sesiapa sahaja. Saya sebelahi rakyat kerana akta itu dirangka atas arahan Tun Razak. Tun Raxak yang kata kepada saya, “buatlah Tengku, asalkan negeri-negeri di Pantai Timur terutamanya, dapat hasilnya dan faedah daripadanya”.

Saya memang dah tahu dalam 3 batu nautika itu, berdasarkan kepada kajian saintifik sebelumPetronas ditubuhkan, memang tiada minyak pada masa itu. Tetapi Tun Razak ada cakap, carilah jalan supaya negeri-negeri dapat manfaat dengan hasil minyak. Tun Salleh Abbaslah ‘tauke’ yang buat undang-undang ini, saya bagi idea sahaja macam mana nak buat supaya Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dapat faedah.

Berbeza dengan Sabah dan Sarawak. Ini kerana memang mereka ada hak, sebab tiada sempadan antara kerajaan pusat dan negeri kerana kita tubuh Malaysia dengan cepat. Tunku kata pada masa itu, kita lukis sempadan ini kemudian, tetapi sebenarnya kita sudah tentukan garis sempadan tiap-tiap negeri apabila bergabung dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan terlebih dahulu sebelum itu lagi.

Jadi berdasarkan kepada jurisdiction dan penemuan saintifik ini, memang semua negeri tiada minyak, tetapi saya runding juga dengan negeri-negeri. Saya jumpa semua MB dan Exco. Saya terang dengan jelas, mereka tiada minyak ketika itu tetapi jika ditemui minyak saya minta mereka serah segala-galanya kepada Petronas. Biar Petronas jadi agensi utama yang menguruskannya nanti. Dan jika minyak ditemui di luar kawasan negeri berkenaan, 5 peratus negeri tersebut tetap dapat.

Dalam perjanjian yang saya tandatangani ketika itu, perkataan ‘balasan’ kepada negeri berkenaan, itu ayat yang saya cadangkan.

Apakah ‘balasan’ itu disebut sebagai royalti?

Kita tidak pakai perkataan royalti, tetapi ‘cash payment’. Pembayaran tunai ini  terus kepada kerajaan negeri. Tidak boleh dibayar kepada orang lain. Ia mesti kepada kerajaan negeri. Jikadibayar melalui orang lain atau kepada orang lain, ini ‘illegal payment’.

Duit minyak hanya boleh buat dua bayaran. Saya yang buat undang-undang itu dahulu. Dari segi ini, saya rasa saya lebih tahu daripada orang lain. Saya belum nyanyuk lagi. Satunya ‘cash payment’ tadi, 5 peratus kepada kerajaan negeri berkenaan dan 5 peratus lagi kepada kerajaan pusat, dan selebihnya dimiliki oleh Petronas.

Petronas ini, kerana dimiliki 100 peratus oleh kerajaan pusat, boleh bayar dividen. Dividenitulah yang boleh digunakan untuk apa sahaja. Dan selebihnya Petronas kena simpan untuk carigali minyak, dalam atau luar negara. Itu hak Petronas.

Tetapi jika nak bagi kepada sesiapa yang bukan hak, itu tidak boleh, tetapi untuk derma itu bolehlah …

Jika diserahkan kepada pihak lain, walaupun untuk kepentingan rakyat Kelantan, bagaimana?

Mesti berbalik kepada perjanjian dan undang-undang. Apa undang-undang kata? Undang-undang katadibayar terus kepada kerajaan negeri. Satu dividen kepada kerajaan pusat dan satu lagi ‘cashpayment’ kepada kerajaan negeri 5 peratus, dan pusat 5 peratus.  Itu sahaja.

Tolak dividen, tolak bayaran ini, maka selebihnya terpulanglah kepada Petronas untuk belanja, dalam urusan dialah, nak carigali minyak atau nak beli kawasan minyak luar negara, ini atas kebijaksanaan Petronaslah.

Kenapa pihak berkenaan berkeras juga mahu berikan wang ihsan, bukan ‘cash payment’?

Itu kerajaan pusat kata. Ini Petronas, perjanjian dibuat oleh Petronas dengan kerajaan negeri,tiada perjanjian antara negeri dan pusat. Rundingan kita pada masa itu ialah, saya selaku Pengerusi Petronas dengan kerajaan negeri. Itu sahaja. Apabila setuju hak minyak dalam negeri, dalam kawasan 3 batu nautika, itu okay, tetapi jika jumpa di luar pantai negeri tersebut, kita tetap bagi 5 peratus sebab  negeri sudah beri segala haknya.

Nampak jelas bahawa perjuangan kepimpinan terdahulu ialah untuk kepentingan semua rakyatnya,  berbeza dengan sekarang.

Tun Razak ketika itu cakap dekat saya, carilah jalan, buatlah undang-undang supaya negeri-negeri ini dapat juga. Saya kata okay.
Kempen sudah dibuat, penjelasan sudah diberikan, Tengku sendiri turun padang, tetapi kerajaan pusat tidak menghiraukannya. Jika ia dimasuk ke mahkamah, seperti yang berlaku kepada Kerajaan Negeri Terengganu, sampai kini tidak selesai, dan tidak boleh pula diperjuangkan di luar mahkamah. Jadi, apa pilihan yang ada? (bold)

Tengok sajalah kes Nizar (Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin), bawa ke mahkamah 10 kali pun dia tidak mahu bagi kepada Nizar untuk jadi Menteri Besar (Perak), maka dia (kerajaan) tidak akan bagi juga. Sebab, alasannya dia tidak mahu bagi, bukan Perlembagaan yang kata, mereka yang suruh kata …

begitu juga sewaktu Semangat 46 dahulu, saya banyak bawa kes ke mahkamah, sampai ke Mahkamah Persekutuan sekalipun. Semuanya tidak berjaya. Sebabnya, mahkamah boneka.

Di Kelantan, apa yang boleh dibuat sekarang?

Saya rasa mahkamah yang ada adalah mahkamah rakyat …(ketawa). Bukan sahaja di Kelantan tetapi di seluruh negara.

Umno-BN sudah dihukum oleh mahkamah rakyat pada pilihan raya 2008  lalu, tetapi mereka nampaknya terus angkuh, tidak mahu terima dan hormati suara rakyat serta ambil iktibar daripada …

Pendapat saya begitu juga … saya hadir beri penerangan bukan atas kapasiti sebagai ahli politik tetapi seorang yang penuh minat mahu melihat Kelantan ini maju, tidak kira PAS atau Umno yang perintah.

Dalam kes minyak ini, sepatutnya mereka bayar sebab inilah peluang untuk kita majukan Kelantan bersama. Faedahnya ialah rakyat akan rasai bersama, seterusnya biarlah rakyat akan nilai. Dia nak pilih siapa, itu pandailah kempen … betul tak?

DEMO BANTAH MESIR HALANG BANTUAN KE PALESTIN

2 Komen

Salam perjuangan……

Selamat Berdemo, saya menyokong anda semua membela nasib rakyat Palestin yang dizalimi bukan sahaja oleh Israel laknatullah tetapi oleh negara Umat Islam sendiri yang tunduk kepada tekanan kuffar.


SHAH ALAM – Pas menyeru semua ahli, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan golongan yang simpati kepada nasib rakyat Palestin untuk menyertai perhimpunan aman Jumaat ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Idris Ahmad berkata, Pas menyokong tindakan Pemuda Pas mengadakan perhimpunan aman Jumaat ini membantah tindakan Kerajaan Mesir yang didakwa berkerjasama dengan Israel menindas umat Islam di Gaza, Palestin.

Ketua Penerangannya, Datuk Idris Ahmad berkata, satu memorandum bantahan akan diserahkan ke Kedutaan Mesir pada perhimpunan yang akan disertai ahli parti itu dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kezaliman Mesir ini jelas membuktikan sokong mereka kepada tindakan Israel yang menutup pintu sempadan di Nahal Ozz di timur pusat bandar Gaza dan mengepung rakyat Palestin dengan hanya membenarkan satu laluan sahaja dibuka untuk memasuki Gaza iaitu melalui Kerem Shalom di tenggara Semenanjung Gaza,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, Mesir juga didapati menutup mata dengan tindakan Israel yang meluluskan pembinaan empat bangunan apartmen baru untuk peneroka haram Yahudi di timur Baitulmaqdis yang berada dalam wilayah rakyat Palestin.

“Pas kesal kerana sebagai sebuah negara Islam dan anggota OIC, Mesir tergamak bersubahat dalam menindas rakyat Palestin,” katanya

RAMALAN BANJIR KELANTAN JADI KENYATAAN

1 Komen

RANTAU PANJANG – Seramai 92 penduduk daripada 40 keluarga di sekitar Rantau Panjang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir Stesen Kereta Api akibat kenaikan paras air Sungai Golok ekoran hujan lebat dan angin kencang yang melanda negeri ini sejak tiga hari lalu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa perkampungan dan jalan ditenggelami air menyebabkan penduduk di beberapa kawasan menyegerakan persiapan mengemaskan barangan dan dokumen penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Penduduk yang ditemui, Normah Kassim, 35, berkata, dia sangat bimbang jika paras air semakin meningkat kerana dia sekeluarga tidak berpindah bagi menyelamatkan harta bendanya.

“Saya sekeluarga bukan tidak mahu berpindah tetapi demi keselamatan harta benda kami di rumah. Jika ditinggalkan di sini takut dimasuki orang-orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Baguh.

Menurutnya, dia reda dengan sebarang kemungkinan berlaku kerana perkampungan tersebut sudah biasa dinaiki air kerana kawasan tersebut rendah dan berdekatan dengan Sungai Golok.

“Namun kami akui setiap kali banjir, sudah tentu barang-barang rumah pasti ada yang rosak kerana tidak sempat untuk diselamatkan. Situasi banjir ini sudah menjadi rutin yang kami terpaksa lalui setiap kali musim tengkujuh tiba,” katanya.

Warga emas, Senit Ahmad, 72 berkata, dia terpaksa segera berpindah ke pusat perpindahan di Stesen Kereta Api Lama, Kampung Kedai Lama disebabkan rumahnya dinaiki air sedari pagi semalam lagi.

“Hujan yang turun kadang kala lebat dengan angin kencang menyebabkan paras air sungai semakin naik dan melimpah ke kawasan kampung ini kira-kira jam 12 tengah hari tadi,” katanya.

Senit berkata, dia bersyukur air banjir kali ini naik pada siang hari kerana jika ia melanda di malam hari, tentu dia serta penduduk di sini tidak dapat bersiap sedia daripada awal.

“Bagi menyelamatkan nyawa, saya redah air banjir yang semakin deras untuk ke pusat pemindahan walaupun keadaan yang uzur tetapi mujurlah air naik siang hari, jika malam, tentunya lebih merumitkan dan membahayakan penduduk di kawasan yang teruk dinaiki air,” katanya.

Sementara, ibu tunggal yang ditemui di pusat pemindahan tersebut, Che Senah Harun, 60 berkata, air di kawasan rumahnya naik sejak pagi tadi lagi menyebabkan dia segera ke pusat perpindahan tersebut.

“Saya segera pindah apabila air mula menaiki dua anak tangga rumah kerana bimbang air akan naik lagi seperti banjir sebelum ini,” katanya yang tinggal berdua bersama anak perempuannya, Hayati Harun, 29.

Sementara itu di KUALA KRAI, seramai 63 mangsa banjir daripada 17 keluarga masih berada di dua pusat —  sinar harian

KONVENSYEN PR KE ARAH MENAWAN PUTRAJAYA

1 Komen

Salam perjuangan…

Saya terlebih dahulu mengucapkan syabas dan tahniah di atas keterbukaan semua pimpinan PAS,PKR dan DAP mengadakan konvensyen dan seterusnya menggariskan matlamat bersama demi merealisasikan cita-cita bersama untuk menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti. 

Konvensyen PR kali pertama ini yang dihadiri 1500 orang perwakilan dari ketiga-tiga parti utama yang diadakan di Auditorium MBSA telah berjaya meluluskan Dasar Pakatan Rakyat secara sebulat suara.

Ia diluluskan apabila semua perwakilan berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju apabila ditanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan cadangan Lim Kit Siang.

(Gambar: Tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat menandatangani dokumen Dasar Pakatan Rakyat selepas diluluskan konvensyen)

Dokumen itu kemudiannya ditandatangani oleh tiga pemimpin utama Pakatan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.  Dasar Pakatan Rakyat berupa dokumen yang dipersetujui bersama di kalangan pimpinannya dan diluluskan sebulat suara dalam konvensyen hari ini.  Ia mengandungi empat perkara asas iaitu demokrasi yang telus dan tulen, memacu ekonomi berprestasi tinggi, keadilan sosial dan pembangunan insan dan hubungan persekutuan – negeri dan dasar luar negara.

Saya hanya mampu mengikuti detik yang bersejarah ini melalui media massa ingin merakamkan sekalung ucapan tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan konvensyen tersebut.  Saya juga berharap agar segala dasar dan resolusi yang dipersetujui akan dipatuhi oleh semua pihak dan diterjemahkan sebaik mungkin melalui jawatankuasa penyediaan mekanisme perlaksanaan dasar yang akan ditubuhkan kelak.

 

APABILA AJAL TIBA :Tiga sahabat berpimpin tangan mati lemas

Tinggalkan komen

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my


Lokasi air terjun Sungai Pandan di Kuantan yang meragut nyawa tiga sahabat semalam.




KUANTAN – Hasrat lima sekawan untuk mandi bertukar menjadi kisah pilu apabila tiga daripada mereka mati lemas di air terjun Sungai Pandan di sini semalam.

Tiga mangsa yang terkorban ialah, S. Maten, P. Gunalan dan T. Vinod Kumar. Ketiga-tiga mangsa berumur 19 tahun.

Sebelum kejadian pada pukul 4.30 petang, ketiga-tiga mangsa dikatakan berpimpin tangan untuk turun mandi di kawasan air terjun itu.

“Sebaik turun ke dalam air, mereka terus tenggelam,” kata seorang saksi, Mohd. Yusoff Jihad, 41, ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Semasa itu, Yusoff memberitahu, dia sedang duduk di sebuah pondok tidak jauh dari kawasan air terjun.

“Saya pun terkejut dan tergamam apabila melihat ketiga-tiga mereka yang berpegangan tangan terus tenggelam sebaik masuk ke dalam air,” kata beliau.

Latest Issue of the Council of Succession.

1 Komen

By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Dec 16 — All is not well within the Kelantan royal household as Tengku Muhammad Fakhry Petra, who is the Tengku Temenggung of the state, is seeking to challenge the validity of his elder brother, Tengku Muhammad Faris’s decision in removing him from the Council of Succession.

The Council of Succession (Majlis Perajaan Negeri) is responsible for determining who will succeed the Sultan of Kelantan in the future as the rightful ruler, and also whether there is a vacancy on the throne by reason of a prolonged absence from the State by the reigning Sovereign.

These provisions are spelled out under the second part of the Laws of the Constitution of Kelantan.

It is understood that Tengku Fakhry, the youngest of three princes, received a letter of termination dated Sept 16, 2009 from his elder brother, who is currently the Regent of Kelantan.

The letter states that Tengku Fakhry has been relieved of his duties as a member of the Council of Succession.

He was subsequently informed the termination was made on the orders of Tengku Faris, 35.

Also named in the application for judicial review are the state secretary; the state mufti; the Kelantan government; and four other members of the royal household. The state secretary is also secretary to the council.

The Kelantan prince is seeking to quash the decision of his elder brother on the grounds that the Regent’s decision cannot be exercised by him (Tengku Faris) and must be exercised personally by the Sultan himself.

Tengku Fakhry claims his brother acted beyond his powers as Regent, therefore opening an avenue to review his actions in the Court of Appeal.

Tengku Fakhry’s lawyer, K. Shanmuga had submitted a skeletal submission stating that his removal from the Council of Succession was unlawful as it was done in a “manner inconsistent with and contrary to Article 8 of the Federal Constitution, and in breach of the principles of natural justice.”

The decision was viewed as being objectively unfair as the Kelantan Prince was not given an opportunity to be heard, and no reason for the removal has been given to date.

Additionally, Tengku Fakhry is also seeking the annulment of Tengku Faris’ decision of appointing Datuk Haji Hashim Datuk Haji Yusoff; Datuk Tengku Hajah Salwah Al-Marhum Sultan Yahya Petra; Datuk Sukri Haji Mohamed; Datuk Haji Che Mohd Rahim Jusoh; and Kol. Dr. Mohammad Razin Kamarulzaman (being the 4th to 8th respondents) to the Council of Succession, on the grounds that their appointments are inconsistent with Article 7 of the Laws of the Constitution of Kelantan.

Tengku Fakhry filed the application for judicial review on Dec 1 to challenge the regent’s decision to dismiss him on Sept 16.

Tengku Faris was appointed as the Regent on May 25, 2009, as the Sultan of Kelantan, Sultan Ismail Petra has been critically ill since May and is currently undergoing treatment in Singapore.

It is said that the Sultan now appears to be recovering from his illness. Earlier today, Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat said the state government would be bringing the Sultan back for further treatment in a local hospital, pending medical tests on his condition.

Tengku Fakhry has attested that the regent’s right as the heir to the throne can be challenged because the Council of Succession supposedly has the right in determining the next ruler.

Senior Federal Council (SFC) Datin Azizah Nawawi is challenging the application on the grounds the regent’s action cannot be tried in court.

Judicial Commissioner Mohamad Ariff Md. Yusof has fixed Dec 31 to decide whether the young prince’s application for judicial review will proceed.

Saya Belum Sedia Ganti Nik Aziz Sebagai MB – Ahmad

Tinggalkan komen

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini dengan tegas menyatakan bahawa beliau belum bersedia untuk menggantikan kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah menurutnya, sekiranya benar-benar dipilih menggantikan Nik Abdul Aziz, ia sebagai satu tanggungjawab besar yang sukar digambarkan.

“Bukan soal terima atau tidak, ini adalah soal tanggungjawab yang cukup besar… ia bukan perkara main-main.

“Saya sendiri rasa begitu kerdil dan tak berkemampuan untuk lakukan seperti yang telah dilakukan oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz) selama ini bagi membangunkan Kelantan,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang membayangkan bahawa beliau akan mewarisi kepimpinan di negeri itu berdasarkan hirarki kedudukannya sekarang.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, Ahmad sebagai pelapis nombor satu kepimpinannya.

Sebelum ini timbul beberapa spekulasi berhubung pengganti yang layak bagi menggantikan menteri besar itu.

Polemik isu semakin hangat selepas Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mencadangkan agar Nik Abdul Aziz mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam Pas negeri.

Bagaimanapun menurut Ahmad, beliau menyifatkan kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menamakan dirinya sebagai pengganti kepimpinan di Kelantan hanya sebagai kiasan.

“Benarkah Tok Guru cakap macam tu? Tapi bagi saya itu hanya kiasan Tok Guru sahaja.

“Tok Guru cakap macam itu berdasarkan kedudukan saya sekarang sebagai orang nombor dua, saya timbalannya sekarang.

“Tak berbangkitlah isu-isu macam ini, kita masih memerlukan Tok Guru menerajui Kelantan,” katanya.

Selain Ahmad, dua lagi nama yang sering disebut-sebut mungkin dipilih menggantikan Nik Abdul Aziz ialah Mohd Amar dan seorang lagi exco Kelantan iaitu Datuk Husam Musa.

Ketiga-tiga mereka juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan.

http://mstar.com.my

TERKINI : ISU MANOHARA

Tinggalkan komen

Dis 13…

Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu hari ini memerintahkan Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat dan membayar semula hutang berjumlah RM1,112,250 kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.

Hakim Syarie Mohd Yusof Awang berkata perintah itu akan berkuat kuasa sebaik sahaja Tengku Muhammad Fakhry (kanan) melafazkan sumpah “Yamin Istizhar” (sumpah jelas) di mahkamah itu pada 3 Januari tahun depan.

Ketika membacakan penghujahan penghakiman lebih sejam itu, Mohd Yusof memerintahkan hukuman kembali taat terhadap Manohara itu berkuat kuasa dalam tempoh 14 hari selepas suaminya melafazkan sumpah tersebut.

Manohara yang memakai gelaran Cik Puan Temenggong, juga perlu membayar jumlah hutang itu secara sekali gus dalam tempoh 30 hari selepas selesai sumpah berkenaan disempurnakan.

“Saya berpuas hati dengan segala keterangan pihak plaintif termasuk keterangan saksi sebelum ini dan setelah mengambil kira semuanya, pihak defendan perlu kembali taat dan membayar hutang kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan,” kata Mohd Yusof.

Pada prosiding ini, Tengku Temenggong turut hadir mendengar keputusan tersebut tanpa kehadiran isterinya itu.

Manohara juga tidak diwakili mana-mana peguam selepas peguamnya sebelum ini Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri daripada mewakilinya pada 3 November lepas.

Sewaktu membacakan penghakimannya, Mohd Yusof berkata tindakan Manohara (kiri) yang melarikan diri ke Indonesia dan membuat kenyataan berbaur fitnah di media massa negara itu adalah suatu tindakan yang salah di sisi Islam sedangkan beliau telah
dilayan dengan sebaik mungkin semasa tinggal bersama suaminya di Istana Mahkota di Kota Bharu.

“Apa yang dinikmati defendan itu tidak dapat diperoleh wanita lain dan sepatutnya berterima kasih kepada plaintif dan keluarga diraja tanpa membuat fitnah di media massa yang juga tersiar di Internet.

“Plaintif telah menjalankan tugasnya sebagai seorang suami dengan sempurna dan tidak wujud soal penderaan semasa berada di sini dan jika kesemua telah dilakukan dengan sempurna oleh plaintif, tidak ada sebab bagi defendan melakukan tindakan sedemikian,” katanya.

Mohd Yusof berkata jika Manohara, yang juga seorang model di Indonesia, enggan kembali taat dalam tempoh 14 hari itu nanti, beliau mengikut undang-undang Islam merupakan isteri derhaka, nusyuz dan tidak berhak mendapat apa-apa keistimewaan lain daripada suaminya.

Mengenai tuntutan hutang, Mohd Yusof berkata disebabkan Manohara gagal hadir ke mahkamah untuk memberi kenyataan, mahkamah menyifatkan penafian Manohara bahawa wang itu merupakan pemberian oleh suaminya sebagai tidak relevan.

“Saya telah teliti dokumen dan wujud transaksi pemindahan wang kepada defendan dan mahkamah bersetuju dengan keterangan pihak plaintif yang boleh diterima pakai dan direkodkan,” katanya.

Ketika di luar mahkamah, Tengku Temenggong melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan tersebut dan meminta semua pihak menerima baik keputusan berkenaan.

“Semua pihak perlu menghormati keputusan ini,” katanya.

Sewaktu ditanya apakah beliau masih mengharapkan Manohara agar kembali taat kepadanya, Tengku Temenggong berkata: “Ya, sudah tentu”. – Bernama

Older Entries