MEMAHAMI BUDAYA POLITIK KELANTAN

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…

Memandangkan Kelantan telah di perintah oleh PAS selama 22 tahun bermula 1990 hingga 2012 dan pernah memerintah 18 tahun sebelum ini iaitu bermula 1960 hingga 1978.  Jika di campur dalam dua zaman pemerintahan PAS di Kelantan maka ianya berjumlah 40 tahun.  Satu tempoh yang agak panjang dan penuh dengan pengalaman serta karenah rakyat terhadap Kerajaan dan Parti yang memerintah.  Tempoh pemerintahan sesuatu parti bagi sesebuah kerajaan menunjukkan tahap penerimaan rakyat kepada parti yang menguasai kerajaan pada sesuatu masa.  Sepanjang tempoh pemerintahan PAS pelbagai ragam rakyat ditemui sehingga rakyat Kelantan diisytiharkan sebagai guru politik kepada rakyat seluruh Malaysia dan Kelantan sendiri dinobatkan sebagai Universiti Terbuka di Malaysia. Pasang surut kerusi Pakatan Rakyat di Kelantan di sepanjang tempoh 22 tahun PAS memerintah sepatutnya menjadi pengajaran yang amat berguna kepada semua pemimpin PAS dalam menentukan strategi bagi memastikan PAS terus di terima oleh rakyat sepanjang zaman. Sesungguhnya orang muslim tidak patut di patuk oleh ular pada tempat yang sama sekali lagi.

PRU 13 memerlukan pendekatan baru dan strategi baru untuk menguasai politik baru di Malaysia. Rakyat Malaysia khasnya golongan muda dan pertengahan mempunyai akses yang tinggi kepada maklumat media baru bagi mengikuti perkembangan dan pendekatan yang di ambil oleh semua parti dalam menghadapi PRU 13 nanti.  Rakyat sekarang sudah cerdik dan boleh menilai sendiri sejauh mana keikhlasan dan kesungguhan pemimpin mereka untuk memikul amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan mereka.  Jika silap strategi yang di atur maka Parti akan mengalami natijah yang tidak baik kelak.  Antara pendekatan baru yang perlu di ambil kira oleh Tok Guru Nik Aziz (TGNA) semasa menurunkan calon-calon PAS dalam pru 13 nanti ialah calon yang dipersetujui oleh akar umbi di dun dan parlimen. Terimalah kajian dan kehendak rakyat sepenuhnya. Jangan ulangi kesilapan 2004 di mana PAS menolak kajian yang di buat oleh pelbagai pihak tentang prestasi PAS di waktu itu dan meletakkan calon yang tidak sesuai dengan kehendak rakyat. Bagi YB yang sedia ada yang uzur dan tidak perform maka inilah masa yang terbaik untuk berkorban dan berundur secara terhormat dan beri laluan kepada muka baru demi kelangsungan PAS untuk memerintah Kelantan.  Bagi saya PAS perlu meletakkan 40% muka baru di seluruh Kelantan bagi memastikan kelangsungan pemerintahan PAS di Kelantan jika tidak maka tunggulah kemarahan rakyat sekaligus menghukum PAS yang syok sendiri.  Keberanian inilah yang perlu ada kepada TGNA untuk membariskan calon yang diterima oleh rakyat nanti.  Pengorbanan semua pemimpin dan wakil rakyat PAS adalah cukup penting. Tidak ada gunanya kita bertanding dan tidak boleh membantu PAS untuk terus memerintah Kelantan.  Ingatlah kedegilan kita untuk merasai kehendak rakyat akan merugikan semua pihak. Yang menang akan jadi arang dan yang kalah akan jadi abu.  Akhirnya kebimbangan saya ialah di saat negeri lain menaiki gerobak keretapi menuju putrajaya tetapi Kelantan telah terputus gerobaknya dan ketinggalan dari gerobak lain ke putrajaya.  Marilah semua pimpinan PAS meletakkan kepentingan Parti dan Rakyat didahulukan sesuai dengan motto perjuangan NEGARA BERKEBAJIKAN

Advertisements

CUBAAN PR UNTUK TOLAK BAJET NAJIB GAGAL

Tinggalkan komen

Parlimen 16 Dis : Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri pada 23 Oktober lalu disabotaj MPnya sendiri apabila undi belah bahagian yang dijalankan pada malam hari Selasa hanya sekadar menang dengan satu undi sahaja sedangkan majoriti mudah BN di Dewan Rakyat sepatutnya lebih 20 undi.

Siapa sabotaj siapa? Diketuai Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, Ong Ka Chuan, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri BN memandang mudah perjalanan Dewan Rakyat. Mereka ini hanya hadir ke dewan sewaktu pembentangan sahaja. (Kerana hanya beberapa orang Menteri dan timbalan menteri yang kelihatan)

Di mana Si Khairy waktu itu. Mungkin beliau ada alasannya tersendiri merayakan kejayaan bolasepak di Laos.

Begitu juga di sebelah pembangkang, Kenapa Ketua Whip PKR iaitu MP Gombak (buat kerja apa), MP Bandar Tun Razak (MB Selangor), Lembah Pantai (Luar Negara), Hulu Selangor (masalah kesihatan), Bayan Baru ? dan Kapar.

Pihak PAS pula yang tidak hadir Pokok Sena (Luar Negara), Kuala Krai (bergegas balik kawasan), Baling (kuliah maghrib), Hulu Langat (program kawasan), Parit Buntar (program kawasan)

Manakala DAP pula: Bukit Gelugor, Puchong (digantung setahun), Bagan (Ketua Menteri), Seputeh (Exco Selangor) dan lain-lain,

Masing-masing ada alasan yang kesemuanya menyesal. Peluang terbuka luas untuk Pakatan Rakyat, tetapi tidak diambil kesempatan. Peristiwa sebegini tidak akan berlaku lagi pada masa depan kerana mulai semalam timbalan menteri telah diarahkan oleh PM supaya sentiasa berada di Dewan Rakyat.

Nota: (dalam kurungan) – alasan semata-mata.

Berita terdahulu:
Kira-kira pukul 11 malam tadi di Dewan Rakyat, Barisan Nasional (BN) melalui saat paling mencemaskan apabila jumlah undi diperoleh untuk meluluskan Bajet 2010 terlalu tipis.

Ia berikutan kehadiran Ahli Parlimen BN yang mengecewakan sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa bergegas ke Parlimen untuk turut serta mengundi.

Ada yang menyifatkan saat tersebut sebagai cabaran paling getir bagi BN kerana implikasinya terlalu besar jika bajet itu gagal diluluskan.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berdasarkan konvensyen bagi sebuah negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak diluluskan malam tadi, kerajaan BN terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan.

“Ini juga bermakna kerajaan tidak akan mendapat perbelanjaan yang dibentangkan baru-baru ini kerana Dewan Rakyat tidak meluluskannya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Parlimen hari ini.

Dalam sesi pengundian belah bahagian itu, BN berjaya mengatasi pembangkang sebanyak tiga undi (66-63) – membolehkan Bajet 2010 akhirnya diluluskan. – petikan dari blog jiwa kelate

DUNIA SANA SINI

1 Komen

dsc00258

Salam perjuangan

Tahniah kepada Senator Barack Obama yang telah berjaya menewaskan lawannya Mccain dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pada hari ini. Semoga dengan kemenangan yang bersejarah ini di mana Obama di lihat orang yang pertama dari kulit hitam yang berjaya menguasai rumah putih. Saya berharap sejarah ini akan kekal lebih lama dari jangkaan orang ramai apabila menyaksikan kemenangan Obama.

Di saat dunia menyaksikan detik bersejarah ini, di Malaysia berlaku satu insiden yang mengecewakan ahli dewan rakyat di mana Datuk Seri Najib sebagai TPM, menteri Kewangan dan juga bakal Perdana Menteri ke 6 telah membentangkan satu belanjawan tambahan bernilai 7b sebagai satu ransangan kepada ekonomi Malaysia di luar dari kebiasaan sidang parlimen. Perbuatan yang di lihat tidak berperaturan dibimbangi akan menjadi budaya baru apabila beliau dinobatkan menjadi PM secara rasmi selepas ini.