CALON BOLEH MENANG

Tinggalkan komen

image

image

image

Salam perjuangan,

Syukur masih boleh bertemu di alam maya. Semoga Allah memudahkan kita untuk sentiasa bertemu wlpn di alam maya.

Hari ini anaknda tercinta Ahmad Syahmi menghadapi peperiksaan UPSR sehingga hari Rabu.  Anaknda merupakan calon yang boleh menang bagi sekolah kebangsaan dewan beta. Insyaallah target untuk menang dan dapat 5A.

Mantan PM Dr Mahathir menasihati supaya Najib melewatkan sikit lagi tarikh pilihanraya kerana tidak yakin BN akan dapat menang selesa kali ini. Saya sebagai rakyat juga bersetuju dengan saranan beliau atas beberapa faktor :
1. Populariti Najib sudah menurun di mana menurut kajian merdeka center ianya agak menurun berbanding dengan tahun lepas.
2. Najib juga terlalu banyak isu yang melibatkan beliau iaitu isu pembunuhan wanita monggolia,isu rasuah kapal selam scorpion, isu keganasan kerajaan tangani bersih.
3. Najib juga mempunyai seorang isteri yg memberikan liabiliti kepada beliau bukannya semakin menguatkan beliau.
4. Kekuatan BN semakin berkurang dan susahnya untuk mengemukakan calon yang boleh menang kerana ianya akan melawan arus dengan kehendak parti dan akar umbi umno sendiri.
5. Hilangnya fokus dan arah tuju yg hendak dicapai oleh kerajaan Najib di mana slogan yg diwar-warkan hanya tinggal slogan spt 1Malaysia. Banyak pengumuman Najib yang masih tidak ada tindakan dan kesan yg positif kepada rakyat Malaysia cthnya KPI setiap kementerian yang diisytiharkan ke mana sudahnya?
6. Andai BN kalah dalam PRU ke 13 nanti maka akan tercatat sejarah bhw Najib adalah PM yg paling pendek dlm sejarah pemerintahannya berbanding PM umno yg lain.
7. Banyak lagi khazanah yg masih belum diterokai  dan banyak lagi kantung yg masih belum di isi oleh pm rosmah. Jika BN kalah maka kempunan lah pm rosmah nok merasainya.

IKTIBAR PRK BAGAN PINANG

2 Komen

Salam perjuangan…

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana di akhir ini saya tidak mengemaskini maklumat dan artikel terkini di dalam blog ini disebabkan kelalaian diri sendiri. Saya juga telah telah menjadi ahli Facebook, jadi kekadang maklumat boleh di update dari situ. 🙂

Kembali kepada topik kita hari ini… Sudah di duga dan tepat iaitu media utama pro BN mengulas kemenangan BN dengan majoriti yang cukup besar sebagai bukti bahawa rakyat telah kembali menyokong BN. Jika ini benar, saya cabar Perdana Menteri Dato Seri Najib supaya segera membubarkan Parlimen untuk memberikan mandat kepada rakyat Malaysia untuk menentukan pilihan mereka yang sebenar. Persoalan lain bolehkah setelah keputusan pilihanraya dimenangi oleh PR 7 – BN 1, maka ianya menjadi tanda rakyat menyokong BN ?

Saya terlibat secara langsung bertugas di PRK Bagan Pinang mewakili DPPNK bermula 2 okt – 11 okt. Apa yang dapat saya simpulkan ialah seperti berikut :-

1. Kemenangan BN ialah tidak secara anak jantan di mana BN menggunakan kaedah ala samseng untuk mengekang pengaruh PR di dalam kaw prk. Bendera Bulan tidak dibenarkan naik di beberapa taman dan diturunkan secara gangster begitu jugak billboard yang dinaikkan di bakar. Tiada liputan isu seperti ini.

2. PAS harus akur dengan kekalahan ini kerana memang patut PAS kalah. Kekuatan asas PAS ialah 4 cawangan PAS dengan ahli seramai 100 orang. Jadi jika PAS negeri 9 mahukan kemenangan yang lebih dalam PRU akan datang maka usaha menambah ahli dan juga cawangan PAS perlu dilakukan bermula sekarang… Jika tidak kita hanya menunggu nasib menyebelahi kita tanpa apa-apa usaha untuk menguatkan tunjang PAS sendiri..

3. Majlis penerangan bukannya penyerangan perlu dilakukan dengan lebih aggersif kerana pada saya masyarakat di situ tidak berapa mengenali perjuangan PAS. Ini diakui dengan pengakuan beberapa orang penduduk di taman bahawa sebelum ini mereka tidak pernah melihat bendera PAS meriah di tempat mereka.

4. Memasyarakatkan PAS ialah satu aktiviti yang perlu diutamakan. Penubuhan PASTI di semua UPU mestilah menjadi agenda utama bukan sahaja kepada pemuda tetapi jugak perhubungan PAS Negeri sendiri.

p/s :- Selamat bersidang ‘rakan-rakan UMNO’ di Perhimpunan Agung UMNO.Gambar di bawah orang lain yg buat.. saya upload je 🙂

gifanprk

SELAMAT MENGUNDI..

Tinggalkan komen

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

Alhamdulillah, hari ini hari mengundi.
Kepada anda yang layak…
Sumbangkan undi anda untuk agama,rakyat,
bangsa, negara, demokrasi, keadilan, perjuangan, bahasa.

Keluarlah mengundi. Laksanakan hak kita.
InsyaAllah kemenangan milik Rakyat.Undilah calon PR.

Hapuskan perasuah dari muka bumi ini.

Buat semua petugas.
Selamat berjuang peraih undi.
Lawan tetap lawan.

Ingat.. Undi PAS di Bukit Gantang, PKR di Bukit Selambau dan Batang Ai

Banyakkan berdoa.
Banyakkan beristighfar.
InsyaAllah.

najibun4

SELAMAT TINGGAL PAK LAH

Tinggalkan komen

ASSALAMUALAIKUM..

Esok, bakal menyaksikan detik peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sepanjang tempoh pemerintahan Abdullah dari 31 Oktober 2003 sehingga 2 April 2009, sudah mencoretkan pelbagai kenangan manis dan pahit. Pak Lah, PM yang kelima, telah melakar sejarah tersendiri semasa perkhidmatannya. Tempoh terpendek dalam sejarah.

Lima tahun, lima bulan dan tiga hari.

Segalanya penuh dengan ranjau. Adakala saya bersimpati dengannya. Bermula dengan kehilangan isteri kesayangan, Datin Seri Endon Mahmood pada 20 Oktober 2005, kehilangan ibu tercinta, di serang bertubi-tubi oleh Mahathir dan sebagainya. Yang terbesar tentunya, kekalahan teruk kerajaan pimpinan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 sehingga kehilangan empat negeri (Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor) menjadi kenangan paling pahit dalam sejarah pimpinan Abdullah.

Natijah dari itu, maruah Pak Lah mula dipersoalkan. Antara tamparan hebat yang terpaksa ditelannya adalah munculnya suara-suara yang tidak berpuas hati dengan gaya kepimpinannya yang dikatakan tidak tegas dan mengikut telunjuk pihak tertentu.

images

Bagaimanapun, kenangan manis juga menjengah hidupnya di awal peralihan kuasa dahulu. Kemenangan terbesar Barisan Nasional yang dipimpinnya dalam pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004. Dilabelkan sebagai kemenangan ‘durian runtuh’, komponen parti pimpinannya, Barisan Nasional (BN), berjaya memperoleh 198 kerusi Parlimen daripada 220 kerusi yang dipertandingkan.

Apapun, selamat tinggal Pak Lah..

SELAMAT DATANG NAJIB

Seperti yang kita tahu apabila berdirinya Najib Tun Razak maka kehidupan di negara ini akan mula berubah dan berlakunya jurang antara rakyat. Mana mungkin seorang penjenayah diberi peluang mentadbir negara tercinta ini.

Altantuya, C4, Eurocopter, Kapal selam, PLKN. Katakan apa sahaja. Pastinya Najib yang di katakan zalim akan menggunakan segala apa cara yang ada untuk mengekalkan pemerintahan.

Selamat datang Najib. UMNO tetap UMNO juga.

PAS tetap PAS.
Lawan tetap lawan.

ANALISIS PRA PILIHANRAYA KECIL Bukit Gantang

8 Komen

ASSALAMUALAIKUM..

Salam Perjuangan buat rakan-rakan di Bukit Selambau & Bukit Gantang.

Alhamdulillah.. dengan ketentuan Allah SWT bukan satu, tetapi tiga peristiwa yang besar akan berlaku serta menjadi perhatian yang bukan sedikit, malah mungkin ini yang pertama kali pernah berlaku tanahair tercinta ini. Dan tentunya ramai yang arif malah tidak keterlaluan pula sebaliknya. Dua parti politik terbesar di tanahair bertanding dan meletakkan calon terbaik mereka di dua bukit tersebut, malah ada juga wakil bebas yang cuba menduga nasib mereka disana. Apa selanjutnya?

Inilah nikmat demokrasi.

Lupakan itu semua, mari pula kita lihat sentimen rakyat dengan berlakunya peristiwa besar ini. Sebenarnya, rakyat sudah bosan, pening & jemu melihat adegan-adegan para pelakon politik UMNO-BN ini. Apakah pula hidangan mahupun nikmat yang mereka mahu tabur kepada rakyat? projek? duit? KWAMP? Kejutan menghadapi pilihanraya kecil ini begitu menjalar ke sanubari mereka. Apa tidaknya, baru saja selesai perhimpunan agung, peluh di dahi masih belum kering lagi, demam masih belum kebah lagi, kini terlibat dengan PRK pula.

Apakah analisis yang boleh dibuat dalam suasana sekarang? Berikut ialah pandangan peribadi saya tentang Bukit Gantang terlebih dahulu -: setelah kembali dari sana 2,3 hari lepas :-

1. CALON – DS Nizar adalah lambang calon Malaysia, sesuai untuk PAS, sesuai untuk PKR, sesuai untuk DAP, sesuai untuk Melayu, sesuai untuk Cina, sesuai untuk India, sesuai untuk makcik, pakcik, tua, muda, kampung, korporat.

2. KENAPA? – Kerana dia menjadi simbol kepada penentangan terhadap kerakusan UMNO-BN.

3. KAUM INDIA – Banyak perkara terjadi kepada masyarakat India kebelakangan ini seperti kes Kugan dan di Kedah baru-baru ini. Sementara MIC pula tidak berubah dengan pengekalan Samy Vellu sebagai presiden baru-baru ini.

4. KAUM CINA – Perhatikan peranan Gerakan, MIC dan MCA yang hanya mengambil kedudukan berkecuali di dalam kes Perak. Ia ditafsirkan sebagai menjauhkan diri daripada sentimen tersebut kerana masyarakat Cina lebih merasakan kerajaan pilihan mereka melalui DAP yang ditumbangkan oleh UMNO di Perak.

5. UMNO – Umno pula dilihat tidak ghairah dan tiada selera dengan pilihanraya kali ini. Mungkin kerana sesetengah mereka masih sibuk, ghairah, demam, terkejut dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

6. ISMAIL SAFIAN – Dia bukannya calon ‘favourite’. Bukan dari ‘orang kanan’ Umno, kalah Ketua Bahagian, seolah-olah hanyalah sebagai calon bebas sahaja.

7. NAJIB – Lebih sibuk dengan percaturan pengambilalihan kuasa dari PakLah.

8. ZAMBRY – Perhatikan tiada siapa dari UMNO yang sibuk pasal Perak. Hanya mengharapkan Zambry yang kadangkala muncul.

Inilah peluang terbaik bagi kita. Bukit Gantang – InsyaAllah milik PR. Ya Allah kurniakanlah kemenangan kepada kami. Amin ya Rabbul’alamin.

pict0267p3290132

MAMPUKAH PR BERTAHAN DENGAN SERANGAN BALAS BN

3 Komen

Salam perjuangan,

Nampaknya setelah hampir masuk setahun selepas PRU 12, UMNO BN kembali menguasai isu politik semasa. Kalau dulu kita melihat UMNO BN seolah-olah berada di pihak yang bertahan dengan serangan bertubi-tubi oleh PR. Kemenangan PR di lima buah negeri dan menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen sesungguhnya telah meletakkan UMNO-BN dalam keadaan tertekan dan terpinga-pinga. Pengisytiharan 16 september sebagai tarikh keramat pertukaran kerajaan Malaysia juga cukup membimbangkan BN.

Sekarang saya melihat seolah-olah PR pula sedang mencari rentak dan terpinga dengan serangan balas UMNO BN bermula dengan merampas Kerajaan PR di Perak melalui lompat parti diikuti dengan ugutan kepada ADUN di Kedah menyebabkan perletakakn jawatan kemudian serangan peribadi kepada ADUN/EXCO di Selangor yang juga telah mengisytiharkan bersedia meletakkan jawatan.

Semua proses di atas bukanlah berlaku secara kebetulan tetapi melalui satu perancangan yang rapi dan cukup strategik. Namun pimpinan PR nampaknya gagal menghidu serangan balas tersebut walaupun sudah banyak teguran yang di buat supaya pimpinan PR memantau dan menyelaraskan pemerintahan di 5 buah negeri serta menjadikan ianya agenda PR yang paling prioriti.  Keinginan dan kehendak untuk memerintah Malaysia lebih cepat nampaknya telah membutakan mata dan memekakkan telinga pimpinan PR  sehingga lalai dengan prioriti yang dicadangkan oleh rakyat.

Sekarang belum terlewat sekiranya pimpinan PR kembali bermuhasabah serta meletakkan semula agenda PR bagi mengembalikan keyakinan rakyat bahawa PR adalah satu-satunya  parti alternatif yang ada kepada rakyat jika sekiranya ingin melihat sebuah negara Malaysia yang lebih harmonis, adil dan bebas rasuah.

APA DIHARAPKAN KEPADA BAHTERA YANG BAKAL KARAM

Tinggalkan komen

Salam perjuangan,

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua ahli UMNO bermula dari pemuda,putera,puteri,wanita dan dewasa di semua peringkat cawangan,bahagian,negeri dan pusat yang tidak lagi menyakini hala tuju UMNO supaya cepat-cepat menaiki bahtera pakatan rakyat yang baru sahaja memulakan pelayaran menuju ke pulau cita. Dengan rasuah politik yang tidak mampu lagi dibendung oleh kepimpinan tertinggi. Najib pun yang telah mengesahkan kedudukannya sebagai Pemimpin nombor satu selepas ini pun tidak berani bertegas dengan amalan politik wang yang berlaku. Apa tidaknya kerana pemimpin itu sendiri pun terpalit dengan pelbagai isu yang maaih belum selesai sehingga kini..

Komentar dari bekas pemimpin nombor satu umno juga menjelaskan lagi kedudukan UMNO di mata masyarakat menjelang 2012 nanti. Sebelum ramalan itu menjadi kenyataan maka masa yang masih ada ini sepatutnya digunakan oleh ahli UMNO untuk menaiki bahtera yang lebih terjamin masa depannya berbanding dengan bahtera UMNO yang dianggap boleh karam pada bila-bila masa sahaja kerana tiada siapa yang mampu membawa kemudi kapal tersebut disebabkan masing-masing sibuk dengan percaturan yang belum selesai dan tidak akan mungkin selesai dalam masa terdekat ini. Cakap-cakap di kedai kopi mengesahkan bahawa UMNO sudah berpecah belah mengikut pemimpin yang mereka sokong. JIka satu golongan tidak dapat menerima kekalahan mereka maka mereka sanggup melihat umno berpecah inilah yang telah berlaku diperingkat akar umno. Di peringkat yang lebih tinggi pula seolah retak menanti belah apabila pemuda, puteri,wanita dan pusat boleh dikatakan semuanya bertanding dan mempunyai kem masing-masing.

DUNIA SANA SINI

1 Komen

dsc00258

Salam perjuangan

Tahniah kepada Senator Barack Obama yang telah berjaya menewaskan lawannya Mccain dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pada hari ini. Semoga dengan kemenangan yang bersejarah ini di mana Obama di lihat orang yang pertama dari kulit hitam yang berjaya menguasai rumah putih. Saya berharap sejarah ini akan kekal lebih lama dari jangkaan orang ramai apabila menyaksikan kemenangan Obama.

Di saat dunia menyaksikan detik bersejarah ini, di Malaysia berlaku satu insiden yang mengecewakan ahli dewan rakyat di mana Datuk Seri Najib sebagai TPM, menteri Kewangan dan juga bakal Perdana Menteri ke 6 telah membentangkan satu belanjawan tambahan bernilai 7b sebagai satu ransangan kepada ekonomi Malaysia di luar dari kebiasaan sidang parlimen. Perbuatan yang di lihat tidak berperaturan dibimbangi akan menjadi budaya baru apabila beliau dinobatkan menjadi PM secara rasmi selepas ini.

KHAIRI TEWAS PUSINGAN PERTAMA

3 Komen

Salam perjuangan

Satu fenomena yang sangat menarik yang ditunjukkan oleh pemuda bahagian UMNO Seluruh Malaysia apabila KJ di lihat tewas kepada Mukhriz Mahathir. Apakah fenomena ini akan berterusan ? Atau KJ akan diberikan tongkat oleh bakal Presiden UMNO nanti. Mungkin juga KJ terpaksa mencari jalan yang sukar untuk mencabar kemaraan anak mantan Presiden.

Saya percaya KJ akan sanggup melakukan apa saja untuk memastikan kedudukan di nombor satu dalam pemuda UMNO. Kalau tidak saya jangkakan karier politiknya akan semakin suram setelah mertuanya mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi nombor satu dalam UMNO.

Semua jawapan terhadap persoalan ini akan dapat diketahui selepas pemilihan UMNO pada bulan Mac nanti. Sama-samalah kita tunggu. Ramalan awal mungkin sudah boleh di buat…. Betulkan….

AKHIRNYA PAK LAH MENGALAH

1 Komen

Salam perjuangan…

Saya ingin mengucapkan takziah di atas keputusan yang diambil oleh Pak Lah.  Dalam masa yang sama juga saya berharap kepada PR akan dapat merapatkan saff demi membulatkan tekad untuk menumbangkan kerajaan UMNO BN yang zalim ini.  Saya kira dengan pengumuman Pak Lah untuk tidak mempertahankan kerusi Presiden akan melenyapkan angan-angan individu tertentu untuk meletakkan harapan yang tinggi kepada Paklah untuk melaksanakan Islam.  Sekaligus akan memperkuatkan semula perjuangan yang telah diasaskan oleh Pemimpin terdahulu untuk menjadikan PAS sebagai parti alternatif kepada kerusi Melayu Islam di dalam Parlimen yang selama ini di monopoli oleh UMNO.

Perletakkan jawatan Paklah juga mungkin akan menjadikan menambahkan perasaan belas kasihan pemuda kepada khairi untuk memberikan beliau peluang meneruskan perjuangan mertuanya di dalam UMNO.  Ataupun mungkin sudah ada pakatan di antara Paklah,Najib, Hishamudiin dan kahiri yang kita semua tidak duga di sebalik fenomena ini…

Apapun perubahan yang berlaku di dalam pucuk pimpinan UMNO tidak akan mengurangkan sedikit pun doa dan perjuangan kita untuk mengalahkan UMNO BN dalam medan pertempuran PRU akan datang.  Mungkin ianya akan menguntungkan PAS kerana Najib di lihat pemimpin yang tidak bersih berbanding sewaktu Paklah mengambil alih kepemimpinan UMNO dulu.  Menurut pandangan salah seorang sahabat….Kita juga boleh melihat keadaan pasaran saham adakah terus turun dengan pengumuman ini, jika turun maka itu tandanya kepimpinan Najib tidak di terima. 

Older Entries