CALON BOLEH MENANG

Tinggalkan komen

image

image

image

Salam perjuangan,

Syukur masih boleh bertemu di alam maya. Semoga Allah memudahkan kita untuk sentiasa bertemu wlpn di alam maya.

Hari ini anaknda tercinta Ahmad Syahmi menghadapi peperiksaan UPSR sehingga hari Rabu.  Anaknda merupakan calon yang boleh menang bagi sekolah kebangsaan dewan beta. Insyaallah target untuk menang dan dapat 5A.

Mantan PM Dr Mahathir menasihati supaya Najib melewatkan sikit lagi tarikh pilihanraya kerana tidak yakin BN akan dapat menang selesa kali ini. Saya sebagai rakyat juga bersetuju dengan saranan beliau atas beberapa faktor :
1. Populariti Najib sudah menurun di mana menurut kajian merdeka center ianya agak menurun berbanding dengan tahun lepas.
2. Najib juga terlalu banyak isu yang melibatkan beliau iaitu isu pembunuhan wanita monggolia,isu rasuah kapal selam scorpion, isu keganasan kerajaan tangani bersih.
3. Najib juga mempunyai seorang isteri yg memberikan liabiliti kepada beliau bukannya semakin menguatkan beliau.
4. Kekuatan BN semakin berkurang dan susahnya untuk mengemukakan calon yang boleh menang kerana ianya akan melawan arus dengan kehendak parti dan akar umbi umno sendiri.
5. Hilangnya fokus dan arah tuju yg hendak dicapai oleh kerajaan Najib di mana slogan yg diwar-warkan hanya tinggal slogan spt 1Malaysia. Banyak pengumuman Najib yang masih tidak ada tindakan dan kesan yg positif kepada rakyat Malaysia cthnya KPI setiap kementerian yang diisytiharkan ke mana sudahnya?
6. Andai BN kalah dalam PRU ke 13 nanti maka akan tercatat sejarah bhw Najib adalah PM yg paling pendek dlm sejarah pemerintahannya berbanding PM umno yg lain.
7. Banyak lagi khazanah yg masih belum diterokai  dan banyak lagi kantung yg masih belum di isi oleh pm rosmah. Jika BN kalah maka kempunan lah pm rosmah nok merasainya.

SIAPA CATUR SIAPA

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Alhamdulillah syukur krn masih dapat hirup udara segar di bulan syawal yg mulia ini. Ramadhan yg berlalu meninggalkan kesan yg bermakna buat kita semua. Cara hidup bulan ramadhan yg penuh dgn aktiviti ibadah nampaknya semakin terhakis di bulan syawal ini.

Menjelang PRU 13 yg bakal berlaku bila2 masa menyebabkan setiap parti samada BN atau PR sibuk menyiapkan senarai calon yg boleh menang bagi mewakili parti masing2. Faktor calon di lihat antara elemen yg terpenting masa sekarang bagi sesebuah parti utk menjamin kemenangan mereka. BN Kelantan dari awal2 lagi telah mengisytiharkan akan menurunkan calon di kalangan org muda dan muka baru sebahagian besarnya. PAS Kelantan juga telah mengisytiharkan bhw Tok Guru MB akan terus bertanding dlm pru 13 nanti. Pastinya calon di kalangan org muda juga akan di ambil perhatian yg serius oleh kepimpinan PAS Kelantan khasnya dan Malaysia amnya.

Menggalas Harapan Ummah

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Alhamdulillah segala puja dan puji bagi Allah swt. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW yg mulia.. Syawal yg tiba dan bakal berlalu terkandung pelbagai kisah suka duka kehidupan manusia di alam ini. Segala denyut nadi rakyat mula dirasainya menjelang pru. Semakin dekat tempoh pru berlaku maka semakin dekat terasa denyut nadi rakyat itu. Semua pihak masing2 akan mendabik dada akulah juara rakyat. Fenomena ini kekadang seperti slot cerita yg sentiasa berlaku di sekitar tarikh pru.

Persoalannya mengapakah di saat akhir kita baru bersusah payah memenuhi kehendak rakyat dan kekadang permohonan yg melampau pun terpaksa dipenuhi krn rakyat adalah raja dan akan tentukan siapa yg mereka akan nobatkan sebg pimpinan. Ini menyebabkan ada pihak yg akan mengambil kesempatan mengaut keuntungan segera melalui limpahan projek mee segera semata2 utk memastikan undi rakyat tetap utuh menyokong mereka dlm apacara sekalipun.

Tidak dinafikan yg mendapat keuntungan adalah rakyat ttp jgn dilupa bhw kontrak jg akan dapat laba yg besar dr projek segera yg dilaksanakan. Proses membeli undi rakyat nampaknya seperti sudah menjadi amalan di dalam mana2 parti demi melihat kelangsungan jangka hayat sesebuah parti dan perjuangan.

Tunaikan Kewajipan Anda

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….

Esok 6 Mac bermula pegundian PRK di DUN Merlimau dan Kerdau.  Ramalan yang telah di buat oleh pensyarah Sains Politik bahawa BN akan menang dengan majoriti yang lebih besar di kedua-dua DUN.  Saya juga boleh bersetuju dengan pendapat beliau.  Jika di lihat kepada keputusan PRK yang lepas tidak mustahil undi BN akan bertambah.  Selain itu saya juga merasakan kelemahan faktor dalaman PAS  sendiri tidak boleh di pandang ringan.  Pada penelitian saya sepanjang 3 hari saya berada di Kerdau didapati jentera PAS tidak di susun dengan baik untuk menjalankan gerak kerja Pilihanraya.  Kekurangan petugas yang strategik juga menyebabkan PAS agak perlahan dalam setiap tindakan.  Di samping kehadiran jentera pembantu yang di lihat tidak banyak juga membantu untuk menjalankan gerak kerja strategik.  Pendekatan yang sama dilakukan oleh PAS di setiap PRK menyebabkan jentera PAS gagal menandingi kecekapan jentera BN semnetelah mereka di bantu dengan pelbagai agensi dan kemudahan yang lebih canggih dari PAS.

Jentera Pemuda PAS sendiri yang di lihat kurang membantu dan berkesan dalam gerak kerja pr. Adik-adik yang balik dari Mesir di lihat banyak membantu jentera pemuda sedangkan mereka tidak di urus dengan baik di samping pengalaman gerak kerja pr yang kurang.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk menyeru kepada semua pengundi supaya keluar mengundi lebih awal dan pilihlah calon yang mampu memimpin kita bukan setakat di dunia tetapi sampai ke akhirat.  Selamat mengundi calon PAS….

PRK PERMATANG PASIR

4 Komen

Salam perjuangan,

SPR telah mengumumkan bahawa penamaan calon akan diadakan pada 17 ogos (Isnin) dan pengundian pula pada 25 (Selasa). Selain itu, tiada kompromi lagi untuk bangsal panas, perayu undi.  TPM Tan Sri Muhyidin Yassin berkata beliau mewakili BN akan mematuhi segala arahan dari SPR cuma beliau meminta SPR memantau perjalanan kempen pihak pembangkang. Sandiwara yang dilakukan oleh TPM ini seolah -olah cerita seorang pencuri yang bimbang di tuduh mencuri maka dia cepat-cepat menuduh orang lain sebagai pencuri. Memang dari pengamatan saya selaku rakyat bawahan, pihak yang sentiasa melanggar peraturan ialah pihak Kerajaan kerana mereka rasa mereka amat kebal dari undang-undang. Pihak mana yang menggunakan jentera Kerajaan untuk berdepan dalam setiap PRU atau PRK, pihak mana yang menggunakan wang bagi merasuah pegundi supaya menyokong mereka, pihak mana yang menggunakan media massa sebagai media kempen mereka ? pihak mana yang mengugut kakitangan kerajaan supaya menyokong mereka ? semua ini jelas kepada kita bahawa pihak mana yang telah melanggar arahan SPR dan pihak mana yang mematuhinya.

Saya tidak berani bertaruh tetapi saya cukup yakin jika UMNO BN bertanding sebagai anak jantan dengan tidak menyalahgunakan jentera kerajaan maka PR sudah lama memerintah Malaysia. UMNO/BN jangan bermimpi untuk memenangi mana-mana PRK atau PRU.  Sama-sama kita berdoa semoga semua pihak bersedia untuk bertanding secara anak jantan dan mematuhi segala arahan SPR dengan betul.

Kepada PAS dan Pakatan Rakyat, saya ingin mengingatkan supaya jangan merasa selesa dengan majoriti yang besar semasa PRU ke 12 baru-baru ini.  Saya melihat UMNO akan menggunakan strategi di MU baru-baru ini sebagai asas dengan membaiki segala kelemahan yang ada untuk berhadapan dengan calon PAS di PM nanti.  Soal calon yang di terima oleh rakyat mestilah menjadi kriteria utama, selain populariti seseorang calon tersebut.  Jika PM Datuk Seri Najib sudah memberi amaran kepada semua UMNO bahagian bahawa jawatan tidak lagi menjadi kriteria utama pemilihan calon sebaliknya penerimaan rakyat kepada seorang calon itu yang diutamakan sesuai dengan tema beliau iaitu rakyat diutamakan maka apa salahnya jika Pakatan Rakyat khasnya PAS sendiri mengguna pakai kaedah pemilihan calon seperti ini selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat itu sendiri.

ANALISIS PRA PILIHANRAYA KECIL Bukit Gantang

8 Komen

ASSALAMUALAIKUM..

Salam Perjuangan buat rakan-rakan di Bukit Selambau & Bukit Gantang.

Alhamdulillah.. dengan ketentuan Allah SWT bukan satu, tetapi tiga peristiwa yang besar akan berlaku serta menjadi perhatian yang bukan sedikit, malah mungkin ini yang pertama kali pernah berlaku tanahair tercinta ini. Dan tentunya ramai yang arif malah tidak keterlaluan pula sebaliknya. Dua parti politik terbesar di tanahair bertanding dan meletakkan calon terbaik mereka di dua bukit tersebut, malah ada juga wakil bebas yang cuba menduga nasib mereka disana. Apa selanjutnya?

Inilah nikmat demokrasi.

Lupakan itu semua, mari pula kita lihat sentimen rakyat dengan berlakunya peristiwa besar ini. Sebenarnya, rakyat sudah bosan, pening & jemu melihat adegan-adegan para pelakon politik UMNO-BN ini. Apakah pula hidangan mahupun nikmat yang mereka mahu tabur kepada rakyat? projek? duit? KWAMP? Kejutan menghadapi pilihanraya kecil ini begitu menjalar ke sanubari mereka. Apa tidaknya, baru saja selesai perhimpunan agung, peluh di dahi masih belum kering lagi, demam masih belum kebah lagi, kini terlibat dengan PRK pula.

Apakah analisis yang boleh dibuat dalam suasana sekarang? Berikut ialah pandangan peribadi saya tentang Bukit Gantang terlebih dahulu -: setelah kembali dari sana 2,3 hari lepas :-

1. CALON – DS Nizar adalah lambang calon Malaysia, sesuai untuk PAS, sesuai untuk PKR, sesuai untuk DAP, sesuai untuk Melayu, sesuai untuk Cina, sesuai untuk India, sesuai untuk makcik, pakcik, tua, muda, kampung, korporat.

2. KENAPA? – Kerana dia menjadi simbol kepada penentangan terhadap kerakusan UMNO-BN.

3. KAUM INDIA – Banyak perkara terjadi kepada masyarakat India kebelakangan ini seperti kes Kugan dan di Kedah baru-baru ini. Sementara MIC pula tidak berubah dengan pengekalan Samy Vellu sebagai presiden baru-baru ini.

4. KAUM CINA – Perhatikan peranan Gerakan, MIC dan MCA yang hanya mengambil kedudukan berkecuali di dalam kes Perak. Ia ditafsirkan sebagai menjauhkan diri daripada sentimen tersebut kerana masyarakat Cina lebih merasakan kerajaan pilihan mereka melalui DAP yang ditumbangkan oleh UMNO di Perak.

5. UMNO – Umno pula dilihat tidak ghairah dan tiada selera dengan pilihanraya kali ini. Mungkin kerana sesetengah mereka masih sibuk, ghairah, demam, terkejut dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

6. ISMAIL SAFIAN – Dia bukannya calon ‘favourite’. Bukan dari ‘orang kanan’ Umno, kalah Ketua Bahagian, seolah-olah hanyalah sebagai calon bebas sahaja.

7. NAJIB – Lebih sibuk dengan percaturan pengambilalihan kuasa dari PakLah.

8. ZAMBRY – Perhatikan tiada siapa dari UMNO yang sibuk pasal Perak. Hanya mengharapkan Zambry yang kadangkala muncul.

Inilah peluang terbaik bagi kita. Bukit Gantang – InsyaAllah milik PR. Ya Allah kurniakanlah kemenangan kepada kami. Amin ya Rabbul’alamin.

pict0267p3290132

SELAMAT MENGUNDI PAS..

Tinggalkan komen

calonp36_1

CALON PAS DIRESTUI, KEMENANGAN DIHAMPIRI

1 Komen

Salam perjuangan dan Selamat Tahun Baru Hijrah/Masihi

Alhamdulillah, akhirnya persoalan dan teka teki yang bermain di benak pemikiran ahli PAS serta rakyat Kuala Terengganu sudah terjawab melalui pengisytiharan calon PAS malam ini di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Nama YB Abdul Wahid Endut telah diumumkan secara rasmi oleh Presiden PAS YB Dato Seri TG HJ Abdul Hadi Awang di hadapan 10 ribu orang penyokong PAS. Beliau juga merupakan ADUN Wakaf Mempelam iaitu salah satu dari 4 DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu. Pemilihan beliau adalah berdasarkan track rekodnya yang bersih dan mempunyai harapan yang cerah untuk menang.Beliau juga memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.

Turut hadir sama dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato’ Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain. Manakala di peringkat negeri dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato’ Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato’ Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan negeri.

Diharapkan selepas pengumuman ini, jentera PAS Terengganu dan Jentera Pembantu dari PAS, PKR dan DAP akan dapat bergerak dengan lebih baik dan mantap untuk memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat pada 17 Januari 2009 nanti. Saya sendiri belum berkesempatan lagi untuk menjejakkan kaki ke gelanggang PRK kerana menyelesaikan beberapa program yang terpaksa saya bereskan. Insyaallah, saya berazam untuk pergi bermula 5 Januari 2009.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masihi 2009. Semoga kedatangan yang kita nanti-nantikan selalu akan menambahkan keimanan,keberkatan, kebahagiaan,kesenangan dll lagi kepada kita semua. Semoga Islam akan menjadi pilihan alternatif kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum.

CALON :- FAKTOR KEMENANGAN DALAM PRU

Tinggalkan komen

ASSALAMUALAIKUM..

Sebagaimana kita maklum, sehingga semalam semua parti samada PAS, BN dan PKR masih belum memutuskan dengan muktamad senarai calon di Kelantan. Semuanya masih diperingkat perbincangan dan keputusannya nanti terpulang sepenuhnya kepada pimpinan tertinggi parti masing-masing. Kadang-kadang senarai calon yang dikemukakan itu masih boleh berubah lagi, walaupun disaat-saat akhir menjelang hari penamaan calon. Banyak faktor dan urusan perlu dikaji yang memerlukan penelitian mendalam. Kerana sekiranya silap percaturan, ianya boleh memakan diri. Begitulah rumitnya untuk mengesahkan senarai calon, kerana selagi tidak mengisi borang pencalonan maka selagi itulah seseorang itu belum pasti akan bertanding.

Semalam, kesemua Jawatankuasa Harian PAS kawasan mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan PAS Kelantan untuk dikemukakan senarai calon yang diputuskan bagi bacaan kali pertama. Meneliti kepada perkembangan di dalam perjumpaan tersebut, didapati ramai yang sebelum ini diura-urakan bertanding, akhirnya namanya tiada dalam senarai akhir calon. Seperti yang saya nyatakan tadi, kesemuanya boleh berubah walaupun disaat-saat akhir pada hari penamaan calon. Saya bersyukur kerana bagi Parlimen Kubang Kerian semua nama yang diputuskan oleh pimpinan untuk menjadi calon dalam PRU nanti, merupakan orang yang hebat dan InsyaAllah akan mengekalkan kemenangan yang lepas.

Perkembangan dunia politik masa kini cukup menggerunkan parti politik yang akan bertanding. Perubahan sikap pegundi pada hari ini bukan lagi memilih parti bertanding tetapi akan memilih calon yang bertanding. Walaupun PAS sebagai sebuah gerakan Islam tetapi kalau silap percaturan meletakkan calon, maka rakyat boleh memejam mata untuk mengundi calon yang disukai walaupun dari BN dan begitulah sebaliknya. Pertembungan yang sengit nanti, tentunya meminta komitmen yang tinggi dari semua jentera khasnya di semua peti undi. Kenapa? kerana di situlah terletaknya benteng pertahanan terakhir bagi setiap parti. Sekiranya kuat di Unit Peti Undi (UPU), maka tanda-tanda kemenangan akan lebih terjamin.

Di antara jentera yang terpenting ialah Polling Agent dan Counting Agent (PAKA). Penipuan akan lebih mudah berlaku jika mereka ini tidak peka, mahir dengan bidang tugas mereka. Semua pengundi yang berada di UPU perlu dikenali satu persatu kerana di bimbangi wujudnya pengundi hantu. Terkini juga, saya mendapat satu maklumat rahsia bahawa strategi mengalahkan PAS di Terengganu akan digunapakai disini. Strategi yang dimaksudkan ialah dengan menggunakan kad pengenalan yang dimasukkan gambar pengundi lain serta menggunakan nama pengundi yang ada dalam senarai tetapi tidak pernah keluar mengundi semasa PRU yang lalu. Oleh itu, PAKA perlu berhati-hati dengan taktik kotor ini.

Apa pun, rakyat sekali lagi diberi peluang untuk menggunakan hak bagi memilih kerajaan yang mereka yakini mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka. Sementara parti pemerintah menjadikan pilihan raya sebagai landasan untuk mendapatkan mandat baru bagi terus menipu rakyat, manakala parti pembangkang pula sekali lagi akan mencuba nasib dengan menawarkan pilihan yang terbaik kepada rakyat. Manakala, ikrar jentera PAS di semua UPU pada kali ini ialah, sanggup mengorbankan apa saja termasuk nyawa sendiri demi mempertahankan Kerajaan Islam Kelantan.

Allahu Akbar