SAMBUTAN HARI ANAK MUDA KELANTAN

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….
Alhamdulillah YAB TGNA MB telah merasmikan himpunan hari anak muda Kelantan di pantai Irama Bachok selepas solat Asar si masjid Jajahan Bachok petang ini.  Selepas perasmian terus berlangsung Kuliah Ust Azhar Idrus di tempat yang sama.
Sambutan anak muda hampir 15k di mana target yg diletakkan ialah 22k.

image

image

image

image

image

image

image

Muharram – Hijrah Menuju Putrajaya

2 Komen

Salam perjuangan…
Marilah sama2 kita berazam sempena bulan hijrah untuk melipatgandakan usaha dan amal ibadat kita. Antara amal ibadah yang utama ialah menawan putrajaya dari pemerintahan yang zalim. Rasulullah sendiri telah berhijrah dari Mekah ke Madinah untuk membentuk sebuah negara Islam yang lebih adil, sejahtera dan berkebajikan. Maka saya menyeru diri saya dan seluruh rakyat untuk sama2 meniru sunnah rasul untuk sama2 kita berhijrah ke arah yang lebih baik. Insyaallah.
Barang siapa yang berpuasa esok 9 dan 10 Muharram (isnin dan selasa), maka pahalanya bersamaan dengan 2 tahun ibadah dan bagi yang mengingatkan orang lain pula akan mendapat pahala bersamaan dengan 80 tahun ibadah..Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)نويت صوم عشر سنة لله تعالىNAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALAErtinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”~ JOM BERPUASA!

Mencari Malam Lailatul Qadar

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Alhamdulillah malam ini telah masuk ke mlm 23 ramadhan. Ini bermakna kita telah melepasi sehari hari2 yg disyaki mlm Lailatul Qadar (LQ). Masih berbaki 3 hari lagi LQ. Moga kita diberikan kekuatan utk mengharungi dan mencari LQ.

Mlm ini hujan turun dgn lebat di awal malam. Adakah ini petunjuk bhw LQ akan muncul di malam ini. Kita di tuntut mencari mlm LQ krn kelebihannya yg tidak terhingga seperti ibadat 1000 bulan atau bersamaan dgn 83 tahun. Inilah bonus yg dijanjikan Allah jika kita berusaha dan berjumpa dgn LQ.

Semoga ramadhan kali ini memberikan seribu satu kejayaan buat kita. Berjaya mencapai taqwa, berjaya beribadat dan membaca Quran, berjaya cari LQ, berjaya mendapat keampunan dan pelepasan dari api neraka.

TADARRUS AL QURAN PAS KAWASAN KUBANG KERIAN

Tinggalkan komen

image

image

image

Salam perjuangan,
Alhamdulillah petang ini dapat bersama menghadiri tadarrus pas kawasan kubang kerian yang diadakan di masjid al hasani lubok pukol. Program yg turut dihadiri oleh YAB DBS TGNA dan pimpinan perhubungan pas negeri. Memang setiap tahun menjadi lumrah kepada pemimpin pas negeri utk turun ke kawasan sambil bertadarrus.  YDP Pas Kawasan YB Dato Husam sedang menyampaikan ucapannya yg cukup bernas. Antara isi kandungan ialah bbrp kalimah wakaffa dlm surah annisa. Sesiapa yg boleh membacanya selepas subuh 60 kali insyaallah Allah akan memberikan balasan yg setimpal.  Solat sunnat 12 rakaat akan di balas dengan satu istana di dalam syurga kelak yg indah dan cantik tidak pernah di pandang mata.

Program yg turut dihadiri oleh yb speaker dan yb setiausaha badan perhubungan yg turut menyampaikan ucapan yg bernas juga.

ASAS PENGURUSAN

Tinggalkan komen

image

Salam perjuangan.

ASAS PENGURUSAN YANG MUNAZZAMAH Sistem pengurusan yang tersusun rapi perlu berasaskan kepada pe kepimpinan yang berstrategik dan mampu memandu ahli kepada m jamaah. Di antara asas-asas pengurusan organisasi berstrategik ter 1. Menentu dan menjelaskan misi jamaah kepada anggota dan buk anggota 2. Sentiasa membuat analisis mengenai kekuatan dan kekurangan d jamaah serta menilai peluang-peluang dan ancaman luaran jamaah 3. Menjelaskan objektif yang hendak dicapai 4. Membentuk strategi 5. Pelan tindakan Sebelum asas-asas di atas dibahas, terdapat beberapa faktor yang dijelaskan kerana ia boleh dianggap sebagai teras kepada pengurus strategik. Di antaranya: a) Kefahaman, b) Komunikasi, c) Komitmen. Ketiga-tiga faktor adalah initpati kepada pengurusan strategik. Terle dahulu ahli dan pimpinan jamaah mesti dijelaskan akan keperluan pengurusan berstrategik. Ini adalah penting untuk mengelakkan sal dan kurang minat bekerja atau lembab bekerja. Selagi mereka tidak memahami kenapa kita perlu kepada urusan pentadbiran yang kem mempunyai matlamat tersendiri, selagi itulah kita akan terdengar m masalah yang berkaitan dengannya. Justeru itu komunikasi adalah untuk menyebarkan dan menjelaskan kenapa pengurusan berstrate diperlukan oleh jamaah. Komunikasi dua hala adalah paling sesuai diamalkan. Hasil daripada kefahaman kepada pengurusan tersebut dibantu oleh sistem komunikasi yang berterusan, maka aspek komi untuk melaksanakan kerja akan tinggi dan sentiasa terarah kepada jamaah.

TADARRUS AL QURAN DI BULAN RAMADHAN

Tinggalkan komen

image

Salam ramadhan,
Alhamdulillah sekali lagi kerajaan negeri Kelantan menyediakan teks ayat yang telah di pilih oleh panel khas untuk di Tadarrus seluruh Kelantan. Ayat yang di pilih pada tahun ini ialah ayat 71 – 78 surah nisa’.  Ayat ini di pilih kerana kena dengan suasana semasa. beberapa khulasah ayat tadarrus: AYAT TADARRUS TAHUN INI : Surah An-Nisa’ ayat 71-78 BEBERAPA KESIMPULAN AYAT -AYAT TERSEBUT IALAH: 1.Wajib membuat persediaan awal dalam segenap perkara khususnya dalam menghadapi kejahatan pihak musuh. 2.Harus diingatkan bahawa dalam perjuangan ini akan ada yang munafiq,sudahlah malas untuk berjuang,ajak orang lain tinggal perjuangan pula. 3.Jangan jadi pejuang yang hanya suka menjadi penonton, sedangkan rakan-rakannya menempuh pelbagai ujian. 4.Pejuang Agama Allah sama ada Syahid atau tidak akan diberi ganjaran paling lumayan. 5.Kalau tidak mahu berjuang sedangkan tubuh badannya sihat dan materialnya mencukupi amat dicela oleh Allah SWT. 6.Berjuang adalah ikhlas kerana Allah semata-semata dan sentiasa wala’ kepada Pimpinan. 7.Kena sentiasa tanya diri ketika malas berjuang: kenapa aku malas sedangkan ini arahan Allah? kena juga jawab sendiri: kalau arahan Allah boleh langgar maka apatah lagi arahan manusia! 8.Ingat mati itu pasti! jangan banyak alasan! sentiasa istiqamah dalam perjuangan walau badai melanda dan 1001 mehnah dan tribulasi.

TAZKEERAH RAMADHAN

Tinggalkan komen

image

Salam perjuangan…

Malaikat Pencatat Selawat Hadith : Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jen amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaik dari pintu-pintu Syurga, katanya: “Wahai Hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya! Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyan ia tetap diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa yang bernama Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dar pintu sedekah.” Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata: “Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)! Tiadaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiap yang dijemput masuk dari semua pintu itu?” Nabi s.a.w menjawab: “Ia ada! Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu.” Abu Hurairah r.a

IBADAH DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Alhamdulillah malam ini mampu melaksanakan salah satu ibadah yg di tuntut dan hanya ada di dalam bulan ramadhan sahaja iaitu ibadah solat tarawih.  Selepas solat isyak imam sempat berpesan beberapa perkara 1) solat sunat sebelum dan selwpas isyak lebih afdal berbanding tarawih. Oleh itu jgn ditinggalkan. 2) Jika ingin berhenti lebih awal dari 20 rakaat yg diamalkan dimasjid tersebut maka hendaklah menyempurnakan sendiri solat witir krn ianya adalah sunnah Nabi SAW. Oleh itu jgn ditinggalkan.

Manakala Tuan Guru MB Kelantan sering juga berpesan supaya jgn hanya melihat bulan ramadhan ini hanya ibadah puasa sahaja. Maka jika kita telah berpuasa selama 30 hari maka kita telah selamat beribadah di bulan ini. Sebenarnya puasa ialah hanya salah satu dari ibadah yg di tuntut. Banyak lagi ibadah lain yg mesti dilakukan seperti membaca Al-Quran, menjamu orang berbuka wlpn dgn sebiji tamar, sedekahlah walaupun dgn hanya senyuman, qimmullail, bersahur dan menjaga segala anggota badan yg tujuh iaitu mata,telinga,tangan,lidah,faraj,kaki dan hati dari melakukan maksiat kepada Allah.

Jika kita memahami tuntutan dan erti ibadah di bulan ramadhan ini maka insyaallah janji Allah utk menghapuskan segala dosa kita dan memberikan darjat ketaqwaan kpd kita akan dapat dicapai. Insyaalah semoga saya dan anda semua akan tergolong dlm golongan yg akan mendapat janjo Allah SWT. Ameen

KULIAH HARAKI BERSAMA MB KEL

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…

Alhamdulillah sekali lagi anak muda Kelantan bertuah kerana dapat mengikuti kuliah haraki di masjid pulau Melaka. Harapan tok guru supaya kuliah haraki yg dilancarkan oleh pemuda PAS negeri Kelantan akan melahirkan seorang muslim yg muslih. Kuliah haraki akan mencetuskan fenomena aktif ke atas setiap muslim. Ibarat air bertakung akan memberikan masalah berbanding dengan air yg mengalir. Harapan yg kedua tok guru ialah mengenali arahan dan larangan Allah. Jangan manusia jadi alpa, angkuh, degil apabila sudah memiliki segalanya spt wang, pangkat, pengaruh kuat dll. Semoga peringatan ini menjadi renungan yg amat bermakna kepada setiap muslim..

TSUNAMI JEPUN SATU PENGAJARAN

4 Komen

Salam perjuangan…….

Jepun di landa tsunami yang agak dahsyat. Mengorbankan beribu nyawa dan memusnahkan harta benda di beberapa bandar.  Semua maklum bahawa jepun mempunyai sistem amaran tsunami yang canggih.  Namun perancangan manusia tidak mampu menghalang kekuasaan Allah swt.   Muhasabah yang cukup bermakna buat insan yang mempunyai hati yang bercahaya.

Satu lagi yang perlu kita bincangkan apabila berlakunya bala bencana yang begini dahsyat ialah kemurkaan Allah kepada umatnya yang menolak keesaan Allah swt.  Bila bala itu menimpa maka ianya tidak mengenal samada orang kafir atau orang alim.

Bencana yang dahsyat ini juga sepatutnya mengingatkan kita tentang kedatangan hari Kiamat.  Kita sudah berada di akhir zaman di mana kiamat semakin hampir. Tanda-tanda kiamat kecil sudah banyak berlaku.  Pintu taubat masih terbuka untuk mereka yang ingin kembali kepada AKhirat.

Tsunami ini juga mengingatkan kita tentang banjir besar yang dihadapi oleh Nabi Noh yang telah menenggelamkan seluruh dunia pada waktu itu.  Air yang besar dengan kuasa Allah telah memusnahkan semua di dunia ini kecuali yang berlindung di atas kapal Nabi Noh a.s.

Jesteru itu, marilah semua manusia kita kembali kepada ajaran Allah yang benar untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat….

Older Entries