OH PEKERJA LADANG DAN PERMIT PUTRAJAYA

1 Komen

image

Salam perjuangan….
Terbuka kepada semua sahabat ingin membantu meringankan bebanan tugas ku untuk melengkapkan keperluan pekerja ladang bagi syarikat pmbk sawit sdn bhd. Maklumat lanjut boleh pm kpd saya. Jazakallah.

Sementara Flight Mendarat

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Pagi ini dengan penuh semangat menaiki firefly menuju satu matlamat melengkapkan perancangan pemuda Malaysia bagi menawan Putrajaya. Sementara masih di dalam flight izinkan saya untuk melontarkan pandangan peribadi berhubung kemelut yg berlaku di dalam parti seminggu dua ini.
Dalam ketenangan dan harapan yg memuncak utk menawan putrajaya tiba-tiba PAS dikejutkan dengan satu insiden yg boleh merosakkan impian PR selama ini. Bermula dengan senarai calon yg disebutkan tidak akan bertanding pd PRU 13 nanti. Beberapa pimpinan utama PAS kemudiannya berbalas pandangan dengan menggunakan media musuh. Tidak kurang juga Dewan2 yg turut sama terlibat atau dilibatkan utk mengeluarkan pendirian dewan masing2. Pada hari ini kemelut mula kelihatan tenang di permukaan air namun tiada siapa boleh menduga apa sebenarnya berlaku di dalam air selepas ini.
Apa yg menggusarkan saya ialah insiden ini berlaku setelah PAS di lihat rakyat semakin matang berpolitik maklumlah setelah 60 tahun sudah berada di persada politik tanahair. Sudah banyak sepak terajang politik yg dilalui oleh PAS. Sudah berapa banyak media massa yg diboikot oleh PAS kerana media berat sebelah. Namun pemimpin yg kononnya matang dalam politik akhirnya terperangkap juga dengan permainan media. Musuh sudah mula bertepuk tangan. Janganlah akhirnya kita di tuduh terkena doa sendiri yg sentiasa di baca kpd musuh supaya porak peranda krn krisis dlmn mereka. Bagi saya ianya mungkin juga sunnatullah di mana Allah akan membersihkan jamaah Islam dari individu yg munafik sebelum jamaah diberikan kemenangan oleh Allah utk memerintah Putrajaya.
Insiden perselisihan pimpinan ini di lihat sangat tidak wajar khasnya kpd jamaah Islam krn kita mempunyai disiplin yg sangat terkawal dan keyakinan kita ianya melibatkan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Inilah apa yg diajar oleh ulama dan pendakwah terdahulu. Apakah kerana nafsu menguasai sehingga kita lupa di mana rujukan dan sandaran kita ? Marilah bersama untuk menghala segala kekuatan kita pada musuh yang satu. Lupakan yg keroh dan ambil yg jernih. Lihat di sana rakyat sedang mengharapkan jamaah ini memimpin mereka utk masa depan yg gemilang bersama Islam….

DISKUSI BAJET 2012 – IMPLIKASI TERHADAP RAKYAT

Tinggalkan komen

image

Salam perjuangan,
panelis yg terlibat hj sabri sedc, dr mohd shukri hj noor pensyarah ekonomi, yb che lah exco, apakah kesan sosio politik ? kesemua panelis bersetuju mempersoalkan pelaksanaannya ? Merdeka 54 tahun tetapi pemisahan pembangunan fizikal dan rohani nampak lebih ketara dan tidak di sentuh dalam bajet utk atasi gejala maksiat ini?

CALON BOLEH MENANG

Tinggalkan komen

image

image

image

Salam perjuangan,

Syukur masih boleh bertemu di alam maya. Semoga Allah memudahkan kita untuk sentiasa bertemu wlpn di alam maya.

Hari ini anaknda tercinta Ahmad Syahmi menghadapi peperiksaan UPSR sehingga hari Rabu.  Anaknda merupakan calon yang boleh menang bagi sekolah kebangsaan dewan beta. Insyaallah target untuk menang dan dapat 5A.

Mantan PM Dr Mahathir menasihati supaya Najib melewatkan sikit lagi tarikh pilihanraya kerana tidak yakin BN akan dapat menang selesa kali ini. Saya sebagai rakyat juga bersetuju dengan saranan beliau atas beberapa faktor :
1. Populariti Najib sudah menurun di mana menurut kajian merdeka center ianya agak menurun berbanding dengan tahun lepas.
2. Najib juga terlalu banyak isu yang melibatkan beliau iaitu isu pembunuhan wanita monggolia,isu rasuah kapal selam scorpion, isu keganasan kerajaan tangani bersih.
3. Najib juga mempunyai seorang isteri yg memberikan liabiliti kepada beliau bukannya semakin menguatkan beliau.
4. Kekuatan BN semakin berkurang dan susahnya untuk mengemukakan calon yang boleh menang kerana ianya akan melawan arus dengan kehendak parti dan akar umbi umno sendiri.
5. Hilangnya fokus dan arah tuju yg hendak dicapai oleh kerajaan Najib di mana slogan yg diwar-warkan hanya tinggal slogan spt 1Malaysia. Banyak pengumuman Najib yang masih tidak ada tindakan dan kesan yg positif kepada rakyat Malaysia cthnya KPI setiap kementerian yang diisytiharkan ke mana sudahnya?
6. Andai BN kalah dalam PRU ke 13 nanti maka akan tercatat sejarah bhw Najib adalah PM yg paling pendek dlm sejarah pemerintahannya berbanding PM umno yg lain.
7. Banyak lagi khazanah yg masih belum diterokai  dan banyak lagi kantung yg masih belum di isi oleh pm rosmah. Jika BN kalah maka kempunan lah pm rosmah nok merasainya.

Menggalas Harapan Ummah

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Alhamdulillah segala puja dan puji bagi Allah swt. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW yg mulia.. Syawal yg tiba dan bakal berlalu terkandung pelbagai kisah suka duka kehidupan manusia di alam ini. Segala denyut nadi rakyat mula dirasainya menjelang pru. Semakin dekat tempoh pru berlaku maka semakin dekat terasa denyut nadi rakyat itu. Semua pihak masing2 akan mendabik dada akulah juara rakyat. Fenomena ini kekadang seperti slot cerita yg sentiasa berlaku di sekitar tarikh pru.

Persoalannya mengapakah di saat akhir kita baru bersusah payah memenuhi kehendak rakyat dan kekadang permohonan yg melampau pun terpaksa dipenuhi krn rakyat adalah raja dan akan tentukan siapa yg mereka akan nobatkan sebg pimpinan. Ini menyebabkan ada pihak yg akan mengambil kesempatan mengaut keuntungan segera melalui limpahan projek mee segera semata2 utk memastikan undi rakyat tetap utuh menyokong mereka dlm apacara sekalipun.

Tidak dinafikan yg mendapat keuntungan adalah rakyat ttp jgn dilupa bhw kontrak jg akan dapat laba yg besar dr projek segera yg dilaksanakan. Proses membeli undi rakyat nampaknya seperti sudah menjadi amalan di dalam mana2 parti demi melihat kelangsungan jangka hayat sesebuah parti dan perjuangan.

JEMPUTAN MAJLIS RAYA

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Mungkin terlalu awal tetapi bimbang tidak berkesempatan maka dinukilkan di sini dua jemputan majlis raya yg ingin diwar-warkan …
1. Kepada semua warga dan anak perantau daripada Kawasan Kubang Kerian serta sekitarnya dijemput hadir ke Majlis Sambutan Aidil Fitri PAS Kubang Kerian pada 03/09/2011 bermula jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang di Pasar Kubang Kerian.Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin… Pakat mari belako dehh
2. Majlis rumah terbuka ambo sendiri pada 3 syawal mula jam 12-5 pm d kg dewan beta. Jemput mari belako deh

Tadarrus dan Mesyuarat MTD Salor

Tinggalkan komen

image

image

Salam perjuangan,

Alhamdulillah majlis tadarrus, tahlil dan penyampaian cek wasi kifaalah telah berjalan dengan lancar pada 19 ogos. Program yg mendapat kerjasama sepenuhnya dari jawatankuasa masjid lubuk jambu dan imam serta petugas dari seluruh dun. Tetamu yg turut hadir ialah adik reza dari Iran yg merupakan johan qari peringkat 16 tahun ke bawah negara Iran.

Mesyuarat MTD Salor juga beelangsung di pejabat Dun yg baru dlm suasana yg cukup terkawal. Pengesyuran nama jawatankuasa yg dicadangkan oleh YB Dato Pengarah dun di terima dgn sidikit pindaan.

ISU SEMASA

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Alhamdulillah, kita semua masih dikurniakan nikmat umur yg panjang dan dapat menikmati pelbagai peristiwa menarik sepanjang tahun ini. Antaranya ialah :
1. Kerajaan Negeri umum akan laksana sendiri secara private initiative lebuh raya KB – K.krai. Sepanjang 60km . Kos sekitar 500j. Sepatutnya projek bwh kjaan pusat rmk9, rmk10…
2. Kerajaan negeri melalui PKINK akan bekalkan barangan asasi spt gandum, gula, tepung susu dan beras dgn harga yang lebih rendah dari harga monopoli BN , harga rendah tanpa subsidi dan berkualiti…jaminan rantaian bekalan berterusan untuk rakyat malaysia…
3. Kerajaan kelantan isytihar bonus kpd kakitangan kjaan negeri dgn kadar sama federal
4. Mahkamah persekutuan pd 8 ogos tolak permohonan kjaan negeri utk halang kejaan pusat campurtgn dlm saman kjaan negeri thdp petronas, dan perpindahan saman dari bahagian komersial kpd sivil. Kjaan negeri dikenakan kos rm20k atas kekalahan tersebut. 10 disember tarikh kes royalti dibicarakan d mhkamah tinggi kl
5. Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11. Itu fakta per-1. Ke-2, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..! Eg:sorg yang lahir pada thn 1984, umurnya sekarang 27 pd tahun ini. Jadi, 84 + 27= 111!! Utk pengetahuan korang, perkara ini hanya akan terjadi sekali shj pada setiap 823 tahun! Subhanallah!

SPR VS AMBIGA

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….
Hari ini diberitakan sinar harian mengadakan perbincangan di antara ambiga Peng Bersih, Dtk wan ahmad tim SPR dan prof ukm. Pelbagai soalan yg ditujukan kpd spr, tetapi malangnya jwpnnya ialah tiada kuasa utk melaksanakannya. Inilah puncanya SPR berat sebelah dan hanya mengikut kehendak pemerintah. Pakatan rakyat beriltizam utk membebaskan SPR dengan meletakkan SPR terus di bawah parlimen supaya SPR mempunyai kuasa yg sepatutnya seperti di TURKI di mana SPR mereka boleh membatalkan kemenangan calon yg melanggar peraturan yg ditetapkan. Apabila membincangkan isu biometrik di mana persoalan yg ditimbulkan oleh pakar IT di mana satu kad biometrik boleh diisi oleh 4 pengguna yg lain. Jika benar apa yg didakwa maka bertambahlah keresahan di kalangan rakyat. Maka apabila dicadangkan celup dakwat sebagaimana di Indo dan india maka dikatakan mereka tidak mempunyai IC seperti di malaysia. Saya melihat dengan jawapan yg diberikan oleh org no 2 SPR semakin mencemaskan keyakinan rakyat sejauhmana ketelusan SPR sendiri khasnya sistem biometrik itu. Adakah rakyat sekalian berpuas hati dengan sistem Pilihan raya di Malaysia yg dikendalikan oleh SPR ???

Tahniah Kifaalah

Tinggalkan komen

Hari ini sekali lagi syarikat Kifaalah mencipta sejarah dengan memperkenalkan satu lagi produk baru yg diberi nama Takaful Khaira Ummah utk org dewasa yg tidak mencapai usia warga emas. Perlindungan yg diberikan dgn sedikit bayaran rm 30 setahun. Manafaat kpd pencarum ialah duit segera rm 1k, duit 2k lagi dlm tempoh 3 bulan dan akhirnya rm 2k lagi utk upah haji bagi pencarum yg belum menunaikan haji lagi.

Dengan pelancaran skim takaful yg baru ini, saya kira hampir 80% penduduk kelantan telah dilindungi dgn takaful kecuali remaja dan kanak2. Sekali lagi tahniah dan semoga kifaalah sdn bhd akan terus harum namanya di kalangan rakyat Kelantan.

Older Entries Newer Entries