MAJLIS RUMAH TERBUKA MAHASISWA KELANTAN

Tinggalkan komen

Salam perjuangan..
Pagi ini berkesempatan menghadiri rumah terbuka idulfitri mahasiswa Kelantan di Balai Islam Lundang. Alhamdulillah kehadiran amat menggalakkan menunjukkan program tahunan msk ini mendapat sambutan yang berterusan dari mahasiswa. Majlis diserikan dengan taujihat dan amanat dari YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan. Pimpinan lain yg turut bersama yb dato fatah mahmood dan yb ust abdul latiff abd rahman kp pas kelantan..

image

image

image

image

image

image

PTPTN: Kerajaan hanya perlu RM2 bilion setahun

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….
Hari ini saya dihubungi oleh mahasiswa kelantan yg menyatakan keinginan mereka utk turut serta dalam demonstrasi mansuhkan PTPTN. Rakyat sekian lama diberitahu bebanan kerajaan utk menyediakan pendidikan percuma kpd rakyat sejak 50 tahun yg lalu. Namun hakikatnya apabila pakatan rakyat menjadikan tawaran pendidikan percuma di dalam buku jingga mereka maka rakyat telah dapat merasai buat pertama kali yuran sekolah percuma utk 2012. Tidak pula kedengaran negara akan muflis dan menjadi beban kepada kerajaan malah BN dengan bangganya mengumumkan bantuan 100, bantuan BR1M kepada rakyat sebagai bukti BN berkebajikan.
Sekali lagi isu pendidikan percuma di kalangan IPTA menjadi persoalan utama. Tawaran pakatan rakyat dengan menggunakan angka dan fakta menunjukkan bahawa kerajaan mampu menanggung kos pendidikan percuma jika sekiranya  kerajaan tidak amalkan rasuah, boros dan tiris dlm amalan kewangan mereka. Namun perdana menteri dan kuncunya bermatian mengatakan bahawa kerajaan Malaysia akan bankrap dan muflis jika terpaksa menanggung semua subsidi pendidikan. Esok 414 mahasiwa akan berada dalam demonstrasi aman di dataran merdeka bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa mahasiswa berhak mendapatkan hak meeeka setelah diperbodohkan oleh pemimpin UMNO BN sekian lama. Ayuh rakyat marilah kita menyokong perjuangan mahasiswa. Tumbangkan regim BN yg zalim korup dan boros dalam pru 13 nanti. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9533-ptptn-kerajaan-hanya-perlu-rm2-bilion-setahun-?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter

Keganasan Polis Buka Tirai 2012

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…
Dalam saat dan ketika semua rakyat ingin menyambut kedatangan tahun baru 2012 dan bermuhasabah pemergian tahun yg penuh sejarah tersendiri. Rakyat Malaysia dikejutkan dengan keganasan polis menyuraikan sekumpulan Mahasiswa yg berdemo di jalanraya berhadapan UPSI. Mereka ingin menyampaikan hasrat dan pandangan mereka berkenaan dgn hak mahasiswa. Seorang mahasiswa cedera parah dan 17 org lagi di tahan d balai polis. Keganasan polis telah mencatat satu tinta hitam apabila dilakukan seawal minit2 tahun baru di sambut oleh semua rakyat Malaysia. Sedangkan sebelum ini sekumpulan pemberontak sebenar dari pemuda umno dan perkasa telah berdemo di depan upsi dgn kebenaran dan kawalan keselamatan pihak polis sehingga selesai. Dalam kes yg sama apabila dianjurkan oleh mahasiswa mengapa polis yg sama mengambil tindakan yg ganas ???
Di saat tulisan ini disiarkan saya difahamkan KP Dppp telah mengarahkan supaya pemuda berdemo utk bebaskan mahasiswa yg ditangkap. Naib Presiden PAS dan Naib Ketua Dppp telah mengetuai demo tersebut dan kemudiannya menziarahi mangsa keganasan polis di hospital.
Inilah gambaran yg pernah disebut oleh beberapa pemimpin iaitu negara polis. Namun perlu diingat semangat anak muda jgn cuba di jolok nanti kelak membakar diri. Contoh kebangkitan anak muda indonesia, mesir, tunisia sepatutnya memberikan amaran yg jelas supaya tindakan yg di ambil tidak seperti mencurahkan minyak petrol ke dalam api. Anak muda sayangkan negara Malaysia tercinta ini ttp jika hidup di Malaysia umpama hidup di dalam penjara maka apakah maknanya kehidupan kpd rakyat Malaysia khasnya anak muda… Ingatlah wahai pemimpin yg zalim bhw akan sampai saat dan ketika kamu akan dijatuhkan dan berada di bawah pula. Jangan angkuh dan menafikan hak rakyat khasnya mahasiswa utk memperjuangkan hak mereka…