GERAK PACU 2014 PASTI MALAYSIA

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….
Hari ini berkesempatan bersama dengan rombongan Pasti Malaysia yg diketuai oleh YBrs Ketua Pengarah, timbalan pengarah,setiausaha dan bendahari. Program hari ini diadakan utk zon 3 yang meliputi kawasan machang, tanah merah, kuala krai dan gua musang. Alhamdulillah kehadiran pengurus pasti cawangan adalah memberansangkan.

Fokus kepada perjumpaan ialah untuk peningkatan pelajar melalui penambahan pasti cawangan di setiap kawasan. Beberapa tips yg diberikan oleh YBrs KP Pasti Malaysia nampaknya di ambil perhatian oleh para pengurus dan guru pasti yg hadir bersama.

Sasaran yg ditetapkan ialah 85000 orang pelajar keseluruhan dan penambahan 6% pelajar di setiap negeri. Bermakna dengan jumlah 11050 org pelajar sekarang  600 org yg perlu di cari. Jika dibahagikan pula kpd 300 buah pasti bermakna 2 orang bagi setiap caw.

Semoga target yg disasarkan dpt dicapai..

image

image

image

image

image

image

image

Advertisements

SAMBUTAN HARI GURU PASTI NEGERI KELANTAN

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….
Tanggal 25 mei 2012 berlangsunglah sambutan hari guru pasti peringkat negeri Kelantan di PUTIK. Majlis ini dirasmikan oleh yb wan yusof su bbc. Turut hadir ialah semua alp dan wakil dewan muslimat negeri Kelantan.
SELAMAT HARI GURU

image

image

image

image

image

image

image

kesyukuran akhir tahun PASTI Dewan

Tinggalkan komen

Salam perjuangan,
Alhamdulillah akhirnya sesi persekolahan secara rasminya berakhir kelmarin. Semua pasti sedang sibuk mengadakan jamuan akhir tahun dan juga penyampaian sijil serta hadiah kpd pelajar2 mereka.
Anaknda Nurul Husna antara pelajar yg telah menamatkan sesi pembelajaran di PASTI. InsyaAllah tahun hadapan akan mula belajar di sekolah rendah. Semoga segala pembelajaran di PASTI tetap segar dan di bawa bersama ke mana beliau pergi. Amin

ihtifal pasti dun salor

Tinggalkan komen

image

image

image

image

Salam perjuangan,
Hari ini berpeluang menghadiri ihtifal pasti dun salor dan pasti kedai buloh.

RAYUAN DERMA BELI TAPAK BARU PASTI

Tinggalkan komen

Salam perjuangan..
Beberapa hari sebelum puasa saya didatangi seorang individu yang dikenali sebagai abe mat yang bersungguh-sungguh memberitahu saya supaya membeli tanah anaknya yang ingin di jual kerana mahu membina rumah yang lebih besar. “Belilah sebagai aset pas cawangan setelah 20 tahun pas memerintah Kelantan takkan satu bangunan pun tak dapat beli katanya kpd saya. Ya apabila memikirkan kata-katanya maka terasa logiknya juga di samping kedudukan tanah dan bangunan yang telah didirikan agak strategik iaitu di tepi jalan.
Peluang yang telah ditawarkan ini telah diberitahu segera kepada ketua pas caw supaya segera bermesyuarat untuk memberikan jawapan yang pasti selewatnya selepas hari raya. Bagi saya ianya merupakan satu peluang yang sangat baik untuk dilepaskan. Jesteru itu saya mengambil inisiatif segera dan personal untuk menwar-warkan kepada semua sahabat di samping mengambil keberkatan bulan ramadhan yang mulia bagi merayu sumbangan kewangan ke akaun BIMB Pasti Kedai Dewan 03018010148445 bagi merealisasikan cita-cita Pasti cawangan utk memiliki bangunan sendiri. Ayuh bersedekahlah di bulan ini kerana pahalanya tentu berlipat kali ganda berbanding bulan2 lain. Ini adalah sedekah jariah di mana pahalaNya akan berkekalan. InsyaAllah.

Lawatan ALP Pasti Negeri

Tinggalkan komen

image

Salam perjuangan….
Alhamdulillah hari ini YB Pengarah bersama rombongan alp negeri berkesempatan melawat beberapa pasti di kawasan pengkalan chepa. Lawayan yg bermula jam 11 pg di pasti al irsyadi panchor sempena mendapat anugerah tokoh guru pasti Malaysia dan membuka kelas 4 tahun. Pasti yg besar dan merupakan tumpuan kepada ibubapa di sekitar utk mendapatkan pendidikan pra sekolah anak-anak mereka.

Rombongan kemudiannya melawat pasti nurul iman kg pauh badang meninjau pembinaan pasti barunya yg belim siap. Tanah yg diwakafkan seorang hamba Allah utk melihat perkembangan pendidikan anak-anak dlm Islam. Bangunan yg memerlukan sedikit lagi bantuan utk menyiapkan bahagian atas. Sesiapa yg mempunyai hasrat utk menyumbang bolehlah hubungi saya supaya dapat disampaikan kepada yg berkenaan.

Tempat terakhir yg dilawati ialah pusat latihan pasti kedai buluh yg merupakan pusat latihan kepada pasti negeri. Pasti yg mendapat tumpuan dari penduduk sekitar tanpa mengira fahaman politik yg kini berjumlah 200 org lebih pelajarnya. Bangunan yg terbengkalai dulu telah disiapkan tingkat bawahnya dengan menjadikannya sebagai dewan terbuka. Ianya telahpun memberi manafaat yg besar khasnya kepada pusat khidmat masyarakat dun kijang yg berkebetulan bersebelahan dan gunasama dengan pusat latihan.

7 NOV – BAKAL MENCIPTA DUA SEJARAH

1 Komen

Penantian 39 tahun yang lalu berakhir dengan Kelantan telah mengesahkan tiket ke Final pada 7 November 2009 ini apabila mengalahkan pasukan Perlis dengan agregat 5-1.  Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan kerana telah menempa sejarah untuk bertemu dengan Pasukan Negeri Sembilan di perlawanan akhir nanti. 

Apa yang menarik perhatian saya ialah sebelum pasukan ini bertolak ke Perlis pada tengahari jumaat yang lepas, saya sempat melihat YAB Tuan guru Dato Menteri Besar Kelantan menjampi air sewaktu beliau merasmikan Sambutan 25 tahun PASTI Malaysia di Kota Bharu Kelantan.  Pelbagai andaian bermain di fikiran saya ketika itu, untuk siapa lah air tawar itu dan siapakah yang memintanya sehingga Tok Guru walaupun berada di majlis yang besar sanggup menjampikan air tersebut. Akhirnya persoalan itu terjawab semasa sembang ketika makan selepas majlis perasmian bahawa air tawar itu buat pasukan bola Kelantan yang sedang bersiap sedia untuk bertolak ke Perlis.  Ada juga sahabat yang cuba bergurau kalau Kelantan mengambil air tawar Tok guru MB yang juga Mursyidul Am maka apa kurangnya pasukan perlis boleh mengambil air tawar Dr Haron Din yang juga timbalan Mursyidul Am… nanti boleh lihat air tawar siapa yang menjadi…Rakan yang lain ada mencelah katanya adakah Dato Seri Anuar Musa juga akan minum air tawar tok guru.. satu  lagi isu yang berbangkit ialah ada di kalangan penyokong Kelantan yang ingin sangat bertemu dengan pasukan Negeri Sembilan di Final nanti atas alasan mahu membalas dendam kerana kezaliman dan kekejaman penyokong BN kepada PAS Kelantan semasa PRK Bagan Pinang Dulu… entahlah saya hanya mampu tersenyum dan meng’iyakan andaian demi andaian tersebut. 

Kebetulan pada tarikh 7 nov tersebut seminar politik memperkasakan PAS diadakan di Taman Melewar. Satu polemik baru yang dicetuskan oleh Ulamak yang sayangkan perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS yang mungkin tidak difahami tindakannya oleh orang lain.  Apapun saya mengharapkan tarikh 7 nov akan mencipta dua sejarah yang besar iaitu yang pertamanya buat pasukan Kelantan dengan memenangi Piala Malaysia buat kali pertama dan juga sejarah kedua kepada PAS dengan memperkemaskan landasan perjuangan seterusnya memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan bersama Memimpin Malaysia selepas PRU ke 13 nanti. Insyaallah. 

Di Kesempatan ini juga saya mengucapkan tahniah di atas sambutan 25 tahun PASTI yang menyaksikan pelbagai liku dan cabaran yang ditempuhi oleh PASTI untuk berdiri sehingga ke hari ini. Syabas dan tahniah kepada penggerak PASTI seluruh negara yang sanggup berkorban untuk memastikan pendidikan Islam dapat di ajar kepada anak-anak kita bermula dari kecil lagi. Semoga usaha ini diberkati dan diberikan balasan yang setimpal oleh Allah…

Older Entries