KHAIRI TEWAS PUSINGAN PERTAMA

3 Komen

Salam perjuangan

Satu fenomena yang sangat menarik yang ditunjukkan oleh pemuda bahagian UMNO Seluruh Malaysia apabila KJ di lihat tewas kepada Mukhriz Mahathir. Apakah fenomena ini akan berterusan ? Atau KJ akan diberikan tongkat oleh bakal Presiden UMNO nanti. Mungkin juga KJ terpaksa mencari jalan yang sukar untuk mencabar kemaraan anak mantan Presiden.

Saya percaya KJ akan sanggup melakukan apa saja untuk memastikan kedudukan di nombor satu dalam pemuda UMNO. Kalau tidak saya jangkakan karier politiknya akan semakin suram setelah mertuanya mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi nombor satu dalam UMNO.

Semua jawapan terhadap persoalan ini akan dapat diketahui selepas pemilihan UMNO pada bulan Mac nanti. Sama-samalah kita tunggu. Ramalan awal mungkin sudah boleh di buat…. Betulkan….

AKHIRNYA PAK LAH MENGALAH

1 Komen

Salam perjuangan…

Saya ingin mengucapkan takziah di atas keputusan yang diambil oleh Pak Lah.  Dalam masa yang sama juga saya berharap kepada PR akan dapat merapatkan saff demi membulatkan tekad untuk menumbangkan kerajaan UMNO BN yang zalim ini.  Saya kira dengan pengumuman Pak Lah untuk tidak mempertahankan kerusi Presiden akan melenyapkan angan-angan individu tertentu untuk meletakkan harapan yang tinggi kepada Paklah untuk melaksanakan Islam.  Sekaligus akan memperkuatkan semula perjuangan yang telah diasaskan oleh Pemimpin terdahulu untuk menjadikan PAS sebagai parti alternatif kepada kerusi Melayu Islam di dalam Parlimen yang selama ini di monopoli oleh UMNO.

Perletakkan jawatan Paklah juga mungkin akan menjadikan menambahkan perasaan belas kasihan pemuda kepada khairi untuk memberikan beliau peluang meneruskan perjuangan mertuanya di dalam UMNO.  Ataupun mungkin sudah ada pakatan di antara Paklah,Najib, Hishamudiin dan kahiri yang kita semua tidak duga di sebalik fenomena ini…

Apapun perubahan yang berlaku di dalam pucuk pimpinan UMNO tidak akan mengurangkan sedikit pun doa dan perjuangan kita untuk mengalahkan UMNO BN dalam medan pertempuran PRU akan datang.  Mungkin ianya akan menguntungkan PAS kerana Najib di lihat pemimpin yang tidak bersih berbanding sewaktu Paklah mengambil alih kepemimpinan UMNO dulu.  Menurut pandangan salah seorang sahabat….Kita juga boleh melihat keadaan pasaran saham adakah terus turun dengan pengumuman ini, jika turun maka itu tandanya kepimpinan Najib tidak di terima.