KEBANGKITAN RAKYAT AKIBAT DEMOKRASI TEMPANG

Tinggalkan komen

Salam perjuangan,
Telah dua hari peristiwa bersejarah 9 julai berlalu namun ianya masih kuat terpahat d kalbu rakyat yg cintakan keadilan. Gelombang ini mungkin akan bertambah kuat jika pihak SPR dan Kerajaan masih berdiam diri dan tidak mengambil langkah yg sepatutnya utk menjadikan SPR betul-betul bebas dan melaksanakan tuntutan 8 perkara supaya demokrasi di Malaysia tetap subur dan berjalan tegak.
Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada polis yg berjaya mengawal keselamatan kumpulan patriot yg di pimpin oleh KJ utk berhimpun dan seterusnya berarak ke stadium dgn aman. Alangkah baiknya jika IGP juga mengarahkan anak buahnya supaya menjaga keselamatan semua pihak bukannya mengambil sikapdouble standard dengan menahan kumpulan kuning dan masa yg sama memberi kebebasan kumpulan merah wlpn telah diisytihar haram oleh menteri.
Saya juga berharap IGP tidak termasuk dlm golongan yg cuba mengampu PM dengan memberi laporan dan angka2 yg tidak betul. Jumlah 6 ribu yg hadir adalah angka yg tidak munasabah. Saya bimbang jika amalan mengampu dan memberi laporan tidak betul ini menular kepada anak buahnya menyebabkan pihak polis semakin tidak cekap menangani isu sebenar. Cabaran supaya buat laporan polis jika ada yg di layan secara kasar adalah merupakan kenyataan yg sukar dipercayai. Apa jadi kepada DS Anwar dan pegawal peribadinya yg berdarah muka, Mat Sabu yg di rempuh dgn pajero, khalid samad yg menerima 6 jahitan d kepala dan paling menghiris kematian allahyarham burhanudin yg ketika mengalami sesak nafas akibat gas pemedih mata dgn tangan bergari. Di manakah belas ihsan polis dlm isu seperti ini

?

PRK PERMATANG PASIR

4 Komen

Salam perjuangan,

SPR telah mengumumkan bahawa penamaan calon akan diadakan pada 17 ogos (Isnin) dan pengundian pula pada 25 (Selasa). Selain itu, tiada kompromi lagi untuk bangsal panas, perayu undi.  TPM Tan Sri Muhyidin Yassin berkata beliau mewakili BN akan mematuhi segala arahan dari SPR cuma beliau meminta SPR memantau perjalanan kempen pihak pembangkang. Sandiwara yang dilakukan oleh TPM ini seolah -olah cerita seorang pencuri yang bimbang di tuduh mencuri maka dia cepat-cepat menuduh orang lain sebagai pencuri. Memang dari pengamatan saya selaku rakyat bawahan, pihak yang sentiasa melanggar peraturan ialah pihak Kerajaan kerana mereka rasa mereka amat kebal dari undang-undang. Pihak mana yang menggunakan jentera Kerajaan untuk berdepan dalam setiap PRU atau PRK, pihak mana yang menggunakan wang bagi merasuah pegundi supaya menyokong mereka, pihak mana yang menggunakan media massa sebagai media kempen mereka ? pihak mana yang mengugut kakitangan kerajaan supaya menyokong mereka ? semua ini jelas kepada kita bahawa pihak mana yang telah melanggar arahan SPR dan pihak mana yang mematuhinya.

Saya tidak berani bertaruh tetapi saya cukup yakin jika UMNO BN bertanding sebagai anak jantan dengan tidak menyalahgunakan jentera kerajaan maka PR sudah lama memerintah Malaysia. UMNO/BN jangan bermimpi untuk memenangi mana-mana PRK atau PRU.  Sama-sama kita berdoa semoga semua pihak bersedia untuk bertanding secara anak jantan dan mematuhi segala arahan SPR dengan betul.

Kepada PAS dan Pakatan Rakyat, saya ingin mengingatkan supaya jangan merasa selesa dengan majoriti yang besar semasa PRU ke 12 baru-baru ini.  Saya melihat UMNO akan menggunakan strategi di MU baru-baru ini sebagai asas dengan membaiki segala kelemahan yang ada untuk berhadapan dengan calon PAS di PM nanti.  Soal calon yang di terima oleh rakyat mestilah menjadi kriteria utama, selain populariti seseorang calon tersebut.  Jika PM Datuk Seri Najib sudah memberi amaran kepada semua UMNO bahagian bahawa jawatan tidak lagi menjadi kriteria utama pemilihan calon sebaliknya penerimaan rakyat kepada seorang calon itu yang diutamakan sesuai dengan tema beliau iaitu rakyat diutamakan maka apa salahnya jika Pakatan Rakyat khasnya PAS sendiri mengguna pakai kaedah pemilihan calon seperti ini selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat itu sendiri.

RESAM UMNO : PENAFIAN ADALAH KEBENARAN..

1 Komen

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah kerana kesempatan ini hadir lagi..

Awal pagi ini, saya luangkan sedikit waktu untuk menonton berita pagi di TV1. Mengenai kenyataan PM sewaktu ditemuramah oleh wartawan. Dengan egonya beliau menegaskan bahawa keputusan untuk mengadakan PRU lebih awal bukan kerana takut kepada pengaruh Anwar, tetapi kerana inginkan mandat baru untuk meneruskan agenda pemerintahan.

Dato Seri Anwar, yang dijadualkan bebas selepas Mac 2008 akan layak secara automatik untuk bertanding, sekiranya PRU 12 diadakan selepas tarikh tersebut. Soalnya, mengapa tiba-tiba pula faktor Anwar pula menjadi fokus utama? Pastinya ada muslihat disebaliknya. Sepatutnya, media UMNO tidak membesarkan lagi isu Anwar, sekiranya mereka betul-betul tidak bimbang dengan kemunculan semula beliau dalam arus politik negara pada hari ini.

untitled.gif

PENAFIAN ADALAH KEBENARAN!

Apa yang dapat disimpulkan ialah mereka sebenarnya bimbang dengan pengaruhnya yang masih lagi membara. Kerana menurut kebiasaaan, apa yang dikata atau dinafikan itu adalah yang sebenarnya berlaku. Itulah budaya UMNO. Masakan pula, kalau betul tidak takut, maka bubarkanlah parlimen selepas Anwar bebas dari tarikh kongkongannya untuk bertanding. Maka kita akan lihat nanti!

Walau apapun alasannya, rakyat cukup masak dengan perangai pemimpin UMNO. Mereka begitu rajin membudaya ‘penafian setiap perkara’ namun, apa yang mereka nafikan itulah yang berlaku. Kenapa perlu takut kepada bayang-bayang sendiri? Sememangnya, Anwar telah banyak mendedahan kepincangan yang berlaku dlm UMNO, lebih memeritkan lagi ianya terpaksa diakui kebenarannya oleh UMNO. Walau pun pada awalnya mereka cuba menafikannya melalui pelbagai cara! Percaya atau tidak, dengan penafian PM ini, memberikan petunjuk yang jelas bahawa tarikh PRU 12 kian hampir dan pastinya tidak akan melangkaui bulan MAC 2008!

BANGKITLAH

Marilah kita meningkatkan komitmen dan ikrar kita untuk menghadapi segala cabaran dalam PRU kali ini dengan segala kekuatan yang kita ada. Tingkatkan munajat kita kepada Allah dan wujudkan skuad khas untuk bermunajat kepada Allah sebagaimana Rasulullah SAW sewaktu berperang di luar Madinah di mana Rasulullah memberikan amanah kepada orang-orang tua dan mereka yang tidak mampu untuk pergi berperang supaya membaca zikir dan solat hajat sebaik sahaja pasukan perang mula bertolak sehingga pasukan perang pulang semula. Pasukan munajat ini adalah kekuatan kepada kita yang tidak ada kepada pihak lain.

* GENDANG PILIHANRAYA SUDAH DIPALU.. AYUHLAH MENARI 🙂

Sumber info lain.. Utusan malaysia

Anwar bukan faktor adakan pilihan raya awal – PM

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan merupakan faktor untuk kerajaan mengadakan pilihan raya umum ke-12 lebih awal. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, banyak perkara lain perlu di fikirannya sebelum memutuskan untuk mengadakan pilihan raya itu. Pada masa sama, beliau berpendapat, rakyat negara ini sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya.