HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
1 Jun semua penyokong dan pimpinan PAS berkampung di alor star utk program himpunan hijau menuju putrajaya bagi menggantikan muktamar tahunan PAS yg ditangguhkan bagi menghadapi PRU 13 dalam masa terdekat.

Program yg bermula seawal 9 pg dengan taklimat tertutup dan amanat Presiden kepada semua pimpinan di semua peringkat di kompleks PAS Kedah. Antara amanat presiden ialah bersedia berdialog dgn mana2 ngo Islam yg menuduh PAS telah lari dari landasan perjuangan. Perkukuhkan jentera, tingkatkan akhlak ahli pas, tingkatkan hubungan dgn Allah, kuatkan hubungan dlm pakatan rakyat menuju putrajaya. Jalan menuju putrajaya penuh berliku, pokok besar dan semak samun di sepanjang perjalanan. Semua pejuang kena bersatu dan dana yg cukup perlu dikumpul segera.

image

image

image

image

SAMBUTAN HARI ANAK MUDA KELANTAN

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….
Alhamdulillah YAB TGNA MB telah merasmikan himpunan hari anak muda Kelantan di pantai Irama Bachok selepas solat Asar si masjid Jajahan Bachok petang ini.  Selepas perasmian terus berlangsung Kuliah Ust Azhar Idrus di tempat yang sama.
Sambutan anak muda hampir 15k di mana target yg diletakkan ialah 22k.

image

image

image

image

image

image

image

PRU 13 : HARAPAN ANAK MUDA

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Malam ini bersama jentera pemuda salor utk merencana dan melakar masa depan anak muda. Sebagaimana yg kita ketahui bahawa pengundi muda menjadi undi penentu kpd kemenangan sesuatu parti. Sejauhmana susunan utk memastikan kekuatan anak muda dapat digembelingkan utk menghadapi pru 13 nanti.

Perjumpaan mungkin satu kaedah yg ampuh utk diadakan bagi mengumpul anak muda. Namun cabaran yg besar ialah memastikan semua anak muda memahami dan mengambil tindakan sewajarnya utk memastikan PR akan memenangi dgn selesa pd PRU 13 nanti..

Undi Anak muda adalah undi penentu pd pru 13 nanti sebagaimana yg dipersetujui oleh semua pihak. Pengalaman gerak kerja anak muda d luar negara spt mesir, tunisia dll yg berjaya mengubah landskap politik sesebuah negara.

Peristiwa peperangan khaibar di bulan safar yg berakhir dgn kemenangan tentera Islam byk memberikan pengajaran kpd pejuang akhir zaman supaya melakukan persiapan zahir dan batin. Antara senjata yg ampuh ialah doa dan zikir.

PELANCARAN PROGRAM ANAK MUDA TETAMU RAMADHAN

Tinggalkan komen

image

image

image

image

Salam perjuangan,
Kelantan sekali lagi menampilkan kelainan bagi sambutan bulan ramadhan kali ini dengan memperkenalkan satu program yg diberi nama anak muda tetamu ramadhan. Program yg akan dijalankan serentak di 225 buah masjid di seluruh kelantan bermula hari ini dan tadarrus perdana pada 26 ramadhan. Ianya melibatkan seramai 10,000 anak muda.

MUKTAMAR PAS : KEPIMPINAN DAN SURVIVAL JAMAAH

Tinggalkan komen

Salam perjuangan………

Hari Ini tanggal 1 jun 2011, maka berlangsunglah perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Dewan MBSA untuk kali ke- 52. Umur pemuda sebenarnya sudah cukup matang untuk memimpin perjuangan anak muda di Malaysia.  Kematangan usia pemuda ini hendaklah bergerak seiring dengan pendekatan dan gerakan anak muda. Jika kita perasan sejak akhir-akhir ini perkataan ANAK MUDA sering bermain di bibir pendokong gerakan anak muda.  Di dalam usia yang semakin matang maka sepatutnya Dewan Pemuda telah mempunyai satu pendekatan yang strategik untuk memobilisasikan pergerakan anak muda agar mereka akan terus meletakkan harapan dan kepercayaan kepada Dewan pemuda PAS untuk memimpin mereka dulu,kini dan selamanya.  Jangan kita benarkan anak muda yang dahagakan pimpinan dan mobilisasi dari pemuda terlepas kepada pemuda umno dan sewaktu dengannya.

Marilah kita berfikir dan kemudiannya kita bertekad untuk memilih saf kepimpinan pemuda yang benar-benar mewakili kelompok anak muda Malaysia dan yang paling penting kepimpinan pemuda yang penuh segar dengan idea dan pendekatan bagi melaksanakan misi memobilisasikan anak muda untuk menjalankan misi menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti. Gunalah amanah yang diberikan kepada antum semua untuk menentukan hala tuju gerakan anak muda Malaysia dengan sama-sama kita mencorakkan kepimpinan pemuda PAS Pusat melalui undi perwakilan anak muda di setiap kawasan semasa sesi pemilihan muktamar Dewan pemuda PAS pusat esok.

Mesyuarat Agung Pemuda dan Muslimat

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…..

Hari ini 11 Mac 2011 berlangsunglah mesyuarat agung pemuda dan muslimat PAS Kawasan Kubang Kerian.  Bulan Mac dan April ini ialah bulan mengadakan mesyuarat agung di peringkat pemuda dan muslimat kawasan. Tahun ini semua mesyuarat agung mempunyai agenda pemilihan.   Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Bermesyuarat Agung dan semoga ianya berjalan seperti yang diinginkan.  Saya juga ingin mengucapkan Selamat bersara kepada mana-mana individu pemuda yang telah melebihi usia kepemudaan.  Semoga antum mendapat tempat yang lebih baik di peringkat kawasan. Tahniah khusus kepada pemuda dan muslimat kawasan Kubang Kerian kerana sekali lagi melakar sejarah menjadi pemuda dan muslimat kawasan yang mengadakan mesyuarat agung di Malaysia pada tahun ini.

Mesyuarat agung adalah medan untuk kita bermuhasabah terhadap segala aktiviti yang telah kita lakukan sepanjang setahun yang lepas.  Setakat mana ketekunan amilin untuk menjalankan amanah yang diberikan ? Sejauh mana pula penerimaan pengundi muda terhadap kehadiran pemuda dan muslimat PAS ?  Saya menyebutnya di sini kerana mengikut kajian yang dilakukan oleh sebuah badan ngo menunjukkan bahawa segala program yang dilakukan oleh kerajaan Negeri kelantan tidak mencapai sasaran yang sebenarnya.  Program masih dalam lingkungan orang-orang muda PAS sahaja.  Ianya tidak mampu menarik penyertaan golongan atas pagar malah jauh sekali boleh menarik kehadiran pemuda dari BN.

Bagi muslimat pula, memang jika dibandingkan penyertaan muslimat dalam setiap aktiviti yang dianjurkan maka di lihat muslimat lebih ramai berbanding penyertaan pemuda dalam satu-satu program.  Namun yang perlu dimuhasabah kan di sini ialah sejauh mana muslimat boleh menarik penyertaan orang-orang muda muslimat ataupun dikenali dengan panggilan NISA.  Sejauh mana nisa ini boleh bersama dengan PAS dalam menggerakkan perjuangan parti ?

Dalam masa yang sama mesyuarat agung ini juga sebagai medan untuk kita mengatur perancangan untuk melebarkan lagi perjuangan yang di bawa.  Gelombang Merah yang dilancarkan oleh BN Kelantan seharusnya jangan di pandang ringan.  Pemuda dan Muslimat PAS hendaklah mengambil satu tindakan yang pro aktif untuk membendung gerakan gelombang merah dan seterusnya merangka satu pelan bertindak supaya pemuda dan muslimat PAS pula memacu pergerakan orang muda dan wanita Kelantan.  Jangan sampai kita bersifat terikut dengan rentak yang diatur oleh BN.

Mungkin luahan ini sedikit sebanyak terpikul juga di bahu sendiri. Namun saya ingin mengajak semua pihak yang sayangkan PAS supaya bertekad untuk terus berbakti dengan segala yang ada. Ingatlah tanggungjawab ini tidak mungkin mampu dilakukan secara individu maka Jamaahlah yang harus ke depan untuk memimpin gerak kerja ini.