Keganasan Polis Buka Tirai 2012

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Dalam saat dan ketika semua rakyat ingin menyambut kedatangan tahun baru 2012 dan bermuhasabah pemergian tahun yg penuh sejarah tersendiri. Rakyat Malaysia dikejutkan dengan keganasan polis menyuraikan sekumpulan Mahasiswa yg berdemo di jalanraya berhadapan UPSI. Mereka ingin menyampaikan hasrat dan pandangan mereka berkenaan dgn hak mahasiswa. Seorang mahasiswa cedera parah dan 17 org lagi di tahan d balai polis. Keganasan polis telah mencatat satu tinta hitam apabila dilakukan seawal minit2 tahun baru di sambut oleh semua rakyat Malaysia. Sedangkan sebelum ini sekumpulan pemberontak sebenar dari pemuda umno dan perkasa telah berdemo di depan upsi dgn kebenaran dan kawalan keselamatan pihak polis sehingga selesai. Dalam kes yg sama apabila dianjurkan oleh mahasiswa mengapa polis yg sama mengambil tindakan yg ganas ???
Di saat tulisan ini disiarkan saya difahamkan KP Dppp telah mengarahkan supaya pemuda berdemo utk bebaskan mahasiswa yg ditangkap. Naib Presiden PAS dan Naib Ketua Dppp telah mengetuai demo tersebut dan kemudiannya menziarahi mangsa keganasan polis di hospital.
Inilah gambaran yg pernah disebut oleh beberapa pemimpin iaitu negara polis. Namun perlu diingat semangat anak muda jgn cuba di jolok nanti kelak membakar diri. Contoh kebangkitan anak muda indonesia, mesir, tunisia sepatutnya memberikan amaran yg jelas supaya tindakan yg di ambil tidak seperti mencurahkan minyak petrol ke dalam api. Anak muda sayangkan negara Malaysia tercinta ini ttp jika hidup di Malaysia umpama hidup di dalam penjara maka apakah maknanya kehidupan kpd rakyat Malaysia khasnya anak muda… Ingatlah wahai pemimpin yg zalim bhw akan sampai saat dan ketika kamu akan dijatuhkan dan berada di bawah pula. Jangan angkuh dan menafikan hak rakyat khasnya mahasiswa utk memperjuangkan hak mereka…

ANTARA KEBANGKITAN RAKYAT DAN KETEMPANGAN DEMOKRASI

Tinggalkan komen

Salam perjuangan,
Alhamdulillah perhimpunan aman yg dilakukan untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil telah berjaya dilakukan secara aman dan berdisiplin yg tinggi. Namun insiden yg tidak diingini berlaku juga kerana provokasi yg keterlaluan dari pihak polis. Umum mengetahui siapa dibelakang tindakan polis yg zalim dan ganas. Saya tidak bercadang untuk mengulas satu persatu kezaliman yg dilakukan oleh polis cukuplah yb khalid samad yg berdarah dan terpaksa menerima 6 jahitan.

Perhimpunan aman itu menerima tekanan yg cukup hebat dlm sejarah Malaysia di mana tangkapan demi tangkapan telah bermula seawal dua minggu sebelum perhimpunan berlangsung. Sesiapa yg menjual,memiliki dan memakai pakaian berwarna kuning maka akan di tahan dan di reman setaraf atau mungkin lebih bahaya dari penjenayah negara. Hairannya pulak sekumpulan beruk-beruk yg berpakaian merah yg juga diumumkan peetubuhan haram tidak di rampas dan di tahan malahan sempat bergambar sebelum memulakan perarakan secara berkereta dan membawa bendera Malaysia dgn di kawal rapi oleh FRU dan polis. Tidak ada polis yg berani merampas baju yg berwarna merah itu walaupun di sebut haram.

Kehadiran ratusan ribu anak muda dan pelbagai kaum juga menunjukkan sokongan kepada tuntutan bersih aebanyak Lapan perkara untuk memastikan pilihanraya yg adil dlm pru 13 nanti. Menurut kenyataan polis kehadiran seramai 6 ribu org sahaja di mana 1400 lebih di tahan. Saya tidak mahu komen kehadiran sebenar seramai mana tetapi kalau melihat kepada angka yg di tahan pun dah cukup.

Perhimpunan dicemari dengan kekasaran polis dan melihat hampir kesemua pimpinan utama ngo dan parti politik di tahan. Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub merupakan antara pimpinan yg terawal di tahan di KL Sentral. Selain itu Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Dato Ambiga dan Mat Sabu juga di tahan tetapi kesemuanya dibebaskan disebelah petang.

Perhimpunan itu akhirnya berkumpul di KLCC dan bersurai kira-kira jam 6 ptg secara aman. Datuk A Samad Said telah cuba menyerahkan memorandum kepada Agung namun di halang oleh pihak polis yg mengawal di luar istana.

ISA :- SATU KEZALIMAN TERANCANG

Tinggalkan komen

Assalamualaikum..

Baru-baru ini, saya telah dihubungi oleh seorang sahabat yang menceritakan ada sebuah blog yang sedang memburukkan nama institusi PASTI dan juga nama saya yang dikaitkan secara peribadi. Mulanya agak hairan juga, kenapa sampai begitu sekali, lama juga saya berfikir. Namun, akhirnya saya percaya inilah kebebasan media yang ada dan kita bebas meluahkan apa saja. Bagi saya, dari menjawab isu yang sengaja ditimbulkan itu, ada baiknya dibicarakan isu yang lebih besar yang melibatkan masalah ummah. Saya menganggapkan blog tersebut ibarat batu kerikil di jalanan, memperjuangkan kebenaran dan keadilan itu lebih penting setelah kita yakin dengan perjuangan ini. Sesetengahnya, ada yang perlu di ambil tahu dan begitu juga sebaliknya. Terkadang, makin di layan, semakin teruk suasana yang bakal timbul.

isa.jpg

ISA (Internal Security Act)

Isu besar yang saya maksudkan ialah ISA. Dimana ianya telah digunakan oleh pihak kerajaan UMNO dari dulu lagi untuk menyelesaikan masalah penentang terhadap dasar-dasarnya. Seperti juga pendirian pimpinan yang lain, saya mengutuk keras penggunaan ISA kerana ianya menyalahi hak asasi manusia dan juga bertentangan dengan prinsip Islam itu sendiri. Setiap yang bersalah harus dihadapkan ke mahkamah terbuka untuk dibicarakan secara adil dan dibuktikan di mahkamah bahawa mereka bersalah barulah boleh dipenjarakan atau di tahan. Islam sendiri telah mengajar kita bahawa setiap yang bersalah mestilah dibuktikan bersalah barulah boleh dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Ia telah mencengkam, menghantui dan menghancurkan kehidupan rakyat yang ingin mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin yang kotor. Bahang undang undang yang kejam ini sentiasa dirasai kerana penahanan tanpa bicara di dalam mahkamah, tanpa bukti yang kukuh dan tanpa memerlukan syarat yang nyata amatlah lumrah sekali. Mangsanya boleh ditahan untuk selama-lamanya mengikut selera dan nafsu diktator yang sanggup mengorbankan kedaulatan rakyat dan melelongkan demokrasi, keadilan dan kebebasan. Pemimpin-pemimpin ini sudah terperangkap ke dalam neraka jahanam dan sanggup mempertuhankan keganasan yang mengekalkan kuasa, harta dan pengaruh.

SUATU PENGKHIANATAN

Sebenarnya pucuk pimpinan politik adalah ahli kepada kapitalis tempatan dan antarabangsa. Kesetiaan inilah yang menyebabkan yang kaya menjadi kaya raya dan miskin menjadi papa kedana. Pemimpin-pemimpin politik ini sanggup mengkhianati Perlembagaan Negara yang berasaskan kepada keadilan yang luhur dan tidak segan silu menghina kehakiman. Sepatutnya tugas kehakiman adalah untuk mengimbangkan kuasa atau membetulkan ketidakadilan yang berlaku di dalam masyarakat. Malangnya keyakinan rakyat terhadap dunia kehakiman di dalam negara sudah makin pudar. Apa yang sudah berlaku adalah pemerintah sudah ketandusan ikhtiar dan berpaut kepada kuasa ISA untuk menghalalkan pentadbirannya, mengugut rakyat, menguasai minda dan ragam hidup rakyat. Pendekkata pemimpin politik negara sudah takut dengan bayang-bayang sendiri dan cuba menghancurkan naluri kemanusiaan. Kini mereka sibuk menggunakan ISA untuk menjatuhkan saingan politik masing-masing di dalam dan di luar parti agar dapat mengekalkan kekayaan, pengaruh dan kuasa mereka. Justeru itu mereka sudah mula menghayati sifat penjajah moden.

PRINSIP

Sedangkan prinsip Islam itu sendiri, dimana hukuman yang dikenakan kepada pesalah walaupun tidak didunia tetapi di akhirat kelak tidak akan terlepas sama sekali. Untuk itu juga, PAS telah menawarkan kepada rakyat Malaysia yang cintakan negara bahawa sekiranya memerintah, maka ISA akan dihapuskan sama sekali. Rakyat yang bersalah akan di adili sebaiknya melalui proses undang-undang Islam yang terbukti adil. Kepada rakyat yang mencintai demokrasi, keadilan dan kebebasan, bersatulah pulihkan negara yang tercinta ini dari cengkaman dan serangan diktator dan pemimpin-pemimpin politik yang ganas, keji dan kapitalis itu.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

p/s : Setulus ingatan buat mangsa ISA & pimpinan yg ditahan baru-baru ini, saya bersama anda!