MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN KUBANG KERIAN KE 38

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…..
Mesyuarat agung pada hari ini dirasmikan oleh YB Salahuddin Ayub MP Kbg Kerian juga naib presiden pas pusat.  Pas Kubang Kerian telah berjaya melahirkan tokoh2 pemimpin yg berwibawa spt Mohamad Sabu, Dato Husam dan Salahuddin sendiri. Pemimpin akan datang dan pergi kerana itu adalah sunnatullah. Namun kita yang ada ini hendaklah meneruskan perjuangan yg diamanahkan kepada kita.

Kesediaan YB Salahudin menerima keputusan pimpinan utk beliau mengetuai jentera PAS bagi menumbangkan gergasi umno BN di Johor dlm PRU 13 menunjukkan keikhlasan beliau sebagai pemimpin dan sikap berlapang dada di atas keputusan jamaah.

image

image

image

SALAM TAKZIAH BUAT KERABAT DI RAJA JOHOR

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…

Patik ingin merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor kepada semua kerabat Diraja Johor. Semoga Roh baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah SWT di tempat yang baik di akhirat nanti. 

Apa pengajaran yang boleh kita perolehi dari kemangkatan Almarhum baginda ialah semua pihak wajib bersedia untuk menghadapi saat kematian yang bakal tiba.  Kematian tidak mengenal darjat dan kedudukan, bila sampai ajalnya maka saat kematian itu tidak akan diawalkan sesaat ataupun dilewatkan sesaat.  Persiapan menghadapi mati ini adalah bukti keimanan kita kepada Allah SWT.  Apabila mati anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah,ilmu yang bermanafaat dan akhirnya anak yang soleh.  Bagaimana persiapan kita untuk mewujudkan talian hayat selepas kematian kita nanti ?