LAWATAN KE BOH PLANTATION SUNGAI PALAS CAMERON HIGHLAND

3 Komen

Salam perjuangan…
Kesempatan mengikuti program PASTI Malaysia di cameron highland digunakan utk mengisi program bersama keluarga. Alhamdulillah dgn suasana yg menarik dan sejuk menyegarkan pandangan mata dan menenangkan fikiran.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Advertisements

ROADTOUR DPPP KE KELANTAN

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…..
Hari ini dewan pemuda pas pusat mengadakan kunjungan ke negeri Kelantan utk melihat persiapan gerak kerja dppnk mempertahankan Kelantan.

image

image

image

image

MEMAHAMI BUDAYA POLITIK KELANTAN

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…

Memandangkan Kelantan telah di perintah oleh PAS selama 22 tahun bermula 1990 hingga 2012 dan pernah memerintah 18 tahun sebelum ini iaitu bermula 1960 hingga 1978.  Jika di campur dalam dua zaman pemerintahan PAS di Kelantan maka ianya berjumlah 40 tahun.  Satu tempoh yang agak panjang dan penuh dengan pengalaman serta karenah rakyat terhadap Kerajaan dan Parti yang memerintah.  Tempoh pemerintahan sesuatu parti bagi sesebuah kerajaan menunjukkan tahap penerimaan rakyat kepada parti yang menguasai kerajaan pada sesuatu masa.  Sepanjang tempoh pemerintahan PAS pelbagai ragam rakyat ditemui sehingga rakyat Kelantan diisytiharkan sebagai guru politik kepada rakyat seluruh Malaysia dan Kelantan sendiri dinobatkan sebagai Universiti Terbuka di Malaysia. Pasang surut kerusi Pakatan Rakyat di Kelantan di sepanjang tempoh 22 tahun PAS memerintah sepatutnya menjadi pengajaran yang amat berguna kepada semua pemimpin PAS dalam menentukan strategi bagi memastikan PAS terus di terima oleh rakyat sepanjang zaman. Sesungguhnya orang muslim tidak patut di patuk oleh ular pada tempat yang sama sekali lagi.

PRU 13 memerlukan pendekatan baru dan strategi baru untuk menguasai politik baru di Malaysia. Rakyat Malaysia khasnya golongan muda dan pertengahan mempunyai akses yang tinggi kepada maklumat media baru bagi mengikuti perkembangan dan pendekatan yang di ambil oleh semua parti dalam menghadapi PRU 13 nanti.  Rakyat sekarang sudah cerdik dan boleh menilai sendiri sejauh mana keikhlasan dan kesungguhan pemimpin mereka untuk memikul amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan mereka.  Jika silap strategi yang di atur maka Parti akan mengalami natijah yang tidak baik kelak.  Antara pendekatan baru yang perlu di ambil kira oleh Tok Guru Nik Aziz (TGNA) semasa menurunkan calon-calon PAS dalam pru 13 nanti ialah calon yang dipersetujui oleh akar umbi di dun dan parlimen. Terimalah kajian dan kehendak rakyat sepenuhnya. Jangan ulangi kesilapan 2004 di mana PAS menolak kajian yang di buat oleh pelbagai pihak tentang prestasi PAS di waktu itu dan meletakkan calon yang tidak sesuai dengan kehendak rakyat. Bagi YB yang sedia ada yang uzur dan tidak perform maka inilah masa yang terbaik untuk berkorban dan berundur secara terhormat dan beri laluan kepada muka baru demi kelangsungan PAS untuk memerintah Kelantan.  Bagi saya PAS perlu meletakkan 40% muka baru di seluruh Kelantan bagi memastikan kelangsungan pemerintahan PAS di Kelantan jika tidak maka tunggulah kemarahan rakyat sekaligus menghukum PAS yang syok sendiri.  Keberanian inilah yang perlu ada kepada TGNA untuk membariskan calon yang diterima oleh rakyat nanti.  Pengorbanan semua pemimpin dan wakil rakyat PAS adalah cukup penting. Tidak ada gunanya kita bertanding dan tidak boleh membantu PAS untuk terus memerintah Kelantan.  Ingatlah kedegilan kita untuk merasai kehendak rakyat akan merugikan semua pihak. Yang menang akan jadi arang dan yang kalah akan jadi abu.  Akhirnya kebimbangan saya ialah di saat negeri lain menaiki gerobak keretapi menuju putrajaya tetapi Kelantan telah terputus gerobaknya dan ketinggalan dari gerobak lain ke putrajaya.  Marilah semua pimpinan PAS meletakkan kepentingan Parti dan Rakyat didahulukan sesuai dengan motto perjuangan NEGARA BERKEBAJIKAN

SIAPA AKAN PEDULI ???

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….

Perkembangan muttakhir ini di dalam PAS membimbangkan saya yang kerdil ini apabila melihat luahan, rintihan atau bantahan orang bawah seolah tidak bermakna kepada pimpinan tertinggi PAS.  Kekalutan dari keputusan jawatankuasa disiplin PAS yang dipengerusikan oleh seorang Ulama juga tidak berkesudahan hujung pangkalnya dan menimbulkan pentafsiran yang pelbagai dari perspektif masing-masing. 

Seorang pimpinan tidak mungkin akan menjadi seorang pemimpin jika tidak dipersetujui oleh ahli bawahan.  Semasa menawarkan diri untuk menjadi pemimpin maka ahli bawahan akan menjadi raja. Semua kehendak dan cadangan mungkin akan diikuti sepenuhnya namun malangnya apabila sudah menjadi pemimpin maka setengah pemimpin akan berkata apa yang orang bawah tahu mengenai sesuatu isu maka segala pandangan dan cadangan orang bawah kekadangnya akan dimasukkan ke bawah karpet. Apa yang menyedihkan lagi jika mahu berurusan pun tidak sempat kerana alasan kesibukan memikul amanah yang di galas.  Haruslah diingat rakyat atau ahli lah yang mengangkat kita menjadi pemimpin. Jesteru kesilapan dan tingkah laku pemimpin mungkin menyebabkan PAS akan di tolak oleh rakyat suatu hari nanti jika pemimpin merasai diri mereka sudah hebat dan tidak perlukan pandangan kedua dari orang bawahan atau ahli kita sendiri…

Apalah salahnya jika mendengar luahan dan cadangan dari orang bawahan dan mengakui kesilapan kita sepertimana Tok Guru Nik Aziz sendiri telah mengakui kesilapan beliau di dalam beberapa isu yang melibatkan kepentingan kerajaan dan rakyat Negeri Kelantan dan bersedia untuk membetulkannya semula apabila mendapat bantahan dan pandangan dari orang bawahan.

Saya menulis ialah dari penelitian saya terhadap perkembangan yang berlaku di dalam PAS yang kita semua sayang.  Sebagai seorang ahli yang ingin melihat PAS menerajui Putrajaya dan sekaligus menegakkan kalimah Allah di Malaysia tercinta sudah tentu tidak salah jika saya menulis berdasarkan penelitian saya.  Semoga saya dan semua pimpinan akan diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk menghadapi semua ujian dalam meneruskan perjuangan ini.

ROYALTI TETAP MILIK KERAJAAN NEGERI

2 Komen

Salam perjuangan…

Alhamdulillah saya berkesempatan berada di perhimpunan raksaksa rakyat Kelantan mendengar penjelasan Isu Royalti oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah.  Kehadiran rakyat dari segenap pelusuk tanahair Kelantan serendah sekebun bunga telah memenuhi setiap parking yang ada di sepanjang jalan.  Saya sendiri terpaksa meminta tolong Unit Amal untuk memasuki parking khas yang disediakan kepada VIP.

Apa yang menarik perhatian saya ialah keberanian Kuli untuk memberikan penjelasan sebenar walaupun berbeza pendirian dengan parti pemerintah. Walaupun di larang untuk hadir Kuli dengan selamba menjawab peduli apa. Penerangan Kuli yang cukup mudah, jelas dan difahami oleh semua yang hadir dan kemudiannya dirumuskan oleh moderator Dr Abu Hassan Hasbullah pensyarah UM bahawa Kelantan wajib memperolehi Royalti dan bukannya wang ehsan.  Duit Royalti hendaklah digunakan untuk memajukan negeri Kelantan setanding dengan negeri lain di pantai barat Malaysia.  Perjanjian wajib dipatuhi walaupun sesiapa yang memerintah sesebuah negeri kerana ianya di buat oleh Petronas dengan Kerajaan Negeri bukannya dengan parti yang berkuasa.

Akhirnya Kuli menamatkan ucapan dengan menegaskan bahawa rakyat Kelantan walaupun miskin tetapi tidak lah sampai menjadi peminta sedekah. Saya anggap isu tuntutan royalti ini telah selesai dengan penjelasan Kuli malam tadi.  Sekarang ini terpulang kepada Petronas dan juga Persekutuan untuk membayar royalti atau ehsan.  Jika Malaysia tidak mampu berpegang kepada janji dan menghormati undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen maka jangan diharap negara lain juga akan menghormati kita…

PELIKNYA ENJIN JET BOLEH HILANG

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…

Kes kehilangan enjin jet pejuang TUDM ini mengingatkan saya kembali kepada kes kehilangan senjata milik ATM di dalam kem sendiri apabila isu maunah timbul dan berakhir dengan penangkapan beberapa orang suspek utama kejadian tersebut.  Nampaknya seperti kelakar tetapi itulah hakikat tahap keselamatan yang ditunjukkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Kehilangan enjin jet tersebut yang berharga RM 50 juta nampaknya tidak dipandang serius oleh pemimpin negara.  Apa tidaknya kehilangan duit berbillion ringgit dalam kes PKFZ pun tidak ada penyelesaian walaupun suspek telah di tangkap dan akan di dakwa.  Apalah nilainya harta negara yang berjumlah 50 juta bagi UMNO ??? Royalti minyak yang bernilai rm 2 billion milik kerajaan dan rakyat kelantan pun dinafikan dan diperbodohkan dengan pelbagai alasan. Apakah tidak ada kemungkinan rakyat akan diperbodohkan sekali lagi dengan pelbagai alasan untuk menutup penyiasatan dan mulut rakyat dari mengetahui kemana perginya enjin milik TUDM yang bernilai 50 juta jah ????

Walaupun hari ini PM menafikan usaha menutup kes tersebut tetapi bolehkah anda semua percaya ????

<!–

By: Ramjit

–>

PUTRAJAYA, 21 Dis (Bernama) — Kerajaan tidak berhasrat menutup kes kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharga RM50 juta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia di Putrajaya Isnin.

CUBAAN PR UNTUK TOLAK BAJET NAJIB GAGAL

Tinggalkan komen

Parlimen 16 Dis : Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri pada 23 Oktober lalu disabotaj MPnya sendiri apabila undi belah bahagian yang dijalankan pada malam hari Selasa hanya sekadar menang dengan satu undi sahaja sedangkan majoriti mudah BN di Dewan Rakyat sepatutnya lebih 20 undi.

Siapa sabotaj siapa? Diketuai Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, Ong Ka Chuan, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri BN memandang mudah perjalanan Dewan Rakyat. Mereka ini hanya hadir ke dewan sewaktu pembentangan sahaja. (Kerana hanya beberapa orang Menteri dan timbalan menteri yang kelihatan)

Di mana Si Khairy waktu itu. Mungkin beliau ada alasannya tersendiri merayakan kejayaan bolasepak di Laos.

Begitu juga di sebelah pembangkang, Kenapa Ketua Whip PKR iaitu MP Gombak (buat kerja apa), MP Bandar Tun Razak (MB Selangor), Lembah Pantai (Luar Negara), Hulu Selangor (masalah kesihatan), Bayan Baru ? dan Kapar.

Pihak PAS pula yang tidak hadir Pokok Sena (Luar Negara), Kuala Krai (bergegas balik kawasan), Baling (kuliah maghrib), Hulu Langat (program kawasan), Parit Buntar (program kawasan)

Manakala DAP pula: Bukit Gelugor, Puchong (digantung setahun), Bagan (Ketua Menteri), Seputeh (Exco Selangor) dan lain-lain,

Masing-masing ada alasan yang kesemuanya menyesal. Peluang terbuka luas untuk Pakatan Rakyat, tetapi tidak diambil kesempatan. Peristiwa sebegini tidak akan berlaku lagi pada masa depan kerana mulai semalam timbalan menteri telah diarahkan oleh PM supaya sentiasa berada di Dewan Rakyat.

Nota: (dalam kurungan) – alasan semata-mata.

Berita terdahulu:
Kira-kira pukul 11 malam tadi di Dewan Rakyat, Barisan Nasional (BN) melalui saat paling mencemaskan apabila jumlah undi diperoleh untuk meluluskan Bajet 2010 terlalu tipis.

Ia berikutan kehadiran Ahli Parlimen BN yang mengecewakan sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa bergegas ke Parlimen untuk turut serta mengundi.

Ada yang menyifatkan saat tersebut sebagai cabaran paling getir bagi BN kerana implikasinya terlalu besar jika bajet itu gagal diluluskan.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berdasarkan konvensyen bagi sebuah negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak diluluskan malam tadi, kerajaan BN terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan.

“Ini juga bermakna kerajaan tidak akan mendapat perbelanjaan yang dibentangkan baru-baru ini kerana Dewan Rakyat tidak meluluskannya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Parlimen hari ini.

Dalam sesi pengundian belah bahagian itu, BN berjaya mengatasi pembangkang sebanyak tiga undi (66-63) – membolehkan Bajet 2010 akhirnya diluluskan. – petikan dari blog jiwa kelate

Older Entries