MUKTAMAR DPPNK KALI KE -53

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….
Pada hari ini adalah detik bersejarah kepada dewan pemuda di saat usia memasuki 53 tahun dewan pemuda pas negeri kelantan mampu mengadakan muktamar tahunannya di bangunan sendiri miliknya. Ini merupakan satu impian sejak sekian lama utk memiliki sendiri bangunan dan kini ianya menjadi realiti yg dapat dibanggakan.

image

image

image

image

image

image

image

image

Ke Mana Dasar Negara Berkebajikan PAS ???

2 Komen

Salam perjuangan….
Ucapan Dasar Muktamar PAS telah memilih tema yg cukup menarik sehingga mendapat komen dan perhatian dari BN. Apa pun tema yg bagus tidak bererti jika tidak dipastikan ianya diterjemahkan menjadi dasar dan dilaksanakan di negeri2 pakatan rakyat.

Saya bimbang jika slogan yg cantik ini hanya tinggal slogan spt slogan satu Malaysia yg tidak bermakna menyebabkan rakyat tidak jelas ke mana hala tujunya. Saya mencadangkan satu institusi diwujudkan utk memberikan kefahaman dan seterusnya menggerakkan slogan yg indah supaya berpijak di bumi nyata. Institusi ini hendaklah diletakkan di bawah presiden dan berfungsi utk mewujudkan dasar,konsep dan perlaksanaannya. Ianya juga mestilah mempunyai tenaga kerja yg mampu merealisasikan tema yg digariskan.

MUKTAMAR PAS : KEPIMPINAN DAN SURVIVAL JAMAAH

Tinggalkan komen

Salam perjuangan………

Hari Ini tanggal 1 jun 2011, maka berlangsunglah perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Dewan MBSA untuk kali ke- 52. Umur pemuda sebenarnya sudah cukup matang untuk memimpin perjuangan anak muda di Malaysia.  Kematangan usia pemuda ini hendaklah bergerak seiring dengan pendekatan dan gerakan anak muda. Jika kita perasan sejak akhir-akhir ini perkataan ANAK MUDA sering bermain di bibir pendokong gerakan anak muda.  Di dalam usia yang semakin matang maka sepatutnya Dewan Pemuda telah mempunyai satu pendekatan yang strategik untuk memobilisasikan pergerakan anak muda agar mereka akan terus meletakkan harapan dan kepercayaan kepada Dewan pemuda PAS untuk memimpin mereka dulu,kini dan selamanya.  Jangan kita benarkan anak muda yang dahagakan pimpinan dan mobilisasi dari pemuda terlepas kepada pemuda umno dan sewaktu dengannya.

Marilah kita berfikir dan kemudiannya kita bertekad untuk memilih saf kepimpinan pemuda yang benar-benar mewakili kelompok anak muda Malaysia dan yang paling penting kepimpinan pemuda yang penuh segar dengan idea dan pendekatan bagi melaksanakan misi memobilisasikan anak muda untuk menjalankan misi menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti. Gunalah amanah yang diberikan kepada antum semua untuk menentukan hala tuju gerakan anak muda Malaysia dengan sama-sama kita mencorakkan kepimpinan pemuda PAS Pusat melalui undi perwakilan anak muda di setiap kawasan semasa sesi pemilihan muktamar Dewan pemuda PAS pusat esok.

Antara Muktamar PAS dan Tarikh Pilihanraya Umum Ke 13

Tinggalkan komen

Salam perjuangan……..

Alhamdulillah saya sekali lagi mempunyai kesempatan untuk berkongsi pandangan dengan semua sahabat di alam blog.  Saya akui di atas faktor kesibukan yang bertalu-talu ke atas diri saya menyebabkan saya agak jarang dapat menulis di dalam blog ini.

Saya mulakan catatan ini dengan merujuk kepada muktamar pemuda,muslimat, ulama dan PAS yang akan berlangsung pada 1 JUN hingga 5 JUN 2011 nanti.  Di mana kita melihat kemeriahan pemilihan kali ini agak ketara di mana kita menyaksikan hampir kesemua jawatan utama parti dipertandingkan kecuali dewan ulama dan presiden PAS.  Saya melihat wujudnya demokrasi yang terpimpin dalam PAS di mana kepimpinan dan ahli boleh melalui semua episod perjuangan ini dengan penuh tertib dan disiplin yang tinggi sebagaimana yang dibenarkan oleh perlembagaan.  Saya tidak bersedia untuk mengulas siapa yang akan menang dan siapa pula yang kalah. Namun telah menajdi adat dalam pertandingan mesti ada yang menang dan ada yang kalah.  Jesteru itu mengurus perasaan menang dan kalah sesudah muktamar PAS berlangsung juga sesuatu yang agak unik di dalam PAS.  Ramai yang berkata kabinet PAS bagi sesi 2011/2013 ialah kabinet yang akan berdepan dengan pilihanraya umum ke 13.  Kabinet yang bertanggung jawab merangka pelbagai strategi untuk memastikan PAS mampu mempertahankan kerusi yang sedia ada dan menawan kerusi target untuk memberikan keselesaan kepada PAS bagi menjayakan misi menawan Putrajaya di suatu masa nanti.

Ahli PAS yang juga menjadi perwakilan sudah semestinya mempunyai satu pandangan tersendiri untuk memilih kepimpinan mereka menjelang muktamar di semua peringkat nanti.  Apapun yang pastinya kita semua mesti mengangkat satu saf kepimpinan yang mampu menjana kemenangan dan memperkukuhkan parti kita dari cabaran luaran dan dalaman. Alhamdulillah saya juga terpilih menjadi perwakilan di peringkat DPPP dan PAS Pusat dan semestinya saya akan menggunakan satu undi yang saya miliki untuk memilih kepimpinan yang terbaik pada pandangan saya.

Isu yang kedua berada dihadapan kita ialah PRU ke 13 yang dijangka sangat hampir dengan kita di mana UMNO telah mengarahkan semua jenteranya untuk bersedia menghadapi pru pada bila-bila masa khasnya untuk simulasi pru olok-olok mereka pada bulan julai ini.  Selain itu, projek menukar alamat IC dan memberikan IC kepada pendatang asing untuk menjadi deposit kepada UMNO sedang dilakukan secara agresif oleh jentera mereka samada di peringkat parti atau jentera kerajaan yang diperkudakan demi mempertahankan dan merampas balik kerusi yang mereka pertandingkan.  Jika benar dakwaan bahawa PRU ke 13 bulan Julai maka daftar pemilih yang masuk dan sempat didaftarkan pada suku ke 2 ini iaitu tamat sehingga 16 Jun adalah daftar yang akhir yang akan digunakan untuk pegundi dalam pru 13 nanti.  Saya melihat tumpuan jentera dan ahli PAS sedikit bercelaru dan tidak berfokus kerana sibuk untuk memenangkan calon mereka dalam perebutan jawatan semasa muktamar dan masa yang sama seolah mengabaikan tugas untuk membantah dan membuat tuntutan serta menggerakkan operasi daftar pemilih di peringkat DUN masing-masing.

Apakah suasana yang hangat di muktamar digembar-gemburkan media untuk mengelabui mata pendokong PAS dari mempertahankan kubu masing-masing dari pencerobohan musuh tradisi PAS melalui operasi daftar pemilih bersepadu yang dilakukan oleh jentera UMNO dan dipermudahkan dengan bantuan jentera kerajaan. Jika ini berlaku maka PAS akan jadi menang sorak tapi kampung tergadai.  Saya mengharapkan telahan dan pandangan saya ini tidak betul.  Ya Allah engkau lah yang maha berkuasa untuk memberikan kemenangan kepada sesiapa yang engkau kehendaki dan engkau yang berkuasa mengalahkan sesiapa yang engkau kehendaki. Tolong dan bantulah kami mengatasi musuh kami yang zalim……….

PEMILIHAN MUKTAMAR SESI 2011/2013

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…..

Tumpuan kini beralih kepada pemilihan sempena Muktamar Dewan-Dewan dan PAS Pusat sendiri yang akan berlangsung di Negeri Selangor bermula 1 hingga 5 Jun 2011 nanti.  Alhamdulillah Presiden PAS kekal diterajui oleh YB Dato’  Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Hj Awang. Di peringkat Timbalan dan naib Presiden pulak menyaksikan akan ada pertandingan.  Hal yang sama saya jangkakan untuk Dewan-Dewan di mana kini Dewan Ulama yang telah mengesahkan Datuk Harun taib kekal sebagai Ketuanya untuk sesi yang seterusnya. Manakala dewan-dewan yang lain belum diketahui statusnya.Namun berdasarkan pengamatan dan pengakuan yang saya lihat maka saya menjangkakan Ust Nasharudin Hassan Tantawi akan kekal sebagai Ketua untuk sesi yang seterusnya. Manakala akan ada pertandingan di peringkat Timbalan dan Naib Ketua.

Pemilihan kali ini cukup penting untuk menentukan hala tuju PAS khasnya berhadapan dengan PRU ke 13 nanti.  Jelasnya kepimpinan yang akan di pilih ialah kepimpinan yang akan menentukan jatuh bangun PAS dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.  Mampukah pemimpin yang di pilih ini melonjakkan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dan seterusnya kedudukan PAS dalam arus perdana politik Malaysia ???

Marilah kita berdoa semoga PAS tetap menjadi sebuah parti dan jamaah yang mampu mendepani cabaran masakini dan seterusnya memimpin masyarakat ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

SELAMAT BERMUKTAMAR

1 Komen


Salam perjuangan,

Esok 13 Ogos akan bermulalah muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Stadium Indra Mulia, Ipoh. Muktamar yang bermula dengan majllis perasmian di waktu malam dan muktamar penuh akan bermula hari keesokannya. Saya juga akan bergerak menuju ke Ipoh seawal pagi esok sebagai perwakilan pemuda negeri Kelantan dan kemudiannya akan menjadi perwakilan PAS Kawasan Kubang Kerian ke muktamar PAS Pusat yang bermula 15 -17 ogos. Negeri Perak yang baru sahaja di ambil alih oleh Pakatan Rakyat telah di pilih untuk dijadikan tempat persidangan muktamar. Pemilihan tempat adalah unik kerana negeri yang majoriti bukan Islam tetapi yang menjadi Menteri Besarnya ialah di kalangan pemimpin Islam. Ini merupakan test market yang cuba dilakukan oleh PAS untuk melihat sejauh mana sokongan orang bukan Islam terhadap perjuangan Islam. Sama-samalah kita lihat nanti..

Muktamar adalah merupakan tempat perhimpunan para amilin seluruh negara untuk bermuhasabah tentang perkembangan gerakan Islam adakah mereka akan berpuashati dengan segala pencapaian yang dicapai selama setahun yang lalu dan mereka juga akan merangka perancangan untuk setahun yang akan datang.

Saya mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada semua perwakilan Pemuda, Muslimat, Ulama dan PAS Pusat. Kepada perwakilan dan pemerhati diharapkan berhati-hati di jalan raya dan jagalah keselamatan diri untuk meneruskan perjuangan yang tiada penghujung ini.

Yang benar

Sahabat mu Akhi Mohamad Nuri