Perutusan Hari Raya

1 Komen

Salam perjuangan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah swt kerana masih beri kita kesempatan untuk bernafas dan diberi peluang untuk menyambut Idulfitri buat kesekian kalinya.

Ramadhan dan kemanisan dan barakah yang hadir bersamanya bakal berlalu pergi meninggalkan kita, manakal aidilfitri bakal kunjung tiba. Moga-moga tarbiyah dari universiti ramadhan kali ini dapat mentarbiyah diri kita,mendisiplinkan diri kita dan seterusnya memurnikan dan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini, InsyaAllah. Hasil dari tarbiyah ramadahan sewajarnya kita mempertingkatkan semangat jihad kita untuk melawan musuh yang datang dari segenap penjuru.

Ayuh pemuda-pemuda sekalian, bersama-sama memperkuatkan soff kita untuk melawan musuh-musuh yang nyata mahupun yang tersembunyi, kita bangkit menentang sebarang bentuk kuffar agar kita mendapat dua kemenangan iaitu kemenangan PRU 13 dan kemenangan dan ganjaran di akhirat nanti.
Dengan itu, kita seharusnya memperkukuhkan ukhwah sesama kita bersempena kedatangan aidilfitri yang bakal tiba. Aidilfitri di sambut bukanlah hanya sekadar pesta kuih dan makanan, tetapi sambutan Idulfitri adalah untukmeraikan kemenagan kita melawan hawa nafsu,melawan sebarang bentuk budaya dan pemikiran negatif yang masih berlegar dalam dirikita.

Sempena Idulfitri ini, marilah sama-sama kita saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain bagi meningkatkan ukhwah sesama kita, saling maaf memaafi diantara kita diatas kesilapan kerja, tutur kata dan sebagainya agar diri kita sentiasa bersih dari debu-debu dosa semasa kita.

Untuk mempertingkatkan lagi ketaqwaan kita pada Allah, mari sama-sama kita melakukan puasa sunat dibulan Syawal selama 6 hari, yang mana ianya menandakan diri kita menginginkan iman dan taqwa yang terus meningkat dan menjadikan diri hamba yang soleh.

Terima kasih juga kepada semua ahli jawatakuasa kerja Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dan seluruh ahli jawatanjuasa kerja Dewan Pemuda PAS kawasan-kawasan diatas segala komitmen yang ditunjukkan.

Diharap agar kita semua dapat meneruskan semangat yang ditimba dari universiti ramadhan dan menanam azam baru untuk terus bersama dan berganding bahu dalam mendaulatkan agama Allah yang tercinta.

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432.
Maaf Zahir dan Batin. Wassalam.

Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Sesi 2011/2013

Advertisement

SUMBANGAN PAKAIAN HARI RAYA

Tinggalkan komen

image

Salam perjuangan,

Alhamdulillah pagi ini telah selesai satu majlis sumbangan pakaian hari raya oleh kedai pakaian hari-hari kepada 400 org kanak-kanak dari 4 DUN yg terpilih. Program yg sebegini telah di buat pada tahun lepas. Inilah adalah contoh bagaimana syarikat korporat turut menyumbang kepada mereka yg memerlukannya. Saya menyeru kepada syarikat korporat yg lain supaya turut tampil mencontohi apa yg dilakukan oleh kedai pakaian hari2.  Jika anda tidak tahu ke mana sumbangan perlu disalurkan, saya berbesar hati menawarkan diri untuk menjadi org tengah.

Majlis hari ini disempurnakan oleh YB Dato Ahmad Yaacob Tim Menteri Besar Kelantan di perkarangan stadium.  Ianya turut dihadiri oleh YB Dato Anuar Tan Abdullah Exco Kerajaan Negeri. Sesungguhnya sumbangan yg bernilai Rm 100 bagi setiap individu adalah sesuatu yg cukup besar dan bermakna buat insan yg memerlukannya. Semoga Allah membuka taufik dan hidayah kepada pengerusi syarikat pakaian hari-hari utk terus menyumbang dan tidak lupa juga kepada korporat yg beragama Islam supaya ada keinginan utk menyampaikan sumbangan masing-masing.

SELAMAT HARI RAYA 1429H

1 Komen

Salam perjuangan,

Hari ini telah masuk hari ke 25 kita melalui detik ramadhan. Kita semua patut bermuhasabah sejauhmana penambahbaikan ramadhan kali ini berbanding ramadhan tahun lalu. Bagi saya pula, amat terasa ramadhan kali ini semakin kurang markahnya berbanding yang lalu. Harap-harap tidak sampai ke tahap gagal sudahlah.

Menjelang hari raya yang bakal tiba 5 hari lagi, saya mengambil kesempatan menyusun 10 jari tangan dan kaki memohon maaf seandainya saya ada melakukan kesalahan melalui penulisan,perbuatan dan juga perkataan. Kira 0-0. Pada tahun ini saya menyambut raya dalam dua keadaan suka dan duka. Sukanya kerana kereta baru ku Grand Livina 1.6(A) telah sampai pada 4 September 2008 yang lepas. Nampaknya beraya dengan kereta baru la saya tahun ini. Inilah nikmat dunia katakan. Dukanya pula ialah mertua mengalami keuzuran kerana sakit lutut dan pendarahan dalaman. Beliau baru sahaja keluar dari wad 3 U HUSM dan sekarang menetap di rumah. Jadi hari raya ini nampaknya tidak ceria sedikit. Apapun doa saya semoga mertua cepat sembuh dan dapat berjalan seperti biasa.

Di kesempatan ini, saya ingin menjemput kepada semua kenalan dan sahabat untuk berkunjung ke teratak saya di kampung dewan beta pada bila-bila masa hari lebaran.

Peringatan kepada mereka yang suka menulis cerita yang palsu, memburukkan orang lain, hasad dengki dll perbuatan negatif, saya menyeru supaya insaf dan bertaubatlah sebelum Allah menghisab kita di akhirat nanti. Penulis blog antihusam sepatutnya tidak berselindung sekiranya kita benar. Apapun anda harus berhati-hati kerana identiti anda telah diketahui. Masa untuk memilih jalan yang lurus masih ada.