ROYALTI UNTUK SEMUA RAKYAT KELANTAN

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….
Tuntutan royalti oleh ngo Royalti adalah untuk menuntut hak Negeri Kelantan dan rakyat seluruhnya supaya perjanjian petronas dgn Kerajaan Negeri Kelantan 1974 dipatuhi. Himpunan aman royalti dicemari dgn insiden yg tidak diingini yg diprovokasikan oleh ngo yg pro umnobn.  Seramai 5 org yg dikasari sepanjang himpunan berlangsung.

Apa yg perlu diketahui ialah jika sekiranya royalti yg diperjuangkan ini diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana termaktub dalam perlembagaan maka semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan kaum malah parti akan memperolehi manafaatnya. Malah 5 generasi akan datang masih boleh menikmati kesan perjuangan royalti pada hari ini.

Antara lain perjuangan royalti ialah mendaratkan minyak diperairan Kelantan ke negeri Kelantan bukannya didaratkan di negeri lain. Jika minyak didaratkan di negeri Kelantan maka kesan segera kepada rakyat Kelantan ialah peluang pekerjaan di mana beratus-ratus ribu rakyat Kelantan mendapat peluang.

Himpunan royalti juga turut menyerahkan plak royalti yg ditandatangani oleh Sultan Mohamad Ke 5 yg diterima oleh yb dato hj husam musa bagi pihak yab tgna mb kelantan. Selepas insiden yg tidak diingini berlaku mereka yg dikasari mendapat rawatan diHUSM dan kemudiannya membuat laporan polis di ipd kota bharu pengkalan chepa. Kini terserah kepada polis utk mengambil tindakan….

image

image

image

image

image

image

image

Advertisements

TANGGUNGJAWAB SOSIAL SYARIKAT PMBK SAWIT SDN BHD

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….

Hari ini menjadi sejarah kepada semua staf pmbk sawit apabila Pengurus Besar PMBK Sawit melancarkan sokongan kpd NGO royalti  melalui pembelian 50 set pakaian, topi, badge dan stiker.  Pmbk sawit menjadi anak syarikat yg pertama menyahut secara terbuka perjuangan menuntut royalti. Mudah2an ianya akan menjadi ikutan kepada pihak2 yg lain seterusnya.

image

image

image

image

ROYALTI TETAP MILIK KERAJAAN NEGERI

2 Komen

Salam perjuangan…

Alhamdulillah saya berkesempatan berada di perhimpunan raksaksa rakyat Kelantan mendengar penjelasan Isu Royalti oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah.  Kehadiran rakyat dari segenap pelusuk tanahair Kelantan serendah sekebun bunga telah memenuhi setiap parking yang ada di sepanjang jalan.  Saya sendiri terpaksa meminta tolong Unit Amal untuk memasuki parking khas yang disediakan kepada VIP.

Apa yang menarik perhatian saya ialah keberanian Kuli untuk memberikan penjelasan sebenar walaupun berbeza pendirian dengan parti pemerintah. Walaupun di larang untuk hadir Kuli dengan selamba menjawab peduli apa. Penerangan Kuli yang cukup mudah, jelas dan difahami oleh semua yang hadir dan kemudiannya dirumuskan oleh moderator Dr Abu Hassan Hasbullah pensyarah UM bahawa Kelantan wajib memperolehi Royalti dan bukannya wang ehsan.  Duit Royalti hendaklah digunakan untuk memajukan negeri Kelantan setanding dengan negeri lain di pantai barat Malaysia.  Perjanjian wajib dipatuhi walaupun sesiapa yang memerintah sesebuah negeri kerana ianya di buat oleh Petronas dengan Kerajaan Negeri bukannya dengan parti yang berkuasa.

Akhirnya Kuli menamatkan ucapan dengan menegaskan bahawa rakyat Kelantan walaupun miskin tetapi tidak lah sampai menjadi peminta sedekah. Saya anggap isu tuntutan royalti ini telah selesai dengan penjelasan Kuli malam tadi.  Sekarang ini terpulang kepada Petronas dan juga Persekutuan untuk membayar royalti atau ehsan.  Jika Malaysia tidak mampu berpegang kepada janji dan menghormati undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen maka jangan diharap negara lain juga akan menghormati kita…

PAS ATAU UMNO TIDAK UTAMAKAN RAKYAT

1 Komen

Salam perjuangan…..

Tiba-tiba kita semua dikejutkan dengan penubuhan satu jawatankuasa untuk mengendalikan wang ehsan yang ditubuhkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan dan wakil Kerajaan Negeri Kelantan akan di jemput untuk turut sama berada di dalam Jawatankuasa tersebut. Maka apabila YAB Tok Guru Nik Ab Aziz Nik Mat MB Kelantan yang sah menolak tawaran tersebut dan menganggap kerajaan Pusat mencuri harta rakyat Kelantan maka dihebohkan tindakan tersebut akan merugikan rakyat Kelantan.  Saya sendiri merasa hairan bagaimana PAS pula yang di tuduh mengambil tindakan merugikan rakyat Kelantan sedangkan jika kita masih ingat sewaktu mula-mula Kerajaan Negeri Kelantan menyuarakan keinginan Kerajaan Negeri untuk menuntut wang royalti setelah sekian lama perkara ini disembunyikan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu bermula 2004 lagi malah kawasan perairan dengan Negeri Terengganu juga telah sekian lama mengeluarkan hasil minyaknya,  siapa orang yang menidakkan tuntutan royalti tersebut ?  Bukankah Dato Pa dan Dato Awang Adek dengan lantangnya mengatakan bahawa Kelantan tidak mempunyai hak untuk menuntut royalti tersebut dengan pelbagai alasan yang gagal di terima oleh kita semua.

Hari ini tiba-tiba Dato Pa mengatakan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan menolak untuk menganggotai jawatankuasa yang ditubuhkan oleh JPPK tersebut sebagai tindakan yang merugikan rakyat Kelantan. Apakah tindakan beliau dan awang adek yang menafikan secara terus-terusan hak rakyat Kelantan bukan satu tindakan yang merugikan rakyat Kelantan ? Kenapa hari ini baru hendak menjadi juara rakyat sedangkan sepatutnya UMNO lah orang yang terkehadapan untuk menuntut royalti tersebut iaitu setelah pengeluaran minyak di sekitar perairan Kelantan samada di kawasan pertindihan, persempadanan atau tidak.  Jika tidak kerana YB Dato Husam Musa dapat menghidu persembunyian fakta pengeluaran minyak dari telaga milik rakyat Kelantan maka saya rasa selagi itulah UMNO akan mendiamkan diri dan tidak akan menuntut royalti minyak untuk dinikmati oleh rakyat Kelantan.

Saya kira rakyat Kelantan amat matang dengan sepak terajang politik yang cuba dimainkan oleh UMNO bagi menidakkan perjuangan PAS dan sekaligus menangguk di air yang keruh untuk menjulang nama UMNO sebagai juara rakyat.  “Muka tak malu ” inilah istilah yang sepatutnya kita katakan kepada Dato Pa, Dato Awang Adek dan kuncu-kuncunya…….

Ayuh rakyat Kelantan kita sama-sama hadirkan diri di Stadium Sultan Mohamad Ke IV pada 28 jan 2010 iaitu hari Khamis (esok) bermula maghrib untuk sama-sama kita bermunajat semoga Perdana Menteri akan setuju membayar wang royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan bukannya wang ehsan melalui JPP selain kita mendengar penjelasan terbuka oleh YBM Tengku Razaleigh selaku pengerusi Petronas pada masa perjanjian dilakukan dulu.

ASYIK-ASYIK SUBSIDI

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….

Malaysia sebuah negara yang dilimpahi oleh Allah SWT  sebagai negara yang mempunyai pelbagai sumber samada dari dalam bumi atau di atas bumi, samada di daratan atau[un di lautan. Namun pembaziran kurniaan Allah oleh pemimpin yang tidak pandai memerintah menyebabkan hasil bumi dan laut di Malaysia tidak mampu menjadikan rakyatnya bebas dari belenggu kemiskinan dan menjadikan rakyatnya penagih subsidi kerajaan.  Sepatutnya pemimpin yang diamanahkan tidak membangkitkan soal subsidi kerana ianya merupakan satu perkongsian untuk merasai nikmat Allah yang dikurniakan kepada negara Malaysia.  Mungkin ini kehendak pemimpin UMNO yang sengaja menjadikan rakyat penagih subsidi demi memperolehi setiap undi menjelang setiap kali PRU diadakan.  Subsidi satu billion diungkitkan oleh menteri sedangkan kehilangan berbillion ringgit melalui projek runding terus dan penyalahgunaan kuasa contohnya isu PKFZ malah pembaziran beratus juta billion di zaman pemerintahan mahathir dan pak lah mengapa tidak dibangkitkan ??? Wahai Rakyat Malaysia sedar dan bangkitlah menuntut hak kita untuk memilih pemimpin yang betul-betul amanah dan bersedia berkongsi susah senang bersama rakyat di dalam pelbagai hal.  Berikan undi anda kepada PR dalam PRU ke 13 nanti.

Dua harga petrol bermula 1 Mei

PETALING JAYA- Dua harga petrol berbeza untuk warganegara dan bukan warganegara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata, bagi warganegara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermaka bukan semua warganegara akan menikmati subsidi yang disediakan.

“Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Subsidi ini sepatutnya lebih kepada golongan berpendapatan rendah,” katanya selepas merasmikan identiti korporat baharu bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd.

Golongan yang mendapat subsidi, katanya akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol.

“Bagi RON 95, kerajaan kini memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10.

“Jadi, mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan juga bukan warganegera, akan membayar RM2.10 atau lebih,” katanya.

Ismail berkata, kerajaan juga mungkin akan mengenakan cukai yang akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei.

Selain mengekalkan subsidi minyak, kerajaan juga masih mengekalkan subsidi gas, gandum, dan juga gula, katanya.

Menurut Ismail, walaupun harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen, namun kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 80 sen.

“Tahun lepas kerajaan memberi subsidi sebanyak 60 sen sekilogram, namun
disebabkan kenaikan harga gula dunia yang mendadak sejak Ogos tahun lepas,
kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1.00, sebab itu kita naikkan harga,” katanya.

Dengan subsidi 80 sen yang diberikan itu, katanya kerajaan akan menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion tahun ini berbanding RM720 juta tahun lepas.-Bernama

KRISIS NEGARA DAN PENYELESAIANNYA

Tinggalkan komen

Salam perjuangan,

Malam ini saya berkesempatan menghadiri wacana perdana anjuran UPKN kelantan yang bertajuk 100 hari Pakatan rakyat memerintah. Wacana yang dimoderatorkan oleh YB Ahmad Baihaki itu membariskan ahli panel yang berwibawa iaitu YB Saifudin Nasution, Soibus Samahah Mufti Perlis Dr Mohd Asri dan YBhg Profesor Dr Ab Aziz Bari Timbalan Dekan Fakulti Undang2 UIA.
Bagi saya, sesiapa yang tidak berkesempatan untuk mengikutinya samada secara langsung di dalam dewan Balai Islam mahupun melalui internet hendaklah mendapatkan melalui VCD kerana ianya mengandungi hujah yang bernas mengapa kita perlu memberikan keyakinan kepada Pakatan Rakyat untuk terus mentadbir negeri dan juga negara.

Kesimpulan mudah yang saya boleh buat ialah perubahan yang ingin dilaksanakan secara total oleh Pakatan Rakyat mestilah melalui gerakan politik yang hebat dan kuat. Manakala kuasa politik yang membolehkan perubahan itu berjalan mengikut manifesto negara berkebajikan hanya boleh dibuat secara totalnya apabila PR mengambilalih tampuk pemerintahan negara dari BN. Ini bermakna kemelut yang dihadapi samada dari dalaman ataupun luaran hanya akan dapat diatasi dengan perubahan kepimpinan utama negara. Paklah telah menimbulkan kegelisahan kepada ahli parti BN sendiri sehingga menyebabkan BN mengalami kekalahan yang paling teruk sepanjang tempoh PRU diadakan sebanyak 12 kali. Paklah juga telah menambahkan kegelisahan di kalangan rakyat dengan menaikkan harga minyak yang tertinggi dalam sejarah negara Malaysia sebagai negara pengeluar minyak. Tekanan ini dirasai oleh rakyat berikut kenaikan harga barang dan sekaligus mengecilkan nilai matawang negara. Semua orang mula memfokuskan bahawa Paklah merupakan bebanan yang berat untuk ditanggung oleh parti BN dan rakyat Malaysia. Jika Paklah berundur secara terhormat atau disingkirkan melalui proses usul undi tidak percaya, ramai berpendapat bahawa masalah BN akan dapat diselesaikan dan masalah rakyat juga akan dapat dikurangkan dengan perubahan dasar oleh PM yang baru.

Hari ini YB Nazri Aziz menafikan akan ada usul tidak percaya pada hari Isnin ini ketika sidang parlimen akan mula bersidang kerana tidak menerima notis dari ahli parlimen SAPP atau mana MP. Resam UMNO jika menafikan bererti usul tersebut akan ada. YB Saifudin secara sepontan menyebutkan jika perancangan jalan menuju ke Putrajaya akan berjalan sebagaimana yang dirancangkan maka ada kemungkinan ianya berlaku lebih cepat dari 16 sept. Ini menurut beliau masih ada beberapa lagi MP yang akan membuat pengisytiharan menjelang persidangan parlimen 23 Jun ini. Sama-samalah kita tunggu dan saksikan kebenarannya. Desas-desus bahawa akan ada MP dari kerajaan yang akan memberi undi jika usul di bawa dan akan ada sebahagian MP yang tidak akan menghadiri sidang parlimen bagi membolehkan PR memenangi undi dengan majoriti apabila usul ini di bawa ke parlimen. Semua itu perlu diteliti dengan berhati-hati kerana menurut Prof Aziz Bari bahawa PR seolah-olah berada jeti untuk menaiki boat menuju ke pulau impian. Jika saat boat tiba tetapi PR gagal untuk mematuhi jadual perjalanan boat tersebut maka untuk menunggu semula jadual boat tersebut akan memakan masa yang agak lama mungkin 5 tahun lagi…Apa pun kita serahkan kepada kebijaksanaan Allah untuk membenarkan segala perancangan yang terbaik bagiNya terlaksana.

p/s : Sentiasa Redha dengan ketentuan Ilahi…

MINYAK NAIK VS NAIK MINYAK

Tinggalkan komen

Salam perjuangan,

Muttakhir ini rakyat Malaysia telah menerima hukuman setimpal kerana telah menolak BN dalam PRU 12 baru-baru ini. Apa pun alasan yang diberikan samada disebabkan kenaikan harga minyak sedunia atau penyusunan semula subsidi minyak semuanya itu merupakan alasan untuk menghalalkan kezaliman yang dilakukan ke atas rakyat. Fahaman akuisme telah menusuk masuk kedalam benak semua pemimpin BN yang telah kekeringan idea untuk membangunkan negara melainkan dengan jalan mudah iaitu menaikkan harga minyak. Dengan pendapatan negara yang bertambah melalui kenaikan harga minyak maka Paklah dapat mengekang pengaruh pembangkang dan musuh politik dalam usaha menjatuhkan beliau secara terhormat. Apa tidaknya pengumuman dalam lawatan ke Sarawak iaitu peruntukkan sejumlah 1 billion ringgit serta elaun helikopter kepada semua ahli parlimen sebanyak RM 15,000.00 sebulan adalah merupakan rasuah politik wang secara yang dibenarkan. Bagaimana dengan ADUN di Sarawak adakah mereka tidak melawat kawasan pedalaman ???

Berbalik kepada soal minyak, mengapa Kerajaan BN terpaksa menipu rakyat sebanyak 2 kali dalam isu kenaikan harga minyak ? Suasana kelam kabut di semua stesen minyak pada malam kenaikan harga minyak ketika negara sedang bersiap sedia menyambut Hari Keputeraan Agong. Apakah ini hadiah terbaik untuk Agong selepas BN memerintah 50 tahun yang lalu ?

Di sebalik kecaman dan kritikan yang hebat diberikan kepada BN, ada juga pandangan kedua di terima iaitu Paklah sengaja mengundang rakyat supaya membuat huru hara di seluruh negara bagi membolehkan PM menggunakan kuasa mendaruratkan sebahagian negeri khasnya yang diperintah oleh Pakatan rakyat untuk mengambil alih kuasa semula sebagaimana Kelantan alami pada tahun 1978 dulu. Mengapa tidak, warta berita seolah-olah mengapi-apikan rakyat dengan menayangkan berita demonstrasi di seluruh dunia membantah kenaikan harga minyak sehingga ada di kalangan rakyat yang naik minyak sehingga sanggup merusuh dan memusnahkan harta benda awam. Apakah PM dan RTM juga mengharapkan suasana yang serupa berlaku di negara kita ?

Satu lagi teori isu harga minyak ini ialah untuk menenggelamkan isu perbalahan dalaman UMNO dan isu menuntut Paklah turun dari kerusi Presiden dan PM.  Sekarang ini rata rakyat hanya bercakap isu kenaikan harga minyak seolah melupakan isu kelemahan paklah dalam mentadbir negara dan parti.  Saya begitu kagum dengan keberanian Paklah yang terpaksa membayar dengan harga yang mahal bagi mengalih perhatian rakyat sehingga ianya mampu menggugat pentadbiran beliau sebagai PM.

Saya menaruh kepercayaan yang cukup tinggi kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat untuk menangani isu ini dengan bijaksana. Kita tidak mahu apa yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong keciciran. Di samping itu juga, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya kita sama-sama celik akal dan mata untuk menilai pimpinan mana yang sebenarnya memperjuangan nasib rakyat. Marilah sama-sama kita mendoakan supaya hanya pemimpin yang benar-benar ikhlas saja mampu meneruskan kepimpinan di Malaysia khasnya dan dunia amnya. Amin.