Lawatan ALP Pasti Negeri

Tinggalkan komen

image

Salam perjuangan….
Alhamdulillah hari ini YB Pengarah bersama rombongan alp negeri berkesempatan melawat beberapa pasti di kawasan pengkalan chepa. Lawayan yg bermula jam 11 pg di pasti al irsyadi panchor sempena mendapat anugerah tokoh guru pasti Malaysia dan membuka kelas 4 tahun. Pasti yg besar dan merupakan tumpuan kepada ibubapa di sekitar utk mendapatkan pendidikan pra sekolah anak-anak mereka.

Rombongan kemudiannya melawat pasti nurul iman kg pauh badang meninjau pembinaan pasti barunya yg belim siap. Tanah yg diwakafkan seorang hamba Allah utk melihat perkembangan pendidikan anak-anak dlm Islam. Bangunan yg memerlukan sedikit lagi bantuan utk menyiapkan bahagian atas. Sesiapa yg mempunyai hasrat utk menyumbang bolehlah hubungi saya supaya dapat disampaikan kepada yg berkenaan.

Tempat terakhir yg dilawati ialah pusat latihan pasti kedai buluh yg merupakan pusat latihan kepada pasti negeri. Pasti yg mendapat tumpuan dari penduduk sekitar tanpa mengira fahaman politik yg kini berjumlah 200 org lebih pelajarnya. Bangunan yg terbengkalai dulu telah disiapkan tingkat bawahnya dengan menjadikannya sebagai dewan terbuka. Ianya telahpun memberi manafaat yg besar khasnya kepada pusat khidmat masyarakat dun kijang yg berkebetulan bersebelahan dan gunasama dengan pusat latihan.

Ke Mana Dasar Negara Berkebajikan PAS ???

2 Komen

Salam perjuangan….
Ucapan Dasar Muktamar PAS telah memilih tema yg cukup menarik sehingga mendapat komen dan perhatian dari BN. Apa pun tema yg bagus tidak bererti jika tidak dipastikan ianya diterjemahkan menjadi dasar dan dilaksanakan di negeri2 pakatan rakyat.

Saya bimbang jika slogan yg cantik ini hanya tinggal slogan spt slogan satu Malaysia yg tidak bermakna menyebabkan rakyat tidak jelas ke mana hala tujunya. Saya mencadangkan satu institusi diwujudkan utk memberikan kefahaman dan seterusnya menggerakkan slogan yg indah supaya berpijak di bumi nyata. Institusi ini hendaklah diletakkan di bawah presiden dan berfungsi utk mewujudkan dasar,konsep dan perlaksanaannya. Ianya juga mestilah mempunyai tenaga kerja yg mampu merealisasikan tema yg digariskan.

PEMILIHAN MUKTAMAR SESI 2011/2013

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…..

Tumpuan kini beralih kepada pemilihan sempena Muktamar Dewan-Dewan dan PAS Pusat sendiri yang akan berlangsung di Negeri Selangor bermula 1 hingga 5 Jun 2011 nanti.  Alhamdulillah Presiden PAS kekal diterajui oleh YB Dato’  Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Hj Awang. Di peringkat Timbalan dan naib Presiden pulak menyaksikan akan ada pertandingan.  Hal yang sama saya jangkakan untuk Dewan-Dewan di mana kini Dewan Ulama yang telah mengesahkan Datuk Harun taib kekal sebagai Ketuanya untuk sesi yang seterusnya. Manakala dewan-dewan yang lain belum diketahui statusnya.Namun berdasarkan pengamatan dan pengakuan yang saya lihat maka saya menjangkakan Ust Nasharudin Hassan Tantawi akan kekal sebagai Ketua untuk sesi yang seterusnya. Manakala akan ada pertandingan di peringkat Timbalan dan Naib Ketua.

Pemilihan kali ini cukup penting untuk menentukan hala tuju PAS khasnya berhadapan dengan PRU ke 13 nanti.  Jelasnya kepimpinan yang akan di pilih ialah kepimpinan yang akan menentukan jatuh bangun PAS dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.  Mampukah pemimpin yang di pilih ini melonjakkan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dan seterusnya kedudukan PAS dalam arus perdana politik Malaysia ???

Marilah kita berdoa semoga PAS tetap menjadi sebuah parti dan jamaah yang mampu mendepani cabaran masakini dan seterusnya memimpin masyarakat ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

PRN Negeri Sarawak

Tinggalkan komen

Salam perjuangan
Perang pilihanraya telah bermula dan menyaksikan pelbagai peristiwa pelik yang tidak terfikir di kepala. Antara pengumuman lewat SPR mengenai calon yg bertanding d dun muara tuang.pengumuman spr mengenai larangan menggunakan pembesar suara utk program hiburan.
Saya diamanahkan utk bertugas d upu beladin di dalam din beting maro. Satu-satunya dun bagi saya mempunyai peluang yang cerah utk di menangi PAS. Ada beberapa isu yg menyebabkan penduduk di situ menyebelahi pas antaranya ialah tiadanya pembangunan yang sepatutnya berlaku setelah 25 tahun pbb memerintah sarawak. Janji untuk membuat jambatan belum dipenuhi. Tadi saya berkesempatan berjumpa dengan salah seorang petugas umno sebelum ini selama 25 tahun yg lalu kini mengaku telah meletakkan jawatan dlm pbb dan akan menyokong pas demi kepentingan penduduk kampung mereka yang dinafikan hak menikmati pembangunan malahan di rampas tanah mereka pula dengan pelbagai alasan di cipta. Pbb yg bergolak akibat pengaruh kekeluargaan calon pas yang ramai.
Saya hanya mampu membantu dengan melaksanakan segala amanah dgn baik dan berdoa moga Allah memberikan pertolongan dengan membuka pintu hati pegundi di dun beting maro akan memilih calon pas abang kerde pada 16 april nanti.

SKANDAL VIDEO SEKS PEMIMPIN – part 2

1 Komen

Salam perjuangan……..

Dengan kuasa Allah maka orang yang terlibat dengan penayangan video seks pemimpin telah mengaku secara terbuka. Datuk ‘T’ sebenarnya mewakili Trio bermakna tiga individu Datuk yang terlibat.  Datuk Rahim Tamby Chik bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Eskay Abdullah dan Datuk Shuib bendahari Perkasa.  Nazri Aziz pula melatah dengan mengatakan jangan kaitkan mereka bertiga ini dengan UMNO kerana mereka bertindak di atas kapasiti sendiri.  Orang yang menonton video seks tersebut telah di panggil oleh polis untuk di siasat tetapi orang yang bertanggungjawab menayangkan belum di panggil.  Macam mana perkara ini berlaku ? Sedangkan wartawan itu di jemput oleh datuk T untuk melihat video itu. Bimbangnya nanti anak bilis yang di dakwa tetapi jerung seperti biasa akan terlepas.  Jika Datuk Nazri beriya-iya menafikan penglibatan UMNO dalam isu video ini maka sepatutnya Datuk Nazri mengeluarkan kenyataan supaya pihak yang berwajib menyiasat segera untuk membersihkan nama UMNO dalam isu ini.  Setakat pagi ini Pemimpin UMNO yang lebih tinggi tidak menafikan lagi penglibatan UMNO dalam isu ini.  Jika mereka nafi dan merasa malu dengan perilaku ahli UMNO yang telah memburukkan nama UMNO dalam isu video seks ini sepatutnya mereka mengambil tindakan disiplin ke atas ahli UMNO yang terlibat dan mengarahkan segera polis untuk menahan dan menyiasat Datuk T yang telah mencemarkan nama baik UMNO.

Saya tidak akan menyerahkan video ini kepada polis.. kata Datuk T.  Saya sebagai rakyat Malaysia baru mengetahui bahawa ada keadaan di mana kita berhak untuk tidak menyerahkan kepada polis apabila polis meminta sesuatu dengan kita khasnya barang bukti sesuatu kes.  Jika begitulah kedudukannya maka analogi yang sama mungkin boleh digunakan ketika JPJ atau Polis mengadakan sekatan jalanraya kita juga boleh untuk tidak menyerahkan apa saja barang-barang kita seperti lesen dll apabila di minta polis dan JPJ untuk di lihat.  Satu lagi kenyataan yang tidak sedap di dengar ialah pada mula-mula tayangan video seks ini dipertontonkan maka pihak polis mengatakan tidak dapat bertindak kerana tidak ada laporan polis untuk membolehkan polis memulakan siasatan. Jika begitulah keadaannya maka analogi yang lain juga mungkin boleh berlaku iaitu seorang wanita sedang di rogol oleh seorang lelaki di hadapan polis tetapi polis tersebut tidak boleh berbuat apa-apa kerana wanita yang di rogol itu belum membuat laporan polis bahawa beliau telah di rogol.  Inikah bentuk keselamatan yang digunapakai untuk melindungi rakyat Malaysia ?

SKANDAL VIDEO SEKS PEMIMPIN

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….

Saya bersama rombongan DPPN dan AMK Negeri Kelantan telah membuat laporan polis berhubung dengan isu penayangan video seks pemimpin pada jam 2.30 petang kelmarin 22 Mac 2011 di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa.  Kami menuntut supaya orang yang dikenali Datuk T disiasat segera kerana memiliki dan menayangkan video seks kepada wartawan di Hotel Sri Carcosa.  Sehingga ke hari ini tidak kedengaran lagi polis akan bertindak menahan Datuk T seorang suspek utama yang memiliki dan bercadang mengedarkan video lucah ini kepada suruhanjaya awam tidak lama lagi.

Jika benar pihak polis tidak terlibat atau bersekongkol dalam mencipta video seks baru ini sepatutnya pihak polis kena bertindak segera menahan Datuk T tersebut.  Kes ini adalah kes yang melibatkan kepentingan awam dan perlu disegerakan.  Tidak juga kedengaran Menteri Dalam Negeri mengarahkan polis bertindak segera menyelesaikan kes ini. Menurut Datuk Karpal Singh, beliau terkejut kerana sehingga ke hari ini pihak polis gagal bertindak menahan dan menyiasat individu Datuk T yang memiliki dan menayangkan video seks kepada para wartawan. Menurut AKTA yang diluluskan oleh parlimen Malaysia iaitu memiliki, menayangkan,menyebarkannya adalah merupakan satu kesalahan yang dijatuhkan hukuman yang setimpal. Inilah yang menyebabkan rakyat merasakan pihak polis juga turut bersekongkol dengan pihak-pihak lain yang tertentu dalam konspirasi membunuh karier politik DSAI yang di lihat mengancam kestabilan politik UMNO dan BN pada hari ini.

Ya Allah…. Kau berikan hidayah mu kepada orang-orang yang cuba menzalimi DSAI ini. Jika pintu hati mereka telah tertutup maka engkau balaslah dengan balasan yang setimpal. Jangan engkau tinggalkan walaupun seorang dari mendapat balasan mu Ya Allah…..

KEBENARAN TETAP AKAN MENANG

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…..

Hari ini saya merasa bersyukur di atas keputusan mahkamah yang mengarahkan bekas OCPD Rompin membayar rm 200k kepada YB Dr Hatta dan pimpinan pas yang lain di atas penangkapan yang tidak beretika semasa berceramah di markas pas rompin pada tahun 2004.  Soal ex-ocpd itu betul-betul akan membayar atau tidak bagi saya bukanlah satu isu tetapi keputusan mahkamah yang telah menjelaskan hak PAS untuk mengadakan ceramah di dalam bangunan miliknya dan tidak memerlukan permit polis merupakan satu keputusan yang akan menjadi bahan bukti untuk program pas selepas ini.  Sebagaimana kita tahu bahawa permit ceramah telah tidak dikeluarkan oleh polis buat masa sekarang jadi PAS mempunyai kesukaran untuk menyebarkan beritanya melalui ceramah2 yang telah menjadi media utama PAS selama ini.  Inilah bukti kezaliman dan penakutnya pemimpin BN sehingga sanggup menggunakan polis untuk menyekat dakwah pas kepada rakyat.

Satu lagi kes yang melucukan saya sebagai anak Kelantan ialah bagaimana penakutnya Kerajaan BN sehingga sanggup merogol prosedur mahkamah dengan meminda sesuka hati perpindahan sebutan kes tuntutan royalti minyak Kelantan yang di failkan di mahkamah perdagangan ke mahkamah sivil.  Datuk Husam ketika menyatakan bahawa mahkamah tidak merujuk kepada beliau terlebih dahulu dalam membuat keputusan perpindahan tersebut sedangkan pihak yang menuntut tidak pernah memohon untuk memindahkan kes ini ke mahkamah sivil.  Kalau penakut saya rasa jalan yang paling selamat ialah berikan saja royalti itu kepada kerajaan negeri kelantan. Tunaikan tuntutan rakyat kelantan supaya kerajaan BN di lihat lebih bermaruah.  Jika tidak rakyat kelantan tidak akan melupakan muka-muka pengkhianat dan penghalang kepada tuntutan royalti rakyat kelantan iaitu mustapha mohd dan awang adek.

Kebenaran tetap akan menang walaupun sejuta tangan yang cuba menghalang dan menggagalkannya.  Ingatlah Allah maha berkuasa dan maha mengetahui.

TSUNAMI JEPUN SATU PENGAJARAN

4 Komen

Salam perjuangan…….

Jepun di landa tsunami yang agak dahsyat. Mengorbankan beribu nyawa dan memusnahkan harta benda di beberapa bandar.  Semua maklum bahawa jepun mempunyai sistem amaran tsunami yang canggih.  Namun perancangan manusia tidak mampu menghalang kekuasaan Allah swt.   Muhasabah yang cukup bermakna buat insan yang mempunyai hati yang bercahaya.

Satu lagi yang perlu kita bincangkan apabila berlakunya bala bencana yang begini dahsyat ialah kemurkaan Allah kepada umatnya yang menolak keesaan Allah swt.  Bila bala itu menimpa maka ianya tidak mengenal samada orang kafir atau orang alim.

Bencana yang dahsyat ini juga sepatutnya mengingatkan kita tentang kedatangan hari Kiamat.  Kita sudah berada di akhir zaman di mana kiamat semakin hampir. Tanda-tanda kiamat kecil sudah banyak berlaku.  Pintu taubat masih terbuka untuk mereka yang ingin kembali kepada AKhirat.

Tsunami ini juga mengingatkan kita tentang banjir besar yang dihadapi oleh Nabi Noh yang telah menenggelamkan seluruh dunia pada waktu itu.  Air yang besar dengan kuasa Allah telah memusnahkan semua di dunia ini kecuali yang berlindung di atas kapal Nabi Noh a.s.

Jesteru itu, marilah semua manusia kita kembali kepada ajaran Allah yang benar untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat….

Mesyuarat Agung Pemuda dan Muslimat

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…..

Hari ini 11 Mac 2011 berlangsunglah mesyuarat agung pemuda dan muslimat PAS Kawasan Kubang Kerian.  Bulan Mac dan April ini ialah bulan mengadakan mesyuarat agung di peringkat pemuda dan muslimat kawasan. Tahun ini semua mesyuarat agung mempunyai agenda pemilihan.   Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Bermesyuarat Agung dan semoga ianya berjalan seperti yang diinginkan.  Saya juga ingin mengucapkan Selamat bersara kepada mana-mana individu pemuda yang telah melebihi usia kepemudaan.  Semoga antum mendapat tempat yang lebih baik di peringkat kawasan. Tahniah khusus kepada pemuda dan muslimat kawasan Kubang Kerian kerana sekali lagi melakar sejarah menjadi pemuda dan muslimat kawasan yang mengadakan mesyuarat agung di Malaysia pada tahun ini.

Mesyuarat agung adalah medan untuk kita bermuhasabah terhadap segala aktiviti yang telah kita lakukan sepanjang setahun yang lepas.  Setakat mana ketekunan amilin untuk menjalankan amanah yang diberikan ? Sejauh mana pula penerimaan pengundi muda terhadap kehadiran pemuda dan muslimat PAS ?  Saya menyebutnya di sini kerana mengikut kajian yang dilakukan oleh sebuah badan ngo menunjukkan bahawa segala program yang dilakukan oleh kerajaan Negeri kelantan tidak mencapai sasaran yang sebenarnya.  Program masih dalam lingkungan orang-orang muda PAS sahaja.  Ianya tidak mampu menarik penyertaan golongan atas pagar malah jauh sekali boleh menarik kehadiran pemuda dari BN.

Bagi muslimat pula, memang jika dibandingkan penyertaan muslimat dalam setiap aktiviti yang dianjurkan maka di lihat muslimat lebih ramai berbanding penyertaan pemuda dalam satu-satu program.  Namun yang perlu dimuhasabah kan di sini ialah sejauh mana muslimat boleh menarik penyertaan orang-orang muda muslimat ataupun dikenali dengan panggilan NISA.  Sejauh mana nisa ini boleh bersama dengan PAS dalam menggerakkan perjuangan parti ?

Dalam masa yang sama mesyuarat agung ini juga sebagai medan untuk kita mengatur perancangan untuk melebarkan lagi perjuangan yang di bawa.  Gelombang Merah yang dilancarkan oleh BN Kelantan seharusnya jangan di pandang ringan.  Pemuda dan Muslimat PAS hendaklah mengambil satu tindakan yang pro aktif untuk membendung gerakan gelombang merah dan seterusnya merangka satu pelan bertindak supaya pemuda dan muslimat PAS pula memacu pergerakan orang muda dan wanita Kelantan.  Jangan sampai kita bersifat terikut dengan rentak yang diatur oleh BN.

Mungkin luahan ini sedikit sebanyak terpikul juga di bahu sendiri. Namun saya ingin mengajak semua pihak yang sayangkan PAS supaya bertekad untuk terus berbakti dengan segala yang ada. Ingatlah tanggungjawab ini tidak mungkin mampu dilakukan secara individu maka Jamaahlah yang harus ke depan untuk memimpin gerak kerja ini.

MAMPUKAH BN RAMPAS NEGERI PR ???

Tinggalkan komen

Salam perjuangan,

Saya mulakan perbincangan ini dengan mengemukan satu soalan yang penting kepada semua petugas PR.  Adakah anda semua berpuashati dengan persiapan yang telah anda lakukan untuk menghadapi PRU akan datang ?  Adakah anda semua telah bersedia untuk mengubah budaya kerja lama secara ad-hoc kepada budaya kerja baru iaitu persiapan awal yang kemas.

Dalam menghadapi peperangan demokrasi ini setiap kita mesti mempunyai satu sasaran dan matlamat yang perlu di capai untuk membolehkan kita sampai ke destinasi yang di tuju.  Jika kita bercita-cita untuk menang dan menawan putrajaya maka adakah kita telah mempunyai satu strategi planning yang mampu membantu kita mencapai impian yang digariskan.  Begitu juga dengan persiapan kita untuk mempertahankan negeri yang telah kita perintah, adakah telah betul-betul kukuh ?

Berdasarkan pengalaman saya, kita semua hanya pandai bercakap dan meletakkan slogan tetapi gagal dalam tindakan yang berstrategik.  Kita masih mengamalkan budaya kerja lama iaitu kerja last minute.  Saya menaruh kebimbangan dengan segala strategi dan usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan oleh BN untuk memenangi majoriti 2/3 parlimen malaysia di samping target mereka untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan rakyat.  BN menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk mencapai maksud tujuan mereka tetapi kita mesti melakukan sendiri untuk mencapai maksud tujuan tanpa ada bantuan dari agensi kerajaan.

Fenomena ini, jika dibiarkan sememangnya menakutkan kita.  Jesteru itu menimbulkan kesangsian terhadap kemampuan kita untuk mempertahankan negeri yang ada sementelah pula untuk merampas putrajaya…..

Older Entries Newer Entries