GUNALAH DINAR DAN DIRHAM

Tinggalkan komen

Inilah akibat bergantung kepada kewangan yg dimonopoli oleh AS. Namun bagi setengah orang inilah masanya utk membeli dolar amerika di saat kejatuhan ringgit yg dijangka tidak lama lagi. Sila baca Ramalan oleh gabenor bank negara iaitu Ringgit dijangka turun naik tempoh terdekat http://t.co/05D0K98IcT
(https://twitter.com/bharianmy/status/359461176230424577)

GELOMBANG KEMENANGAN PR

1 Komen

Salam perjuangan……

Politik Malaysia kembali bergegar dengan sorakan reformasi ke 2 dengan jalan cerita yang sama cuma pelakonnya ada sedikit perubahan di mana Saiful bekas pembantu DSAI memegang watak utama orang yang mendakwa.  Pelakon yang lain masih dikekalkan.  Perubahan watak utama ini amat perlu untuk meyakinkan rakyat bahawa orang yang di tuduh benar-benar bersalah kali ini.  Barangkali pemegang watak utama dahulu tidak mampu atau tidak mencapai standard pelakon terbaik.

Menurut cerita yang semua maklum bahawa terdapat satu perancangan yang teliti untuk memenjarakan DSAI kali kedua.  Tujuannya ialah menghalang kebangkitan “waiting goverment” yang sekarang ini telah berada di landasan yang betul untuk menuju ke Putrajaya bagi merealisasi hasrat dan cita-cita rakyat Malaysia yang mahukan “good goverment” diberi peluang untuk mentadbir Malaysia yang tercinta setelah 50 tahun merdeka.

Dalam masa yang sama, saya suka mengingatkan kepada semua jentera pakatan rakyat bahawa jika benar kita berhasrat menawan putrajaya maka cita-cita tersebut wajib diiringi dengan satu tindakan yang bersungguh-sungguh dari semua kepimpinan supaya adanya pelan bertindak kemenangan yang jelas dan terang bagi memudahkan ahli melaksanakan segala kerja yang wajib dipikul oleh mereka.  Salah satu kerja yang berat ialah memastikan semua rakyat Malaysia yang belum berdaftar mendaftarkan diri sebagai pemilih dalam buku daftar pemilih SPR.  PAS sendiri hendaklah menentukan dari sekarang sasaran 60 kerusi kemenangan dan wajib berusaha untuk mencapai kemenangan tersebut dengan segala pengalaman dan kekuatan yang ada di pihak PAS begitu juga di pihak pakatan yang lain.

Yakinlah PAS mampu menjadi parti dominan dalam pru 13 nanti bersama Pakatan rakyat memerintah Malaysia tetapi dengan syarat semua pimpinan mesti bersatu menghalakan semua senjata kepada musuh yang satu iaitu UMNO dan BN. Jangan rasa kecewa dan rendah diri.  Saya sempat bergurau kepada sahabat saya apabila diceritakan bahawa DSAI akan dikenakan hukuman penjara diakhir perbicaraan kes beliau.  Lantas saya secara berseloroh katakan ” biar lah DSAI masuk penjara untuk beberapa bulan dari sekarang dan Insyaallah kita akan membebaskan beliau dari penjara selepas kita memenangi PRU 13 nanti….Insyaallah

Mengapa saya begitu optimis dalam menilai peluang PR menawan putrajaya ialah kesedaran rakyat untuk memilih pemimpin yang amanah, jujur dan menunaikan janji.  Kesemua sifat tadi sudah tiada dalam kepimpinan umno dn BN.  Amanah rakyat yang mengangkat mereka sebagai pemimpin selama 50 tahun apakah dilaksanakan oleh mereka dengan sebaiknya.  Jujurkah pemimpin UMNO dan BN dalam setiap kata-kata dan tingkahlaku mereka dan akhirnya adakah mereka menunaikan janji mereka apabila mereka berjanji kepada rakyat dalam setiap PRU atau PRK, apabila mereka berjanji kepada kerajaan negeri dalam setiap perkara termasuk Royalti dan geran pembangunan.  Di sini rakyat sekarang boleh menilai apakah pemimpin yang ada patut dtukarkan atau dikekalkan.  Rakyat sekarang tidak boleh diperbodohkan oleh media kerana maklumat mereka akan perolehi diakhbar-akhbar internet yang disiarkan secara langsung….Jesteru itu keyakinan saya ialah satu gelombang perubahan rakyat akan berlaku dan UMNO BN akan tumbang dengan keegoan mereka nanti sebagaimana nasib parti LDP di Jepun yang telah berkuasa lebih 50 tahun dan telah menerima hukuman dari rakyat mereka sendiri… Tunggulah sejarah tersebut akan berlaku juga di Malaysia pada PRU ke 13 nanti…

BTN propaganda UMNO/BN

Tinggalkan komen

KOTA BHARU, 9 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini memberitahu kerajaan negeri itu juga akan menolak program Biro Tata Negara (BTN) selagi ianya tidak diubah pada dasar Islam.

Ianya sejajar dengan tindakan negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) yang lain seperti Selangor dan Pulau Pinang yang menharamkan program berkenaan kepada semua kakitangan dan pegawai kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada media pada sidang media di pejabatnya hari ini bagi mengulas isu BTN yang kini hangat masih hangat diperkatakan.

Nik Aziz bagaimanapun berkata, beliau bersetuju dengan program berkenaan sekiranya kurikulum BTN dirombak mengikut acuan Islam demi untuk kepentingan semua pihak, berbanding apa yang ada sekarang lebih pada penekanan bangsa.

Jelasnya, rombakan itu mesti diubah dalam semua aspek yang berkaitan dengan Islam, sama ada dari segi ekonomi, social, budaya atau sebagainya.

“Memang Malaysia sebuah negeri yang berbilang bangsa, namun Islam tidak mengutamakan bangsa di muka dunia ni dan tidak ada yang terlebih daripada bangsa lain di sisi Allah, begitu juga bangsa Arab.

“Walaupun Nabi Muhammad dari bangsa Arab, tetapi Islam tidak meletakkan bangsa Arab melebihi daripada bangsa lain.

“Kalau bangsa Arab tidak ada kelebihannya, bangsa lain seperti Melayu contohnya apa peliknya,”ujarnya.

Oleh yang demikian, tambahnya BTN yang telah lama menggunakan medan berkenaan untuk menghasut rakyat supaya membenci bangsa lain atau sebagainya, perlu dirombak mengikut acuan Islam.

Katanya, sebelum ini beliau tidak mempunyai ruang untuk bersuara, hanya menegur secara umum berhubung kurikulum yang terdapat dalam program BTN itu.

“Tetapi sekarang ni, peluang tu makin terbuka, makin terbuka dan makin terbuka pekungnya yang dibuat oleh umno sendiri,”ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, oleh kerana Umno yang menguasai kepimpinan negara yang menolak Islam, terlalu sukar untuk diubahnya.

“Yang ada untuk memudahkan ianya berjaya dibuat, pilihan raya 13 ni, jangan undi Umno dan BN, sebaliknya undi parti Islam dan pakatan rakyat,”ujarnya

————————————————————————————–

Saya amat bersetuju dan menyokong pendirian kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang menolak program BTN untuk kakitangan mereka.  Saya sendiri berpengalaman berbahas dengan orang kuat BTN. Bila berbahas isu yang dibangkitkan ialah soal ketuanan Melayu dan persoalan kerusi orang melayu di Parlimen yang semakin terhakis. Pentingnya menyokong UMNO untuk mendaulatkan kedudukan orang Melayu di Malaysia.  Saya katakan bahawa ketuanan Islam lebih mulia dibincangkan dan Islam mampu menyatukan semua bangsa untuk memimpin Malaysia. Kedudukan Islam yang tercabar lebih utama dibahaskan dari membicarakan soal perkauman.  Nampaknya Isu perkauman telah mula diperkatakan semula oleh Bapak UMNO Malaysia iaitu Dr M.  Kepada rakyat yang terkeliru dengan perjuangan Islam Hadhari sebelum ini maka tunggu apa lagi marilah kita bersama dengan perjuangan Islam dan tinggalkan perjuangan perkauman yang sempit demi kejayaan kita semua di dunia dan di akhirat.

SELAMAT TINGGAL PAK LAH

Tinggalkan komen

ASSALAMUALAIKUM..

Esok, bakal menyaksikan detik peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sepanjang tempoh pemerintahan Abdullah dari 31 Oktober 2003 sehingga 2 April 2009, sudah mencoretkan pelbagai kenangan manis dan pahit. Pak Lah, PM yang kelima, telah melakar sejarah tersendiri semasa perkhidmatannya. Tempoh terpendek dalam sejarah.

Lima tahun, lima bulan dan tiga hari.

Segalanya penuh dengan ranjau. Adakala saya bersimpati dengannya. Bermula dengan kehilangan isteri kesayangan, Datin Seri Endon Mahmood pada 20 Oktober 2005, kehilangan ibu tercinta, di serang bertubi-tubi oleh Mahathir dan sebagainya. Yang terbesar tentunya, kekalahan teruk kerajaan pimpinan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 sehingga kehilangan empat negeri (Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor) menjadi kenangan paling pahit dalam sejarah pimpinan Abdullah.

Natijah dari itu, maruah Pak Lah mula dipersoalkan. Antara tamparan hebat yang terpaksa ditelannya adalah munculnya suara-suara yang tidak berpuas hati dengan gaya kepimpinannya yang dikatakan tidak tegas dan mengikut telunjuk pihak tertentu.

images

Bagaimanapun, kenangan manis juga menjengah hidupnya di awal peralihan kuasa dahulu. Kemenangan terbesar Barisan Nasional yang dipimpinnya dalam pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004. Dilabelkan sebagai kemenangan ‘durian runtuh’, komponen parti pimpinannya, Barisan Nasional (BN), berjaya memperoleh 198 kerusi Parlimen daripada 220 kerusi yang dipertandingkan.

Apapun, selamat tinggal Pak Lah..

SELAMAT DATANG NAJIB

Seperti yang kita tahu apabila berdirinya Najib Tun Razak maka kehidupan di negara ini akan mula berubah dan berlakunya jurang antara rakyat. Mana mungkin seorang penjenayah diberi peluang mentadbir negara tercinta ini.

Altantuya, C4, Eurocopter, Kapal selam, PLKN. Katakan apa sahaja. Pastinya Najib yang di katakan zalim akan menggunakan segala apa cara yang ada untuk mengekalkan pemerintahan.

Selamat datang Najib. UMNO tetap UMNO juga.

PAS tetap PAS.
Lawan tetap lawan.

SELAMAT MENGUNDI PAS..

Tinggalkan komen

calonp36_1

CALON PAS DIRESTUI, KEMENANGAN DIHAMPIRI

1 Komen

Salam perjuangan dan Selamat Tahun Baru Hijrah/Masihi

Alhamdulillah, akhirnya persoalan dan teka teki yang bermain di benak pemikiran ahli PAS serta rakyat Kuala Terengganu sudah terjawab melalui pengisytiharan calon PAS malam ini di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Nama YB Abdul Wahid Endut telah diumumkan secara rasmi oleh Presiden PAS YB Dato Seri TG HJ Abdul Hadi Awang di hadapan 10 ribu orang penyokong PAS. Beliau juga merupakan ADUN Wakaf Mempelam iaitu salah satu dari 4 DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu. Pemilihan beliau adalah berdasarkan track rekodnya yang bersih dan mempunyai harapan yang cerah untuk menang.Beliau juga memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.

Turut hadir sama dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato’ Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain. Manakala di peringkat negeri dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato’ Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato’ Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan negeri.

Diharapkan selepas pengumuman ini, jentera PAS Terengganu dan Jentera Pembantu dari PAS, PKR dan DAP akan dapat bergerak dengan lebih baik dan mantap untuk memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat pada 17 Januari 2009 nanti. Saya sendiri belum berkesempatan lagi untuk menjejakkan kaki ke gelanggang PRK kerana menyelesaikan beberapa program yang terpaksa saya bereskan. Insyaallah, saya berazam untuk pergi bermula 5 Januari 2009.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masihi 2009. Semoga kedatangan yang kita nanti-nantikan selalu akan menambahkan keimanan,keberkatan, kebahagiaan,kesenangan dll lagi kepada kita semua. Semoga Islam akan menjadi pilihan alternatif kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum.

PROGRAM PASTI DI SANA SINI

Tinggalkan komen

dsc00345Salam perjuangan,

Program PASTI di akhir tahun ini juga padat. Bermula dengan ihtifal di peringkat kawasan sehingga ke peringkat negeri dan berakhir di peringkat Malaysia. Kelantan juga tidak ketinggalan dengan program Ihtifalnya pada 24 Oktober 2008 iaitu hari Jumaat yang diadakan di PUTIK Pengkalan Chepa. Ana sempat menghadiri majlis Penutupnya yang disempurnakan oleh YB Pengarah PASTI Negeri iaitu YB Mohd Zaki Ibrahim. Selepas itu ana bergegas ke airport Sultan Ismail untuk ke KL untuk menghadiri pula majlis Konvokesyen PASTI di Tawau Sabah bagi mewakili PASTI Malaysia. Ana dan Cikgu Azrin selaku Ketua Pengarah PASTI Malaysia bertemu di LCCT dan kemudiannya kami menginap di Hotel Concorde Inn. Hotel ini adalah sejarah tersendiri dengan PASTI Malaysia di mana menurut cikgu Azrin disitulah bermulanya guru PASTI mengenal alam berkursus di hotel pada watu itu mungkin 3 bintang sahaja. Perbelanjaan PASTI menjalankan kursus di situ mencecah lebih 100k setahun. Selepas itu selepas ekonomi pulih maka PASTI mencari tempat lain yang lebih murah untuk menjalankan kursusnya. Pagi esok 25 Oktober tepat jam 7.20 pagi kami menaiki pesawat airasia yang memakan masa selama 2 jam 45 minit untuk sampai di airport Tawau. Lebih kurang jam 10.30 pagi sampai di sana, kami di sambut oleh Ust Bob( Mohd Nazri) yang merupakan pengurus pasti di Semporna. Beliau merupakan orang Kelantan dari Pasir puteh. Kami di bawa ke Semporna dan menginap di rumah beliau. Kami di bawa ke tempat menarik di Semporna iaitu Floating, pasar ikan segar, pasar coral dan kedai sibun yang menjual mutiara dan kristal. Kami dihidangkan dengan sup daging payau (rusa) dan ikan kerapu masam manis. Ana cukup berselera sekali makan, maklumlah makan free..

Keesokan harinya kami bertolak ke Tawau untuk menghadiri majlis Konvokesyen PASTI Tawau seramai 800 orang pelajar yang di buat dalam 3 sesi iaitu pagi, tengahari dan petang. Majlis konvoskesyen yang di buat ala konvo di “U” cukup menarik perhatian kami. Malah dengan sambutan ibubapa yang cukup menggalakkan. Ana diamanahkan untuk merasmikan majlis konvo tersebut pada sesi sebelah petang. Selepas itu kami sempat juga bergambar kenangan dengan semua guru dan ajk PASTI Tawau. Alahai berdegup juga jantung kami melihat keramahan dan kecantikan guru PASTI di sana. Cikgu Azrin rupanya ada kenangan dan sejarah silam dengan PASTI di Tawau. Nok tahu apa dia….biarlah rahsia… Di Tawau kami diberi penginapan yang cukup selesa iaitu di Hotel Kingston Executive iaitu sebuah hotel baru…

Apa yang cukup menggembirakan ana ialah bertemu dengan Mohamad Sunu iaitu member lama seusrah di UPM dulu. Kini beliau telah menjadi manager ladang milik Yayasan Sabah. Malam itu, mat sunu belanja makan di Restoren Sri Pantai. Apa yang menarik lagi ialah hasil kami makan di situ maka tercetuslah idea untuk menjadikan tempat itu sebagai tempat sambutan Hari Guru PASTI Malaysia pada 16 Mei 2009 yang telah diputuskan Sabah menjadi tuan rumah.

Kami bertolak balik ke Malaysia pada pagi esoknya menaiki flight airasia jam 10.30 pagi dan sampai di LCCT pada jam 1.15 tengahari dan kemudian balik ke Kelantan dengan airasia jam 7.40 malam. Pengalaman membawa daging payau dan telur penyu untuk melepasi imigresen di Tawau cukup mendebarkan.

Older Entries