KERAJAAN BERKONSEPKAN “KELUARGA MALAYSIA”

Tinggalkan komen

Assalamulaiakum wrt. wbt.

Kembali lagi menulis setelah sekian lama meninggalkan alam blogger. Alam siber kini pantas berubah sehingga Facebook, Twitter, instagram menjadi medium utama untuk berkongsi pendapat berbanding blog. Namun saya gagahi juga untuk menulis pandangan personal saya mengenai isu-isu semasa negara yang berlaku….

Bermula 2018 hingga 2021 telah 3 kali Perdana Menteri Malaysia bertukar dari PM7(PH), PM8(PN) dan terkini PM9(PBN).

Kali ini PM9 DSIS mengetengahkan konsep Keluarga Malaysia sebagai trademark dan nampaknya mendapat reaksi yang positif dari semua masyarakat termasuk Pembangkang.

Kabinet yang diumumkan sebahagian besarnya muka-muka lama yang terbukti berprestasi tinggi untuk memacu Pelan Pemulihan Negara yang telah diumumkan oleh PM8 TSMY. Hanya segelintir muka baharu yang berkelayakan untuk mengisi tempat dan telah diperkenankan oleh YDPA.

Apa yang positifnya dari krisis kepimpinan negara dalam sebulan dua ini ialah 3 parti melayu Islam yang terbesar iaitu PAS, UMNO, BERSATU telah dapat bersemuka dan berbincang untuk mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi dan terbuku di dalam dada.

Semoga muafakat yang terbentuk ini akan kekal dan berterusan khususnya untuk berhadapan dengan PRU15 dan kembali menawan Putrajaya dengan majoriti yang lebih besar tetapi masih saling bergantung di antara satu sama lain. ibarat kata Yang Berat Sama di Pikul, Yang Ringan Sama Di Jinjing.

Pada pandangan saya secara peribadi ialah tempoh 100 hari pertama untuk menilai keberkesanan dan kualiti setiap kementerian berserta Menteri dan Timbalan Menteri yang di lantik adalah tempoh yang munasabah. Jika gagal maka sepatutnya rombakan kabinet dilakukan dan jika berjaya maka boleh diteruskan.

Tiga fokus utama kerajaan sementara ini ialah Kesihatan, Ekonomi, Keselamatan Rakyat selain kestabilan politik negara. Masa yang terhad ini hendaklah dimanafaat semaksima mungkin sebagai persediaan menghadapi PRU15.

Akhirnya saya berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Kerajaan yang baharu di bentuk ini mampu bertahan sehingga kesihatan rakyat akibat pandemik Covid19 mencapai herd immunity 80% dan lebih banyak sektor ekonomi dapat di buka.

Advertisement

PRK N01KUALA BESUT – MAMPUKAH PAS

Tinggalkan komen

image

image

Pengumuman sudah di buat hanya menunggu hari penamaan calon yg telah ditetapkan esok 12 julai 2013 dan hari pegundian pd 24 julai 2013 rabu.

Pertarungan sengit merebut kerusi panas samada bertukar kerajaan atau mengekalkan kerajaan BN yg sedia ada. Apa pun usaha dan doa kepada Allah swt akan meniti di bibir setiap pejuang dan petugas parti Islam di tambah pula keberkatan bulan ramadhan.

YB Idris Jusoh telah menetapkan BN akan menang dgn majoriti 4000 undi manakala che long iaitu calon pas semasa berucap melahirkan keyakinan akan dapat memenangi prk kb kali ini.
Sama2 lah kita tunggu keputusannya selepas jam 5 ptg 24 julai nanti.

Doa saya moga ramadhan kareem dan penuh kerahmatan ini akan membawa sinar kemenangan dan berpihak kpd gerakan Islam bukan sahaja di Kuala Besut malah di seluruh dunia iaitu di Mesir, Palestin, Syria, Lubnan dan di mana saja. Amin

APA ZAHID HAMIDI Mau ?

Tinggalkan komen

JUHAM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang bersikap bacul dan dayus kerana menjalankan penangkapan dan pendakwaan terpilih terhadap pimpinan Pakatan Rakyat di sebalik bayangan Akta Hasutan. 
 
Pada masa yang sama, Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik; Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat seolah-olah cuba membuktikan sesuatu kepada Perdana Menteri apabila bersikap menggila secara tiba-tiba dengan berterusan membuat tangkapan demi tangkapan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat termasuk membuat rampasan terhadap akhbar-akhbar lidah rasmi Pakatan Rakyat. 
 
Tindakan menggila Dato Zahid Hamidi ini seumpama budak suruhan yang dicucuk hidungnya dan menurut apa sahaja yang diarahkan oleh tuannya secara membuta tuli demi membuktikan kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi.
 
Sikap menggila Ahmad Zahid Hamidi ini bertambah tatkala Perhimpunan Agung UMNO tahun ini akan berlakunya pemilihan yang akan menyaksikan para pemilih UMNO akan menentukan sama ada kepimpinan UMNO yang ada masih relevan untuk dikekalkan tatkala undi popular Barisan Nasional serta keputusan Pilihanraya Umum ke-13 terus menyaksikan wujudnya petunjuk prima facie bahawa UMNO dan Barisan Nasional sedang menuju kepupusan. 
 
Malangnya, kerakusan serta keangkuhan Ahmad Zahid Hamidi ini telah dilampiaskan kepada rakyat yang semakin berani dan bersatu untuk menamatkan terus riwayat UMNO dan Barisan Nasional dari muka bumi ini. Akibatnya, ugutan demi ugutan telah dibuat bagi menghalang rakyat dari terus mara ke hadapan. 
 
Ahmad Zahid Hamidi mungkin tidak sedar bahawa tindakannya kini seolah-olah kembali ke zaman batu dan jahiliyyah apabila mengamalkan undang-undang rimba dan tidak menghormati kebebasan bersuara di bawah Perlembagaan Persekutuan. Maka tidak hairanlah sahabat karibnya yang digugurkan dari barisan kabinet, Datuk Seri Noh Omar telah mengajak rakyat untuk tinggal di dalam hutan. Mungkin hutan rimba ini amat sinonim dengan pemikiran rimba dan jahiliyyah  Ahmad Zahid Hamidi dan budak-budak suruhan sepertinya  di dalam UMNO dan Barisan Nasional.
 
Walau bagaimanapun, JUHAM mengalu-alukan kezaliman demi kezaliman yang dilakukan oleh Ahmad Zahid Hamidi yang ditunggang oleh UMNO dan Barisan Nasional ini, kerana ia seumpama minyak yang dicurah ke api yang akan menyemarakkan lagi penolakan rakyat terhadap mereka. 
 
Ahmad Zahid Hamidi dicabar untuk terus membuat penangkapan rimba ini, kerana JUHAM akan terus komited tanpa jemu untuk mewakili rakyat dan bertemu anjing-anjing suruhan UMNO dan Barisan Nasional di Mahkamah yang menjadi mangsa kegilaan Ahmad Zahid Hamidi ini. See you in Court!

Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi
Pengarah JUHAM
Dewan Pemuda PAS Malaysia
 

Sekitar Majlis Pecah Tanah Lebuh Raya Rakyat

1 Komen

Salam perjuangan,
Hari Isnin 7 rejab bersamaan 28 mei 2012 tercipta satu sejarah baru Kerajaan Negeri Kelantan di mana projek lebuh raya telah dilancarkan oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar di kg Berangan Mek Nab, Machang. Projek lebuh raya sepanjang 73km dianggarkan menelan belanja 2.3 billion di jangka siap dalam tempoh 3 tahun. Jarak masa yang lama diperlukan ialah kerana lebuhraya ini mempunyai ciri2 istimewa yg tersendiri. Antaranya ialah di buat dahulu dgn duit kontraktor dgn bayaran secara ansuran oleh kerajaan, sistem wakaf jalan diperkenalkan di mana setiap orang rakyat dan agensi kerajaan serta badan korporat digalakkan mewakafkan sebahagian dana untuk turut sama membiayai projek tersebut. Apa yang penting ialah ianya di bina dgn niat yg murni utk menyelesaikan kerumitan anak perantauan setiap kali pulang ke Kelantan. Mungkin timbul persoalan mengapa Kerajaan Negeri cuba membina lebuhraya sendiri? Sebagai jawapannya ialah kerana UMNO BN telah menafikan hak rakyat Kelantan apabila projek ini telah ditiadakan di dalam rmk 10 walaupun telah diangkat oleh kerajaan negeri setiap kali rmk di buat.

image

image

image

image

image

image

Lebih 12 juta Pengundi Akan Tentukan Kerajaan Baru Malaysia : PR @ BN

1 Komen

Salam perjuangan..
Dengan pengumuman ini bererti mana pemilih baru yg berdaftar pada ST1/12 tidak layak mengundi pada pru 13. Angka lebih 12 juta itu tentunya melibatkan hampir 50% pegundi muda lelaki dan perempuan. Dengan maklumat media baru yg dicapai oleh mereka menjanjikan saingan yg sengit bagi PR@BN utk membentuk kerajaan baru Malaysia selepas pru 13. Demi pilihan terbaik utk sebuah kerajaan yg amanah,adil,bebas rasuah dan berkebajikan maka saya menyeru anak muda dan semua rakyat Malaysia marilah sama2 kita memilih PR sebagai parti yg akan memerintah Malaysia.
——————————————KUALA LUMPUR — Seramai 12,595,268 orang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 selepas nama mereka diperakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata jumlah pemilih berdaftar itu adalah daripada Daftar Pemilih Induk Tahun (DPT) 2010 dan empat DPT sepanjang 2011 mengikut Peraturan 22 (1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

DPT Suku Tahun 4/2011 bagi tempoh 1 Okt hingga 31 Dis 2011 mengandungi 259,590 permohonan untuk menjadi pemilih yang terdiri daripada 188,654 pendaftaran baru dan 70,936 pendaftaran tukar alamat pusat mengundi.

“Daftar ini akan diwartakan pada 20 Mac depan. Pewartaan ini melibatkan permohonan pendaftaran baru atau bertukar alamat pusat mengundi bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang tidak terlibat dengan tuntutan atau bantahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagi pemohon yang nama mereka terlibat dengan bantahan, beliau berkata SPR menangguhkan pemerakuan permohonan itu sehingga selesai siasatan awam SPR keatasnya.

Sabri berkata sepanjang tempoh pameran Rang DPT ST4/2011 dari 8 hingga 14 Feb lepas, SPR menerima 804 bantahan yang melibatkan 17 bahagian pilihan raya Parlimen dan kesemua bantahan itu masih belum diselesaikan.

Kawasan yang terlibat ialah Jerlun dan Bandar Baru Kulim (Kedah), Bachok dan Ketereh (Kelantan), Marang dan Hulu Terengganu (Terengganu), Tanjong Karang, Gombak, Pandan, Hulu Langat, Serdang, Puchong, Subang, Shah Alam, Kapar dan Kota Raja (Selangor) serta Seremban (Negeri Sembilan).

Beliau berkata pemilih berdaftar dalam tempoh suku tahun berkenaan boleh menyemak maklumat pendaftaran mereka di talian 03-8885 6565 atau di laman web http://www.spr.gov.my atau melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip
SPRSEMAKNo Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 mulai 20 Mac ini. — Bernama

SEMENTARA MATA MENGANTUK

Tinggalkan komen

Salam perjuangan..
Walaupun tubuh rasa letih tetapi mata belum mahu pejam. Kesempatan ini memungkinkan saya untuk update blog yg jarang2 di buka semenjak fb dan tweeter mengambil alih ruang mengemukakan hujah dan pandangan balas yang segera. Namun sebagai tidak menghampakan harapan peminat blog maka sesekali saya gagahi jua untuk mengemaskini blog ini.

Topik yang mula menjadi buah mulut sekarang ialah pru 13. Saya hadir satu wacana di Balai Islam Lundang yg turut bincangkan topik pru. Apa yang saya dapat simpulkan ialah sejauh mana persiapan PR lakukan utk menuju Putrajaya dan sekaligus mempertahankan 4 negeri yg diperintah. Contoh Kelantan saya amati suasana persiapannya seumpama pru 2004 di mana semua pihak rasa selesa dan tidak melaksanakan arahan dan tugas sewajarnya. Masing2 pihak mula mempersoalkan sumbangan yg gagal diberikan oleh ADUN. Mengapa fenomena ini terjadi lagi di saat PR sibuk menyiapkan diri utk menawan Putrajaya. Apakah belum cukup muhasabah 2004 utk dijadikan iktibar kpd semua pihak supaya sentiasa melakukan yg terbaik supaya semua pihak turut merasai nikmat kemenangan yg begaya 2008. Mungkinkah nikmat itu akan berulang lagi pru 13 nanti ? Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. PAS : Parti Aku Selamanya…

CALON BOLEH MENANG

Tinggalkan komen

image

image

image

Salam perjuangan,

Syukur masih boleh bertemu di alam maya. Semoga Allah memudahkan kita untuk sentiasa bertemu wlpn di alam maya.

Hari ini anaknda tercinta Ahmad Syahmi menghadapi peperiksaan UPSR sehingga hari Rabu.  Anaknda merupakan calon yang boleh menang bagi sekolah kebangsaan dewan beta. Insyaallah target untuk menang dan dapat 5A.

Mantan PM Dr Mahathir menasihati supaya Najib melewatkan sikit lagi tarikh pilihanraya kerana tidak yakin BN akan dapat menang selesa kali ini. Saya sebagai rakyat juga bersetuju dengan saranan beliau atas beberapa faktor :
1. Populariti Najib sudah menurun di mana menurut kajian merdeka center ianya agak menurun berbanding dengan tahun lepas.
2. Najib juga terlalu banyak isu yang melibatkan beliau iaitu isu pembunuhan wanita monggolia,isu rasuah kapal selam scorpion, isu keganasan kerajaan tangani bersih.
3. Najib juga mempunyai seorang isteri yg memberikan liabiliti kepada beliau bukannya semakin menguatkan beliau.
4. Kekuatan BN semakin berkurang dan susahnya untuk mengemukakan calon yang boleh menang kerana ianya akan melawan arus dengan kehendak parti dan akar umbi umno sendiri.
5. Hilangnya fokus dan arah tuju yg hendak dicapai oleh kerajaan Najib di mana slogan yg diwar-warkan hanya tinggal slogan spt 1Malaysia. Banyak pengumuman Najib yang masih tidak ada tindakan dan kesan yg positif kepada rakyat Malaysia cthnya KPI setiap kementerian yang diisytiharkan ke mana sudahnya?
6. Andai BN kalah dalam PRU ke 13 nanti maka akan tercatat sejarah bhw Najib adalah PM yg paling pendek dlm sejarah pemerintahannya berbanding PM umno yg lain.
7. Banyak lagi khazanah yg masih belum diterokai  dan banyak lagi kantung yg masih belum di isi oleh pm rosmah. Jika BN kalah maka kempunan lah pm rosmah nok merasainya.

Menggalas Harapan Ummah

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Alhamdulillah segala puja dan puji bagi Allah swt. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW yg mulia.. Syawal yg tiba dan bakal berlalu terkandung pelbagai kisah suka duka kehidupan manusia di alam ini. Segala denyut nadi rakyat mula dirasainya menjelang pru. Semakin dekat tempoh pru berlaku maka semakin dekat terasa denyut nadi rakyat itu. Semua pihak masing2 akan mendabik dada akulah juara rakyat. Fenomena ini kekadang seperti slot cerita yg sentiasa berlaku di sekitar tarikh pru.

Persoalannya mengapakah di saat akhir kita baru bersusah payah memenuhi kehendak rakyat dan kekadang permohonan yg melampau pun terpaksa dipenuhi krn rakyat adalah raja dan akan tentukan siapa yg mereka akan nobatkan sebg pimpinan. Ini menyebabkan ada pihak yg akan mengambil kesempatan mengaut keuntungan segera melalui limpahan projek mee segera semata2 utk memastikan undi rakyat tetap utuh menyokong mereka dlm apacara sekalipun.

Tidak dinafikan yg mendapat keuntungan adalah rakyat ttp jgn dilupa bhw kontrak jg akan dapat laba yg besar dr projek segera yg dilaksanakan. Proses membeli undi rakyat nampaknya seperti sudah menjadi amalan di dalam mana2 parti demi melihat kelangsungan jangka hayat sesebuah parti dan perjuangan.

PILIHANRAYA UMUM BILA-BILA MASA

Tinggalkan komen

image

image

Salam perjuangan,
Kenyataan PM bahawa pru 13 nanti boleh diadakan bila-bila masa tanpa perlu menunggu cadangan penambahbaikan dari jawatankuasa parlimen yang dibentuk.  Pengumuman begini membawa beberapa maksud iaitu memang pru 13 sudah benar-benar dekat seperti yg diwar-warkan di sekitar bulan november 2011. Ianya juga bermaksud bahawa jawatankuasa parlimen yg di bentuk adalah hanya kosmetik untuk mengelabui mata rakyat terhadap kepincangan SPR dan Kerajaan yang memerintah.

Persiapan menghadapi pru tersebut perlu dipertingkatkan supaya kes-kes yg pernah dihadapi oleh parti pembangkang seperti tahun-tahun yg lepas tidak berulang. Orang mukmin tidak patut di patuk dua kali pada tempat yg sama.

Cita-cita untuk memerintah putrajaya semakin menebal di dalam minda setiap parti yg bertanding. PM telah menegaskan bahawa putrajaya akan dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun. Pakatan rakyat juga berikrar akan merampas putrajaya dengan sepenuh tenaga hatta nyawa sekalipun melayang. PRU 13 adalah merupakan saingan yg agak sengit sepanjang tempoh pru diadakan.

SISTEM BIOMETRIK DAN UNDI AWAL

Tinggalkan komen

Salam perjuangan,
PM DS Najib telah mengumumkan bajet utk SPR memperkenalkan sistem biometrik semasa PRU 13 nanti. Dalam masa yang sama pendaftaran pendatang tanpa izin(pati) juga menggunakan sistem biometrik. Inilah yang menjadi kegusaran kepada saya utk mempercayai ketelusan sistem biometrik ini.  Di samping kosnya yg rumit dan menelan belanja yg agak mahal di mana satu lagi pemvaziran wang rakyat dilakukan.  Saya kira sistem celup jari lebih murah dan menjimatkan. Prosesnya juga agak simpel di mana boleh dilaksanakan semasa hari mengundi.  Lagi pun ke mana dakwat kekal yg telah di beli oleh SPR dulu ? Mengapa kerajaan BN melarang penggunaannya semasa PRU ?

SPR juga mengumumkan akan melakukan proses perubahan kepada undi pos di mana akan diperkenalkan proses undi awal.  Apa yang saya faham ialah undi yg boleh dilakukan lebih awal dari tarikh pengundian awam dan ianya hanya akan tamat pada hari tersebut juga.

Saya kira SPR harus menyegerakan taklimat kepada parti-parti yg ada tentang sistem yg akan diperkenalkan sebelum ianya dilaksanakan. Ketelusan SPR amat diperlukan dlm hal ini. Namun kenyataan SPR dlm sehati dua ini menunjukkan SPR tidak telus dan di lihat berpihak. Jika inilah hakikatnya maka tidak mustahil rakyat akan memilih revolusi jalanraya untuk mengubah kerajaan yg zalim dari memilih pilihan raya. Saya bukannya menghasut tetapi apa yang berlaku di seluruh dunia boleh menjadi muhasabah bersama mengapa mesir dan tunisia rakyatnya bangkit di jalanraya?

Older Entries