Islam Untuk Semua

3 Komen

Salam Perjuangan,

Alhamdulillah, millenium baru ini telah memberikan peluang dan ruang yang semakin luas kepada Islam untuk menempatkan dirinya pada posisi yang betul dan cepat. Krisis ekonomi dunia yang telah memperakui kegagalan sistem ekonomi sekular. Islam perlu mengemukakan solution yang dikehendaki oleh dunia bagi menyelesaikan krisis yang semakin teruk. Perubahan trend pengundi juga di lihat sebagai satu peluang yang memerlukan tindakan yang tepat dan segera dari pimpinan dan jamaah. Bagaimana kita mampu untuk mengajak seramai 5 juta lagi pegundi yang layak tetapi malas untuk mendaftar dengan pelbagai alasan tersendiri. Barack Obama telah membuktikan tindakan beliau yang betul telah mengangkat beliau untuk menjadi Presiden Amerika yang baru. Apakah PAS kekurangan para strategis untuk menarik pengundi tersebut supaya pada pru ke 13 nanti mereka akan mengangkat PAS menjadi kelompok yang kuat dalam Pakatan Rakyat. PAS dan PR ibarat kawan yang sedang bersaing untuk menjadi pelajar terbaik dalam kelas. Jika PAS leka maka orang lain sentiasa akan menjadi pelajar terbaik.
Satu lagi fenomena yang menuntut PAS membuat persediaan yang sempurna iaitu mengambil keuntungan dari perpecahan dalaman UMNO yang agak parah. Mereka umpama sebuah kapal yang sedang menunggu ombak besar memecahkan kapal. Di sinilah kebijaksanaan PAS diperlukan melalui beberapa pilihan iaitu menyelamatkan mereka terlebih dahulu sebelum karam atau menyelamatkan mereka setelah kapal pecah. Mungkin juga PAS akan membiarkan mereka tenggelam dengan kapal mereka. Di sinilah kecekapan pimpinan membuat keputusan yang segera dan tepat diperlukan kerana saya kira PAS akan rugi jika membiarkan kapal penyelamat lain sahaja menyelamatkan anak kapal tersebut.
Kehadiran dan kepimpinan utama PAS di dalam menyelesaikan semua isu nasional amatlah dinantikan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama,kaum dan bangsa. Islam telah diturunkan untuk memberikan rahmat kepada semua makhluk dan alam. Saya masih ingat keputusan cepat dan tepat Allahyarham Ust Fadzil Noor pergi kerumah DSAI sewaktu beliau dipecat dari UMNO telah di sambut dengan laungan takbir sekaligus memperlihatkan keterbukaan Islam untuk memberikan rahmat kepada semua pihak. Begitu juga isu tahanan India yang mati dalam lokap polis yang dilihat amat bertentangan dengan prinsip keadilan Islam seharusnya mendapat pembelaan yang segera dari PAS. Saya fikir ianya akan menguntungkan PAS jika kita bijak menangani isu ini dengan cermat. Kelewatan kita untuk memenuhi tuntutan perubahan landskap politik tanahair akan menyebabkan PAS akan semakin terpinggir dan tidak relevan. Oleh itu, pemimpin utama kita harus cekap dan cepat serta sensitif dengan kehendak massa malah kebersamaan merasai denyut nadi rakyat haruslah dilihat dan dirasai oleh masyarakat. Jika tidak, PAS hanya akan bisa menjadi jaguh kampung sahaja.
Sebenarnya PAS mempunyai semua kekuatan yang diperlukan tetapi sejauhmana ianya digunakan atau dimanipulasikan oleh pimpinan untuk menjadikan semua isu yang dihadapi sebagai kekuatan kepada PAS. Akhir kata Selamat Berjuang. Allahu Akbar !!!

DUNIA SANA SINI

1 Komen

dsc00258

Salam perjuangan

Tahniah kepada Senator Barack Obama yang telah berjaya menewaskan lawannya Mccain dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pada hari ini. Semoga dengan kemenangan yang bersejarah ini di mana Obama di lihat orang yang pertama dari kulit hitam yang berjaya menguasai rumah putih. Saya berharap sejarah ini akan kekal lebih lama dari jangkaan orang ramai apabila menyaksikan kemenangan Obama.

Di saat dunia menyaksikan detik bersejarah ini, di Malaysia berlaku satu insiden yang mengecewakan ahli dewan rakyat di mana Datuk Seri Najib sebagai TPM, menteri Kewangan dan juga bakal Perdana Menteri ke 6 telah membentangkan satu belanjawan tambahan bernilai 7b sebagai satu ransangan kepada ekonomi Malaysia di luar dari kebiasaan sidang parlimen. Perbuatan yang di lihat tidak berperaturan dibimbangi akan menjadi budaya baru apabila beliau dinobatkan menjadi PM secara rasmi selepas ini.

Selamat Menunaikan Haji dan Hari Raya Korban 1429H

Tinggalkan komen

Salam perjuangan,

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada rakyat Malaysia amnya dan Kelantan khasnya yang telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini.  Semoga anda semua selamat berlepas dan selamat kembali dengan jayanya.  Gunalah kesemua peluang dan ruang semasa berada di bumi bertuah ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Buat sahabat terdekat yang akan menunaikan Haji pada musim ini, saya kira ucapan dalam blog ini bolehlah dianggap sebagai pengganti diri selain dari telefon.  Kepada kekanda YB Salehuddin yang akan bertolak ke Mekah menggunakan kourta MB Perak diucapkan Selamat Menunaikan Rukun Islam yang ke lima.

Untuk Makluman sahabat semua, saya dan isteri telah meletakkan target untuk menunaikan Haji sebelum atau pada usia 40 tahun. Ini bermakna saya mempunyai tempoh selama tiga untuk untuk memperlengkapkan diri secukupnya bagi membolehkan target itu tercapai. Buat sahabat yang akan ke Mekah diharapkan sudi memasukkan nama saya dan isteri di dalam doakan kalian agar dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki supaya target ini menjadi kenyataan.

Pada kebiasaannya setiap kali memasuki bulan zulhijjah maka di antara peristiwa yang sering meniti di bibir penceramah ialah peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail serta Isteri Baginda Siti Hajar.  Banyak pengajaran dari peristiwa tersebut yang boleh nmenjadi iktibar kepada kita umat Islam di Malaysia. Korban yang kita lakukan setiap kali menyambut Hari Raya Haji ialah mengambil sempena pengorbanan kedua beranak yang patuh kepada arahan Allah SWT sepenuh jiwa raga.  Bagaimana kita umat Islam dapat mencontohi akhlak baginda Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail apabila bertemu suruhan Allah dan kepentingan diri….

Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji dan semoga mendapat Haji yang mabrur.  Kepada Rakyat Malaysia yang tidak ke Mekah diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban dan semoga korban kita di terima Allah SWT.

MUKTAMAR PEMUDA PAS PUSAT

1 Komen

Salam perjuangan,

Saya berpuashati dengan majlis perasmian semalam yang telah mempamerkan pembabitan semua kaum bermula tarian singa diikuti oleh paluan kompang india dan diakhiri dengan selawat dan paluan kompang melayu. Manakala ucapan dasar Ketua Pemuda yang menampilkan tema yang menarik iaitu “Pertahan Kemenangan”. Banyak gagasan baru yang digariskan oleh Ketua Pemuda untuk dicapai oleh pemuda di seluruh negara. Ucapan Perasmian oleh Timbalan Presiden PAS Pusat pula dilihat sebagai ucapan membela diri dan mempertahankan apa yang dilakukan oleh pimpinan PAS Pusat mengenai isu muzakarah dan muqabalah.

Hari ini hari kedua muktamar DPPP, perbahasan kepada ucapan tema, buku laporan dan juga kewangan dimulakan dengan perwakilan tuan rumah sebagai pembuka bicara. Muktamar kali ini di jangka akan tamat menjelang maghrib kerana akan memberikan laluan kepada panitia muktamar PAS Pusat membuat persiapan untuk majlis perasmian pagi esok. Selepas ucapan penangguhan saya akan menyambung semula update blog ini….

Perbahasan di waktu petang agak menarik perhatian perwakilan. Perbahasan usul yang menarikdi kalangan perwakilan yang mempamerkan pelbagai aksi dan persiapan yang baik. 3 usul yang dibentangkan diterima manakala usul dari negeri Terengganu dan di sokong oleh negeri Pulau Pinang di tolak. Penggulungan oleh YB Ketua Pemuda PAS Pusat patut di puji. Dengan menggulung 2 isu penting iaitu Muzakarah dan Pakatan Rakyat. Saya rasa penjelasan yang diberikan sepatutnya telah menyelesaikan segala kekusutan yang timbul di kalangan perwakilan dan juga tidak berbangkit lagi isu muzakarah dan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat..Ulasan lanjut sila rujuk harakahdaily.net.

Esoknya saya akan terus berada di Ipoh sebagai perwakilan PAS Kawasan Kubang Kerian. Esok adalah masuk hari yang ketiga saya meninggalkan keluarga di Kelantan…rindu pula rasanya bila berjauhan…

GAMBAR2 PERMATANG PAUH

Sila rujuk laman rasmi Pemuda Kbg Kerian http://dp2k3.blogspot.com/

SELAMAT BERMUKTAMAR

1 Komen


Salam perjuangan,

Esok 13 Ogos akan bermulalah muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Stadium Indra Mulia, Ipoh. Muktamar yang bermula dengan majllis perasmian di waktu malam dan muktamar penuh akan bermula hari keesokannya. Saya juga akan bergerak menuju ke Ipoh seawal pagi esok sebagai perwakilan pemuda negeri Kelantan dan kemudiannya akan menjadi perwakilan PAS Kawasan Kubang Kerian ke muktamar PAS Pusat yang bermula 15 -17 ogos. Negeri Perak yang baru sahaja di ambil alih oleh Pakatan Rakyat telah di pilih untuk dijadikan tempat persidangan muktamar. Pemilihan tempat adalah unik kerana negeri yang majoriti bukan Islam tetapi yang menjadi Menteri Besarnya ialah di kalangan pemimpin Islam. Ini merupakan test market yang cuba dilakukan oleh PAS untuk melihat sejauh mana sokongan orang bukan Islam terhadap perjuangan Islam. Sama-samalah kita lihat nanti..

Muktamar adalah merupakan tempat perhimpunan para amilin seluruh negara untuk bermuhasabah tentang perkembangan gerakan Islam adakah mereka akan berpuashati dengan segala pencapaian yang dicapai selama setahun yang lalu dan mereka juga akan merangka perancangan untuk setahun yang akan datang.

Saya mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada semua perwakilan Pemuda, Muslimat, Ulama dan PAS Pusat. Kepada perwakilan dan pemerhati diharapkan berhati-hati di jalan raya dan jagalah keselamatan diri untuk meneruskan perjuangan yang tiada penghujung ini.

Yang benar

Sahabat mu Akhi Mohamad Nuri

RELEVANKAH UMNO DI USIA 62 TAHUN ?

2 Komen

Salam perjuangan

Hari ini genap sambutan Ulangtahun penubuhan UMNO ke 62. UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Datuk Onn Jaafar. Setelah sekian lama UMNO ditubuhkan dan kini telah memasuki 50 tahun UMNO menerajui parti BN yang memerintah Malaysia, bolehkah kita mengatakan UMNO masih relevan di kalangan orang Melayu ? Seandainya Allahyarham Datuk Onn Jaafar kembali dihidupkan oleh Allah SWT, agak-agaknya adakah beliau akan berpuashati dengan kejayaan yang dicapai oleh UMNO ? Adakah UMNO masih kekal di atas landasan perjuangannya untuk mengangkat martabat orang Melayu atau hanya mengangkat martabat kroni tertentu sahaja ?

Setelah keputusan PRU ke 12 diketahui sepatutnya UMNO sudah boleh bermuahasabah sejauhmana penerimaan orang Melayu terhadap parti mereka. Namun saya melihat tindakan dan kenyataan yang terkini menunjukkan bahawa UMNO tidak insaf dan ikhlas membantu orang Melayu. Hujah saya mudah dan masih konsisten seperti yang telah saya tegaskan di dalam tulisan saya yang lepas. Jika sebenarnya UMNO perjuangkan nasib orang Melayu maka sepatutnya :-

1) UMNO tidak mendiskriminasikan negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu hanya kerana mereka memilih Pakatan Rakyat menjadi pemimpin mereka. Apa yang menyedihkan ialah pembaziran wang rakyat dilakukan untuk kepentingan survival UMNO bukannya kepentingan orang Melayu.

2) UMNO sepatutnya mengembalikan royalti minyak kepada rakyat Negeri Terengganu kerana ianya telah termaktub dalam perlembagaan dan merupakan perjanjian di antara petronas dan Kerajaan Negeri Terengganu. Walaupun Terengganu adalah negeri majoriti orang Melayu dan penduduk miskin.

3) Menggembalikan semula bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk subjek Matematik Sains di kalangan orang Melayu.

4) Mendaulatkan Agama Islam bukan sahaja sebagai agama rasmi tetapi sebagai dasar pemerintahan negara. Mencegah dengan serius gejala murtad yang berleluasa di dalam negara Malaysia.

Paklah telah mengisytiharkan bahawa UMNO masih relevan bagi perjuangan orang melayu walaupun mengalami kekalahan yang teruk di dalam PRU 12 baru-baru ini. Jika ayat inilah yang diwar-warkan maka saya kira UMNO tidak akan ke mana-mana malah tetap dengan status quo mereka sendiri. Apa nak dikatakan lagi jika pemimpin mereka tidak boleh menerima hakikat atau amaran yang telah diberikan oleh rakyat kepada UMNO. Saya kira jalan yang terbaik untuk menyedarkan UMNO ialah dengan menukar teraju kerajaan Malaysia dari Melayu UMNO kepada Melayu PAS dan PR dalam PRU ke 13 nanti.

p/s : UMNO mungkin relevan tetapi pemimpinnya kurang relevan….

KETUANAN MELAYU YANG BERSYARAT

2 Komen

Salam Perjuangan,

Isu ketuanan Melayu tiba-tiba muncul kembali iaitu setelah UMNO kehilangan banyak kerusi di Parlimen. Dulu pada tahun 1999 isu ketuanan Melayu juga ditimbulkan untuk menyelamatkan masa depan politik UMNO. Bagi saya isu ketuanan Melayu sudah tidak relevan dalam dunia yang global dan glokal sekarang ini. Kalau nak dikira peratus penduduk Melayu dan dinisbahkan kepada kaum bukan melayu, saya kira telah mempunyai peratus yang hampir sama iaitu 50 % : 50 %. Disetengah-setengah tempat kedudukan orang melayu ada yang telah menurun peratusnya contoh di johor negeri yang merupakan tempat UMNO dilahirkan sendiri % orang melayu semakin kecil berbanding kaum bukan melayu. Di Pulau Pinang sendiri negeri tempat kelahiran Paklah pun mengalami nasib yang sama di mana orang melayu tidak sampaipun 50 %. Jesteru itu, berbincang soal ketuanan melayu semata-mata bagi saya seperti kita undur ke belakang. Saya bukannya anti melayu tetapi saya lebih suka kita berbincang isu ketuanan Islam. Bagi saya Islam lebih bersifat terbuka berbanding melayu.

Kalau kita menyorot seerah perjuangan Rasulullah SAW sendiri pun kita melihat baginda tidak membesarkan isu kaum tambah pula dalam keadaan masyarakat yang paling majmuk atas dunia. Islam mempunyai kekuatan tersendiri apabila dapat menyatukan semua kaum di atas nama Islam. Semua orang dari semua kaum akan mendapat penghargaan di atas dasar siapa yang paling kuat Islamnya. Golongan kaya atau miskin, bangsawan atau rakyat biasa semuanya berpeluang untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah melalui kemampuan dan cara masing-masing. Di sinilah letaknya keadilan Islam yang di bawa oleh Baginda SAW.

Penolakan PAS terhadap ajakan UMNO untuk membincangkan isu ketuanan melayu yang dianggap membuang masa adalah satu tindakan yang kena pada masanya. Kita sendiri boleh melihat dengan jelas cara UMNO mempolitikkan isu ketuanan Melayu dari dulu, kini dan selamanya. Ketika UMNO berada di puncak kuasa dengan majoriti lebih 2/3 UMNO masih menafikan kuasa rakyat memilih kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu dengan mengenepikan hak-hak sebuah kerajaan. Ketika ini pun dalam keadaan UMNO sedang nazak sekalipun, UMNO telah menafikan kerajaan pakatan rakyat yang dipilih oleh rakyat dengan cara membazirkan wang rakyat untuk membiayai penubuhan “kerajaan kedua” di setiap negeri PR.

Kalaupun PAS hendak menerima pelawaan UMNO dalam isu ketuanan Melayu Islam saya kira hendaklah diberikan beberapa syarat yang cukup ketat iaitu

1) Iktiraf semua kerajaan Pakatan Rakyat dengan memansuhkan penubuhan “kerajaan kedua” di setiap negeri yang diperintah oleh PR.

2) Kewangan bagi segala projek pembangunan hendaklah disalurkan kepada akaun kerajaan negeri sebagaimana biasa.

3) Memberikan kebebasan media yang samarata kepada semua pemimpin kerajaan negeri

4) Mewujudkan hubungan dua hala yang baik di antara kerajaan negeri PR dan Persekutuan.

Saya kira cukuplah beberapa syarat di atas bagi melihat keihklasan UMNO untuk membincangkan isu ketuanan melayu supaya PAS tidak akan menjadi seperti melepaskan anjing tersepit.

p/s : Menunggu masa Islam didaulatkan